Nasi Dagang Idaman Kak Som

Dari semalam lagi saya mengidam Nasi Dagang, rasa mengidam terbawa-bawa hingga ke pagi. Kata orang tua-tua kalau lelaki mengidam ia merupa satu tanda ingin nak dapat anak lagi. Kalau ada rezeki apa salah nya tambah 1 lagi.

Bila ada anak yang banyak, boleh beli kereta idaman MPV yang baru untuk muat semua anak-anak ke dalamnya. Kalau tidak, bila balik kampung salah sorang anak kena naik bas. Kalau ada duit apa salahnya kan!

Misi Mencari Nasi Dagang Idaman

Masih saya ingat pada masa saya duduk di Sec 19 dulu, ada satu gerai yang ada jual nasi dagang. Kedai makan tu terletak di belakang rumah bapak ziana zain. Jika nak makan kena pergi awal-awal, sebab pada pukul 9am atau 10am semua masakan mesti sudah habis jual. Saya masih ingat pakcik tu dari Kelantan. Tidak tahu gerai tu masih ada atau tidak. Sekarang rindu sangat saya dengan nasi gerai tu.

Kalau minggu lepas (sabtu) biasanya saya hanya bersarapan di sekitar office sambil melihat ragam kaki nombor dengan nombor masing-masing. Kali ini saya terjah ke Kampung Baru dengan mempunyai misi untuk mencari Nasi Dagang Idaman yang sedap untuk makan.

kedai Kak Som
kedai Kak Som

Lokasi yang dipilih pagi ni adalah Kedai Kak Som. Memandangkan kedai ini tukang masaknya dari Pantai Timur jadi saya memilih kedai ini untuk santapan di pagi hari.

Kedai Kak Som terletak di Kampung Baru kawasan pintu gerbang (lihat gambar di atas). Saya namakan begitu sebab senang nak cari lokasi tersebut. Kedai ini menjual makanan dari pantai timur terdiri dari Nasi Kerabu, Laksam, Nasi Berlauk, Nasi Pulut serta kuih muih dari pantai timur.

Kedai Kak Som ada juga menjual chicken chop tetapi saya tidak pernah mencuba sebab rasa terlalu western sikit. Saya datang nak nikmat makanan tempatan dan bukan makanan barat, betul?

Makanan Kegemaran

Nasi Dagang adalah menjadi kegemaran saya sejak dari kecil. Kalau di kampung tak susah nak mencari Nagi Dagang yang sedap, kerana kebanyakan peniaga terdiri dari orang kelantan dan terengganu.

Sampai dikedai Kak Som saya terus pesan 1 pinggan Nasi Dagang ikan tongkol. Nasi Dagang ikan tongkol memang pasangan yang ngam dimakan bersama. Bagi saya kalau makan dengan kari ayam tak berapa sedap. Bagi yang tak makan ikan boleh makan dengan kari ayam.

nasi dagang
nasi dagang

Nasi Dagang Kak Som pada saya dalam kategori “boleh lah” nak kata 100% sedap saya rasa tak boleh sebab saya pernah makan yang lagi sedap dari ni. Kalau nak lepas hajat mengidam boleh lah, lepas sesak kata orang.

Sedapnya Nasi Dagang ni bergantung pada Nasi itu sendiri. Bila nasi dah diletakan dalam pinggan bau aroma halia dan halba serta wangi beras itu sendiri menusuk ke hidung. Apatah lagi bila dimakan, rasa nasi nya lemak ada sedikit manis rempah, membuatkan hati kita berkata ada Ummphh!.

Gulai ikan tonggkol memainkan peranan. Kalau kuah yang pekat serta ikan nya ada rasa sedikit manis gula kerek (gula kabung) memang menambahkan lagi kesedapan nasi dagang.

Nasi Dagang Kelantan dan Terenganu ada sedikit berbeza dari segi rasanya. Nasi Dagang Terengganu rasanya lebih lemak dari Nasi Dagang Kelantan. Bukan nak kondem sapa-sapa bagi saya, saya lebih menyukai Nasi Dagang Terengganu kerana rasanya memang umphhhh!!!

Kalau ada sesiapa yang mengidam nasi dagang boleh lah berkunjung ke sini lokasi di pintu gerbang Kg baru, jalan terus selepas kedai dobi belah kanan. Akan nampak Kedai Kak Som. Satu lagi Nasi kerabu Kak Som memang sedap!setanding dengan nasi kerabu di Kelantan.

Nasi Kerabu Yang Sedap

Menu ini menampilkan semua Nasi Kerabu yang terkenal di mana nasi yang dimasak dengan bunga telang bersama dengan pelbagai ulam cincang (salad tradisional) yang diagihkan di atas melengkapkannya dengan beberapa sambal dan budu (sos ikan).

Selain daripada Nasi Kerabu, Kak Sam juga ada hidangan nasi dagang dan laksam yang sama sedapnya. Lupakan perasaan anda tentang laksa kerana Kak Som akan membawa anda gaya utara laksa Kelantan yang berlainan dengan laksa yang pernah anda makan di tempat lain.

Sekiranya anda tidak suka semua hidangan ini, masih boleh anda panggil nasi putih bersama hidangan lain yang boleh anda dapat di restoran ini.

Boleh juga anda baca: Ganti nasi dengan ubiĀ  kayu

Kebanyakan makanan yang disediakan di restoran Kak Som adalah di sisi manis yang merupakan masakan biasa di rantau ini. Tetapi masakan-masakan yang disediakan di restoran ini sangat kaya dengan tekstur dan rasa. Memang puas hati jika makan di sini dan anda mesti ingin nak berulang balik untuk makan tidak lama lagi.

Artikel berkaitan:
Fakta, Khasiat dan Kebaikan Telur Ayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *