Sana Indie, sini Indie. Memang tidak dapat dinafikan muzik Indie semakin mendapat tempat dihati peminat dewasa ini. Apa yang menariknya mengenai muzik indie?? Dan apa yang membezakannya dengan muzik mainstream yang lain?? Saya memang bukanlah pakar dalam bidang muzik, jauh sekali berkecimpung atau sekurang-kurangnya mempunyai saudara yang berada di dalam arena seni. Sebab itulah saya begitu berminat mengetahui muzik ini dengan lebih lanjut lagi.
Runut Bunyi Muzik Indie
Pada hemat saya muzik indie mempunyai runut bunyi yang sama seperti muzik yang lain. Sebab saya lihat tidak ada satu pun lagu indie yang mempunyai trademark tersendiri. Semuanya sama seperti muzik lain, kalau bukan bernada fresh, atau sempoi mesti muzik yang bernada rancak. Yang membezakannya cuma nama Indie dan mainstream. Rasanya mesti ramai yang berbunyi “lu tahu apa saya?? lu bergosip bolehlah”.

muzik indie
Okey maafkan saya yang berfikiran cetek. Kalau anda semua rasa hebat sangat dan lebih tahu perbezaan di antara 2 ni, jom berdebat dengan saya. Saya bukan perasan apa tapi cuma saya begitu tertarik dan ingin mengetahui muzik ini dengan lebih dekat lagi. Manalah tahu kot lepas ni mungkin saya akan terpikat dengan Indie lah pulak.
Adakah pakaian peminat itu sendiri melambangkan Indie?
Pada pengamatan saya pakaian yang jumpa dalam wayang indie semua nampak macam punk. Hoho pleaselah…. saya perlukan pembincangan dengan seseorang sebab saya memang keliru tanpa sebarangan jawapan. Okey saya ingin bertanya kepada anda semua yang mengaku kipas susah mati muzik indie, pada pendapat koranglahkan berapa lama muzik ini akan bertahan?? 10 tahun?? 8 tahun?? saya rasa muzik indie cuma akan bertahan selama 4 tahun lagi dan selepas itu akan tidak relevan lagi!. Seems cruel rite? Tapi siapa boleh tahu apa yang akan berlaku?? Saya sendiri?? Haha, ini cuma intuisi saya sendiri saja.
Sebenarnya arena seni kita memang senang diduga. Lihat sahaja perubahan-perubahan selera pendengar sejak 2 dekad yang lepas. Dimulai dengan muzik bernada rancak yang dibawa oleh KRU, selepas itu diganti dengan muzik acuan Indonesia, dan sekarang biar saya yang bertanya kepada anda semua, berapa lama dangdut music yang suatu ketika dulu menjadi fenomena survive??
Saya bukan cuba menjatuhkan atau bersikap prejudis terhadap muzik Indie, tapi inilah yang berlaku dalam realiti arena seni tanahair kita. Perubahan minat pendengar sentiasa berlaku dan tidak mustahil 4 tahun dari sekarang pendengar tidak akan meminati lagi muzik ini dan beralih kepada muzik lain yang lebih universal. Dan tidak mustahil muzik yang bakal menggantikan fenomena ini adalah lagu-lagu berkonsepkan 80an. Sapa tau kan?? Yang kita tau, memang muzik indie akan digantikan dengan muzik yang lain kelak. Weii korang jangan main belasah jer kutuk saya tau, saya cuma beri pendapat dari kepala saya yang tak betul nie, be rasional you all educated rite??
Tapi yang menariknya perubahan muzik ini bukan sahaja melahirkan lebih ramai bakat baru tanahair, malahan membuka mata ramai pihak bakat-bakat terpendam yang gagal diketengahkan. Kira yang gagal menonjol diarena mainstream tu mencari jalan lain untuk berjayalah kot..
Ternanti-nanti muzik indie yang betul-betul berjaya menawan peminat seni negara.
Artikel berkaitan:
Satu Hakikat
Kumar says
Errr saya budak indie…dan saya main rock kapak dan heavy metal…saya tak dressup like a punk, sebab indie bukan genre muzik, saya seorang indie dan hampir 7 tahun bergerak sebagai indie…dan saya taklah hebat mana..tapi saya seronok menjadi penggerak indie…ramai artis malaysia yang dulu mainstream kini bergerak secara indie, contoh Farahwahida… Indie bukanlah alternative, indie bukanlah progresive, dan lebih mendalam, indie bukanlah kumpulan hujan atau M.U.H… Kalau saya dilahirkan sebagai seorang guitarist acoustic, saya juga seorang indie…kerana saya belum penah berhajat ke mainstream.
Muzik itu berubah dan muzik juga ikut selera, selera bapak saya dan saya sangat berbeza, saya suka heavy trash metal, tapi bapak saya suka 60an. Dan kalau kita nak tengok dari aspek genre artis indie… perbezaan ketara adalah antara Hujan(alternative rock) BunkFace (punk) Yuna (club) Marionnexxes (cabaret) Monoloque (techno) modread (Modern rock) dan mereka semuanya indie…