Muara Ikan Bakar Port Klang

Lewat petang tadi kami sekeluarga pergi ke UiTM Shah Alam kerana kami perlu menyelesaikan beberapa urusan. Selepas selesai kesemuaan urusan tersebut tiba-tiba terlintas untuk melawat ICT Shah Alam. Kebetulan sebelum ni bebudak beria-ria mengajak untuk ke sana.

Jadinya kami pun menghala ke destinasi ini. Tetapi bila sudah dekat nak sampai tiba-tiba bebudak tu sudah tukar fikiran dan katanya tak ada mood nak layan ICT. Wah, baru 6 tahun dah bermood-mood la pulak bebudak zaman sekarang ni.

Hala ke Tempat Makan Laut Pula

Kemudian isteri bagi cadangan untuk pergi makan di tempat yang berdekatan dengan ICT, iaitu Muara Ikan Bakar Port Klang. Katanya dah lama kami sekeluarga tidak pergi makan di sana. Alang-alang dah masuk highway menghala ke Klang sana baik teruskan saja.

Sudahnya kami terus menuju ke Muara Ikan Bakar tanjung harapan Port Klang. Sebuah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan laut dan amat sesuai untuk mereka sekeluarga pergi untuk menggemarinya.

Sebenarnya Muara Ikan Bakar Port Klang ini memang antara restoren kegemaran saya dan isteri saya dari dulu lagi. Sejak zaman bercinta sampailah beranak-pinak pun masih seronok mengunjungi restoran tersebut.

muara ikan bakar port klang
muara ikan bakar port klang

Kami sampai ke sana lebih kurang selepas waktu maghrib, suasana di sekitar pantai pun cukup mendamaikan, tambahan pula angin yang bertiup agak kuat sedikit, memang terasa nyaman sekali. Surau dan kemudahan tandas disediakan dengan kemas dan tersusun.

Seronoknya bila berkunjung di bukan hari hujung minggu, orang tidak terlalu ramai dan suasana tidaklah hiruk pikuk sangat. Jadinya bolehlah menikmati hidangan bersama keluarga dengan tenang dan ‘khusyuk” hehe.

Ni dia geng bebudak yang tiba-tiba cakap tak ada mood nak layan ICT Shah Alam, pada hal minggu lepas deme lah yang bukan main mengajak nak pergi. Bila sampai je di tepi laut ni bukan main seronok deme ni. Dah la ‘ponteng’ kelas mengaji quran huhu.

Pesanan Makanan Kami

Menu kami kali ni tidaklah banyak dan ringkas sahaja, cukup untuk sajian dua dewasa dan dua kanak-kanak. Udang Goreng tepung, ketam goreng, ikan bakar, sotong bakar, tomyam, kailan goreng dan nasi putih serta desert.

Bebudak bukannya makan banyak pun, main aje lebih, sudahnya abahnya yang jadi tukang cleaner semua makanan tu. Dari segi harganya pula semua sekali campur 4 air buah beserta rojak buah adalah dalam RM101.00. Nak kata mahal sangat pun tidak, murah pun tidak. Kira tengah-tengah la kot.

Bagi kami sekeluarga Muara Ikan Bakar Port Klang ni menarik bukan sahaja kerana cara masakannya malahan kerana lokasi dan kawasan sekitarnya iaitu benteng menghadap laut yang begitu nyaman ditiup angin, lebih-lebih lagi kalau sempat sampai sewaktu matahari terbenam, memang cantik sekali suasananya.

Strategi Lokasi

Lokasinya pun tidak jauh dari bandaraya Shah Alam dan Klang serta memang mudah untuk sampai ke sana. Kepada sesiapa yang teringin untuk ke sana bolehlah merancang, mana tahu tiba-tiba rasa syok pulak dengan suasana sekitarnya.

Tapi I nasihat jangan makan dengan terlalu lebih sebab mungkin makanan ini bukan banyak berkhasiat. Ia mungkin boleh menambahkan keberatan badan anda dengan cepat kerana kalori yang tinggi yang ditawarkan oleh ikan bakar itu.

Permandangan

Tempat ini memang satu tempat yang baik untuk anda menikmati makanan laut panggang yang segar. Terdapat pelbagai ikan dan makanan laut yang boleh anda pilih di sini. Tempat ini juga sangat besar yang amat sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga yang mempunyai ahli yang banyak.

Apabila anda duduk di sana, anda boleh menikmati angin bertiuh dari lautan yang dingin. Tempat ini juga mempunyai pemandangan yang baik untuk anda lihat kapal-kapal memuatkan dan memunggah bekas container di halaman perkapalan.

Jika anda pergi pada masa waktu petang semasa hari nak jadi malam, maka anda ada peluang untuk menyaksi pemandangan matahari terbenam yang bagus. Suasana boleh jadi amat mengagumkan.

Servis

Servis restoran ini macam bukan sangat baik dan perlu dipertingkatkan. Terdapat beberapa kali saya kena panggil banyak kali pelayan tapi mereka macam tak dengar dan tidak pedulikan saya. Banyak pelayan juga tidak perhatikan pelanggan dan cuma sibuk dengan hal dia orang sendiri.

Jadi ini bukan baik sangat. Pelanggan perlu dipentingkan dan pelayan patut selalu perhatikan apa pelanggan mahu dan jika dipanggil, lebih baiklah bertindak dengan segera supaya pelanggan boleh rasa perkhidmatan mereka adalah baik dan pasti ramai akan balik kunjung lagi.

Boleh rujuk ke artikel ini untuk mendapati sikit rujukan tentang kalori bagi 10 makanan yang biasa kita makan tiap-tiap hari yang mempunyai kalori yang tinggi tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *