Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Menyelesaikan Urusan Biasiswa 1MDB 2011

Saya sudah mula sibuk dengan urusan untuk masuk ke Universiti untuk memperolehi pelajaran degree saya ni. Simpan dulu checklist untuk biasiswa 1MDB kat sini. Nanti mudah nak tengok balik.

Biasiswa 1MDB

Biasiswa 1MDB

Cara untuk membuat urusan Biasiswa 1MDB 2011

1. Pos borang maklumat diri beserta salinan surat tawaran 1MDB ke alamat yang diberi.

2. Maklumkan kepada pihak JPA setelah mendapat tawaran ke peringkat ijazah pertama. Samada melalui emel atau telefon.

3. Bagi pelajar yang telah mendapat tawaran Bantuan Kewangan 1 MDB 2011, berikut adalah perkara-perkara yang saudara/i harus lakukan :

Untuk bayaran semester 1

Setelah mendapat tawaran menyambung pengajian ke peringkat ijazah di mana-mana IPTA atau IPTS dalam Negara , sila kemukakan maklumat berikut :-

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Surat Tawaran Bantuan Kewangan 1MDB
  3. Salinan Surat Tawaran ke peringkat Ijazah Pertama
  4. Keputusan peringkat persediaan (matrikulasi/asasi/foundation/a-level)
  5. Salinan SPM 2009
  6.  Slip pembukaan akaun bank islam (tertera nombor akaun &cawangan bank)

Dokumen-dokumen tersebut boleh dikemukakan melalui emel ke :- idashafura.hatta@jpa.gov.my

Untuk bayaran semester 2 dan seterusnya (sehingga tamat pengajian)

Bagi melancarkan proses bayaran bagi setiap semester, sila maklumkan kepada cik Ida secara emel keputusan peperiksaan (merupakan slip keputusan peperiksaan atau surat pengesahan keputusan peperiksaan dari dekan fakulti bagi pelajar yang tidak mempunyai slip keputusan peperiksaan) dan tarikh kemasukan saudara/i bagi setiap semester. Ini kerana pihak 1MDB tidak akan memproses bayaran bagi semester berikutnya jika tiada keputusan peperiksaan. Bagi pelajar yang telah mendapat biasiswa penuh dari mana-mana agensi/biasiswa JPA ,sila maklumkan kepada cik Ida dengan membuat surat rasmi penolakan bantuan kewangan 1MDB. Ini kerana pelajar tidak dibenarkan mendapat lebih dari satu tajaan. Namun demikian, syarat-syarat ini dikecualikan bagi peminjam PTPTN.

Kebaikan untuk memohon biasiswa ni adalah anda tidak perlu bayar balik sekiranya berjaya memperolehi biasiswa itu. Tetapi lepas dapat duit, bukan boleh anda belanja dengan sewenang-wenangnya. Kalau anda didapati melanggar sebarangan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak 1MDB, maka anda akan kena denda dan perlu bayar balik semua duit yang anda dapat dari biasiswa itu. Jadi, adalah baik untuk anda dapatkannya dan membelanjakannya atas pelajaran yang anda ingin melanjut supaya tidak kenakan denda bayar balik.

Leave a Reply