Moden Tracking Device Berada di Tangan Anda

Dahulu, Nokia dan Sony Ericsson mendominasi pasaran telefon. Motorola pun tak berapa dapat nak carik makan kat Malaysia ni. Itu dulu lah. Tapi Sekarang, Apple , htc , Samsung , Blackberry adalah jenama handphone yang perlu ada bagi setiap orang. Boleh dikatakan sesiapa yang gunakan handphone selain jenama tersebut akan nampak ketinggalan dan tak up to date.

Seriously? Aku pun guna Nokia. Sebab tak berkesempatan lagi nak guna handphone yang canggih-manggih dan perlukan maintenance yang tinggi. Tapi percayalah, masih lagi ada agenda tersembunyi yang aku rasakan tersembunyi bila seseorang menggunakan smartphone.

Tak kira lah iPhone ataupun Android phone. Ada satu artikel yang aku terbaca di Mashable , yang menceritakan betapa smartphone sekarang lebih cenderung untuk track pengguna-pengguna produk mereka ke mana sahaja mereka pergi.

Yeah. Dengan kata mudah, smartphones adalah tracking device yang Apple dan Google gunakan untuk tujuan penambahbaikkan produk mereka yang akan datang. Penambahbaikkan? Betul ke? Mungkin betul dan mungkin tidak.

Aplikasi smartphone yang menjejaki anda

Foursquare

foursquare
foursquare

Paling jelas benda ni gunakan pergerakan manusia sebagai sumber program mereka. Kebiasaannya orang gunakan ni suka sebab dapat post ke mana sahaja mereka check in ke facebook profile. Maka kawan-kawan di facebook dapat tahu, di mana korang berada dan bermulalah komen mengomen.

Hairannya, kita tak tahu yang sebenarnya kesemua data tempat yang telah kita check in tu masuk ke dalam simpanan pemaju software tersebut untuk tujuan penambahbaikkan.

Bayangkan, jika setiap kali anda check in facebook juga dapat data tersebut, Foursquare lagi lah. Tuntutan teknologi menyebabkan ramai orang tak renggang dengan foursquare dan facebook. Kita sekarang lebih rela memberi maklumat pergerakan seharian dengan fourquare. Yeah. Yang rata-rata kita tak tahu, apa tujuan data tersebut dikumpul.

GPS

GPS Location
GPS Location

Foursquare dan GPS sangat berkait rapat. Tiada GPS, tiada Foursquare. Global Positioning System is what GPS means. Yang rata-rata kita gunakan fungsi GPS untuk mencari arah. Itu tujuan yang lapuk. Sekarang GPS digunakan oleh pemaju-pemaju perisian komputer dan smartphone untuk mengetahui ke mana si pengguna smartphone ini pergi dan suka melepak.

Seakan-akan ada mata dari angkasa yang sentiasa memerhati kita. Tapi itu bukan Yang Maha Kuasa. Cuma beberapa mata jahat yang mahukan keuntungan daripada kita. Bila rasa tak perlu, matikanlah fungsi GPS ni. Kalau rasa tak perlulah. Hohoho

Facebook dan Twitter

facebook twitter
facebook twitter

Rata-rata pengguna smartphones Android ataupun iPhone cuma mahukan kehidupan mereka dalam alam maya jaringan sosial lebih mudah. Contoh, jika seorang pengguna iPhone mengupdatekan statusnya di facebook, maka terteralah perkataan “via iPhone” di bawah status tersebut. “Oh, dia ni dah ada iPhone” itulah impression kita bila baca status tersebut. Kebanyakan orang tak perlukan iPhone dan Smartphones selain daripada memudahkan access mereka ke laman sosial facebook.

Trust me. It’s true. All the status u updated and all the pictures u taken that being uploaded to Facebook, is in their hands. U may remove the picture from your profile and post, but u can never delete it from their records and data storage. Have u ever been deleted your facebook account? U know what i meant if u have that experience.

Begitu juga dengan twitter.

Tracking Device Yang Super Penting

Kebanyakan manusia hari ini terlalu bergantung dengan telefon bimbit mereka untuk melakukan tugas-tugas seharian. Bayangkan saja hidup kita tanpa telefon bimbit. Huru-hara, itu pasti. Tapi dengan kehadiran Smartphones, hidup anda mungkin bertambah mudah dan mungkin juga bertambah susah.

Itu bergantung kepada cara penggunaan anda. Biarpun setiap tindakan anda dijejaki, asalkan anda berpuas hati dengan fungsi dan servis smartphone tersebut, apa adahal.

Yeah. Instead daripada bagi tracking device letak kat kaki atau dalam badan manusia macam dalam hollywood movie tu, mereka letak kat dalam smartphone. Alat yang manusia dengan sukarela bawa kemana saja mereka pergi. Dan dengan sukarela mereka dijejaki dan dipergunakan.

The modern tracking device is in your hand. Watch it.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *