Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Nutrisi Ibu Hamil Yang Membantu Kesihatan Ibu dan Bayi

Nutrisi ibu hamil adalah penting untuk diketahui oleh para ibu-ibu yang sedang mengandungi cahayamata mereka. Mempunya bayi adalah satu pengalaman yang sukar dilupai. Jadi, ibu kena menjaga badan mereka dengan baik. Nutrisi yang baik adalah penting untuk diambil oleh seorang ibu hamil kerana ia akan disalurkan kepada bayinya.

Amalan pengambilan makanan sihat sesama mengandung adalah sangat penting seperti juga dengan orang yang tidak mengandung. Pengambilan makanan diet yang betul boleh memberi pengaruh yang besar kepada ibu hamil secara keseluruhan dan juga untuk keseluruhan keluarga.

ibu hamil

ibu hamil

Adakah perlu saya makan untuk dua orang?

Makan untuk 2 orang itu adakah MITOS semata-semata. Ini adalah kerana pada 6 bulan pertama kehamilan, keperluan tenaga yang diperlukan oleh seseorang ibu adalah tidak meningkat. Ini adalah kerana badan anda boleh menyesuaikan diri dengan perubahan bayi yang di hamil dalam perut. Cuma pada 3 bulan terakhir baru anda memerlukan tenaga yang lebih iaitu sebanyak 200 kalori atau lebih – bersamaan dengan hanya 2 keping roti, 1 keping keju pada roti bakar atau 2 pisang sahaja.

Anda mungkin mendapati selera makan anda semasa mengandung turun naik, tetapi anda tidak perlu makan terlalu banyak. Sekiranya berat badan naik mendadak, ini menyukarkan untuk amalankan diet untuk kurus, takut ia boleh menganggu pertumbuhan bayi di dalam kandungan.

Berat badan akan meningkat sedikit demi sedikit semasa mengandung tetapi ia bergantung kepada individu masing-masing. Semasa trimester pertama penambahan berat adalah beransur-ansur dan akan meningkat pada trimester ketiga. Berat badan keseluruhan mungkin akan meningkat kira-kira 10-12.5kg secara keseluruhan.

Makan secara teratur adalah penting untuk memastikan bayi anda mendapat semua nutrien yang bayi perlukan. 3 hidangan utama dan dua atau tiga makanan ringan yang sihat adalah disyorkan setiap hari. Walaubagaimanapun, sesetengah wanita ia makan pada jumlah yang kecil tetapi kerap untuk memastikan selera makan yang stabil dan mengurangkan ketagihan makanan.

Apa yang perlu saya makan?

Semasa hamil anda perlu makan untuk keperluan bayi dan diri anda sendiri.

Boleh rujuk ke link ini untuk memperolehi pengetahuan tentang makanan yang perlu diambil oleh anda semasa hamil.

Apakah yang perlu saya elakkan ?

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elok untuk mengelakkan kecederaan bayi anda.

Dibawah adalah senarai makanan tersebut. Di harap anda berhati dengan makanan ini samada dimasak atau tidak di masak.

Makanan Yang Perlu Dielakkan

Sesetengah keju(mould-ripened cheese)
Ini kerana keju ini mengandungi bakteria yang dipanggil listeria yang boleh membahayakan bayi anda. Keju keras seperti cheddar, parmesan dan mozarella , itu adalah keju yang bagus di makan dan memberi khasiat kalsium kepada anda.

Makanan kurang masak seperti telur, daging dan sebagainya
Semua makanan ini perlu dimasak sepenuhnya. pastikan telur direbus keras dan elakkan makanan yang separuh masak.

Susu Unpasteurised dari biri-biri, lembu dan lain-lain
Susu mentah yang tidak dipasteurisasi boleh membawa bakteria berbahaya seperti E. coli, Salmonella, dan Listeria. Bakteria ini boleh menyebabkan banyak penyakit dari makanan. Bakteria berbahaya ini boleh menjejaskan kesihatan sesiapa sahaja yang meminum susu mentah, atau memakan makanan yang terbuat dari susu mentah.

Ketam dan Kerang
Elakkan makan kerang dan ketam sebab ditakuti keracunan makanan.

masakan ketam

masakan ketam

Shark , ikan todak atau marlin
Anda perlu menghadkan pengambilan seperti tuna kerana dirisaukan kandungan merkuri yang banyak dalam hidangan tersebut.

Hati atau produk hati
Ini adalah kerana produk ini mengandungi vitamin A, jika dos yang tinggi, ia boleh menjadi toksik.

Alkohol
Perlu dielakkan untuk diambil, kepada yang Muslim HARAM untuk anda ambil arak.

Hadkan pengambil kafein
Pengambil yang banyak boleh menyebabkan risiko keguguran. Jika sedikit tidak mengapa. Elakkan dari mengambil 2 cawan penuh kopi dan 4 cawan penuh setiap hari.

Makanan dan minuman yang tinggi gula dan garam
Makanan sebegini hanya memberikan kalori kosong kepada badan kita. sila minimum ambil makanan jenis ini untuk kesihatan berpanjangan.

Pastikan tangan selalu bersih
Terakhir sekali, pastikan anda membasuh tangan anda semasa menyediakan makanan di rumah. Begitu juga dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang disediakan untuk keluarga anda

Apa itu suplemen?

Berhati-hati dengan jangan mengambil berlebihan dos vitamin. Seperti vitamin A, jika berlebihan ia dikira sebagai toksik, ia akan membahayakan diri dan bayi anda.

Suplemen yang perlu yang anda ambil semasa hamil adalah :

Asid Folic – Secara ideal anda perlu ambil 400mg supplement daripada saat anda mengambil keputusan untuk hamil sehingga bayi 12 minggu kehamilan. Ini boleh merendahkan risiko bayi dilahirkan kerosakan neral tube.

Vitamin D – Mengambil sekurang-kurangnnya 10 microgram vitamin D seharian sepanjang kehamilan adalah penting dan ibu menyusu juga selalu kekurangan nutrien ini.

Pengambilan multivitamin juga perlu semasa sepanjang kehamilan anda.

Leave a Reply