Idea dalam buku ini memang senang untuk difahami saja. Buku ini juga sangat nipis (cuma kulit buku saja yang tebal). Jadi mudah saja untuk dibaca.
Harga buku ni nak dekat RM30. Baca dalam 1 hari pun sudah boleh dihabiskan. Jadi, kalau nak jimat RM30, boleh baca idea yang buku tu di bawah ini.
Buku tu adalah tentang ‘perubahan dan berubah’.

Ada 4 karekter dalam buku tu. 2 tikus dan 2 manusia kerdil. Kesemua tu tinggal kat satu kampung ni.
Tiap-tiap hari mereka keluar rumah cari keju. Ada satu hari ni, bekalan keju habisss.
Lepas tu, 2 manusia kerdil ni macam tak percaya yang bekalan keju dah habis sebab sebelum ni memang banyak.
Sebaliknya 2 ekor tikus tadi tu dah sedar sudah dari awal lagi perubahan yang mana bekalan keju tu dah nak habis dan bila keju dah habis, mereka bertindak dengan cara mencari keju baru di tempat lain dan bukan terus ‘bermain biola’ dengan duduk saja di tempat yang sama dan menghabiskan masa untuk berfikir:
- Kenapa keju tu boleh habis?
- Siapa yang makan keju tu?
- Siapa curi keju yang ada di situ?
- Macam mana keju tu boleh ‘hilang’ dengan begitu saja?
Si manusia kerdil ni tak nak berganjak walaupun seinci dari tempat keju lama yang dah habis tu.
Manusia kerdil ada 2 orang. Untuk membezakan mereka, saya suka hati letak nama A & B. Hihi. Manusia kerdil A tu duduk kat situ selama-lama nya tanpa ada sekelumit keinginan nak bergerak dan berubah dengan pergi mencari keju baru di tempat lain.
Manusia kerdil B yang seorang lagi tu dalam keadaan 50:50. Dia duduk lama juga kat tempat yang sama sebab manusia kerdil A tu kawan dia kan. Jadi, mungkin dia rasa dia nak pujuk kawan dia yang ‘ego’ tu dan rasa bersalah nak tinggalkan dia seorang diri.
Tapi lama kelamaan, manusia kerdil B sedar yang keju lama yang dah habis tu takkan ada semula sebaliknya. Merekalah yang kena cari keju baru untuk di makan demi meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Kalau tidak, mereka akan mati kelaparan sebab keju kat situ memang dah lama habisssss dan TIADA!!
Selepas nak dekat beberapa hari, barulah manusia kerdil B tekad untuk keluar mencari keju baru dan manusia kerdil A masih berdegil mahu menunggu keju yang dah habis itu pulang ‘kembali’ atau ‘dipulangkan’.
Dengan perasaan gigih dan semangat membara yang tersemat di dada, maka manusia kerdil B tu pun menghayunkan langkah keluar meninggalkan kawan dia yang masih bersedih itu dan dia start cari bersendirian keju baru di tempat baru.
Hari demi hari…..
Bulan demi bulan…..
Manusia kerdil B masih tak jumpa keju baru. Kelajuan langkah yang diatur oleh manusia B tadi makin lama makin perlahan sebab sangat penat. Peluh berjujuran jatuh ke bumi. dia ada juga rasa sedikit menyesal sebab usaha yang dilakukan seolah sia-sia belaka.
Dia ada juga rasa sedikit mengeluh dan merasakan dirinya lebih baik jika dia mengambil keputusan yang sama untuk tidak berubah dan tinggal pada takuk yang sama bersama-sama kawannya si manusia kerdil A, rintih hati manusia kerdil B.

NAMUN!!
Langkah kaki manusia B tadi tak pernah terhenti. Dia keep moving ahead dalam misi mencari keju baru. Masuk kampung. Tak jumpa. Keluar kampung, lepas tu masuk kampung lain lagi dan masih tak jumpa. Begitulah seterusnya.
Dan apabila tiba di satu kawasan, dia rasa sedikit kelainan. Dari bawah, dia nampak seperti bukit kekuning-kuningan.
Apabila dia mengangkat pandangannya ke atas, dia nampak jelas bertimbun-timbun keju berwarna keemasan tepat berada di hadapannya.
Dia cubit pipi belah kanan.
Dia cubit pipi belah kiri.
Dia sedar yang dia tak bermimpi
FINALLY HE FOUND IT!!!
Dia ucap alhamdulillah
Manusia kerdil B rasa sangat sangat bergembira.
Masa dia jumpa keju baru. Tikus 2 ekor tu dah lama kat situ menikmati keju baru. Perut pun dah bulat macam bola.
Sebab kenyang sangat makan keju katakan.
Lepas tu manusia kerdil B pun ajak kawan dia yang duduk kat takuk yang sama tu untuk datang menikmati keju yang baru dia jumpa tu bersama-sama.
So. moral of the story, semakin lama kita mengambil masa untuk berubah, semakin lama kita ambil masa untuk menemui kejayaan dan semakin lama untuk kita dapat benda yang kita nak dalam hidup.
Dan ketakutan untuk berubahlah yang menyebabkan kita lambat untuk bergerak dan lambat untuk mencapai kejayaan.
Jika kita takut untuk berubah
Cuba tanya diri
‘Apa yang aku akan buat jika aku tak takut?’
Sekian. Terima kasih.
Semoga bermanfaat!