Kebiasaannya kalau bertolak balik dari Ipoh ke Kuantan, saya akan patah ke Batang Kali, naik jalan ke Genting Highlands dan turun untuk terus perjalanan masuk ke lebuhraya Karak. Itupun kalau hari masih siang. Kalau hari sudah masuk malam, maka saya lebih selesa untuk masuk melalui Kuala Lumpur untuk ke Kuantan.
Bukan apa sebab-sebab yang rumit tapi cuma sebagai langkah berjaga-jaga keselamatan diri sendir saja. Laluan naik bukit ke Genting di sebelah negeri Selangor jalannya adalah satu hala dan kelihatan juga agak gelap sedikit, tambahan jika hari malam boleh tambah kesusahan untuk nampak jalan dengan jelas.
Jadi ia agak berbahaya bagi mereka yang membawa anak kecil untuk melalui kawasan seperti itu pada waktu malam hari.
Selalunya bila lalu di laluan naik ke Genting, saya tak pernah naik atas sampai ke puncak. Apa yang biasa saya buat adalah hanya sampai setakat di kawasan yang ada simpang bulatan untuk ke Kuantan sahaja.
Tetapi, minggu lepas, semasa dalam perjalanan balik dari Ipoh ke Kuantan, saya ambil kesempatan untuk bawa keluarga makan angin sambil menyedut udara nyaman di Genting Highlands.
Arah Yang Boleh Jadi Panduan Anda
Sedikit panduan, berikut saya nyatakan serba sedikit cara untuk ke Genting Highlands jika anda datang dari arah utara.
Melalui Lebuhraya Utara Selatan, selepas daripada kawasan rehat Ulu Bernam, anda perlu keluar melalui Plaza Tol Tanjung Malim dan terus ke kanan menghala ke arah Kuala Lumpur.

Selepas Kuala Kubu, anda akan menempuh Batang Kali dan belok kiri apabila menjumpai papan tanda seperti di bawah:

Kami tiba di puncak Genting Highlands pada kira-kira jam 3.00 petang. Suasana baru lepas hujan waktu itu.
Awana Skyway
Stesen kereta api gondola (atau kereta kabel) baru dipanggil Awana Skyway dan ia terletak di tingkat 4 di Premium Outlets. Ia hanya mengambil masa 10 minit untuk naik dari Stesen Awana ke hentian akhir – SkyAvenue Station. Terdapat tempat letak kereta yang mencukupi di Premium Outlets.
Terdapat dua jenis gondola – Standard dan Glass Bottom Gondola. Standard berharga RM8 dan gondola bawah kaca adalah RM35 seorang untuk satu hala saja.
Jika anda cukup berani, boleh anda pilih untuk menaik gondola bawah kaca untuk pengembaraan sekurang-kurangnya satu hala. Sedikit mahal jika anda naik bersama dengan kesemuaan ahli keluarga sekali. Jika 10 orang sudah perlu belanja RM350! Tetapi ia adalah berbaloi untuk bayaran anda. Anda boleh menikmati pemandangan hutan hujan yang berusia 130 juta tahun di bawah kaca ini semasa naik ke atas bukit.

Gambar di bawah diambil dari dalam Hotel First World.

Seronok betul jalan-jalan sambil menghirup udara nyaman. Cuaca yang baru lepas hujan menambahkan lagi kedinginan Genting Highlands.
Jalan tidak sibuk langsung bila nampak dari hotel. Pengunjung juga tidak berapa ramai sewaktu kami berada di sana. Seronok betul sebab tak payah sesak dengan orang lain.

Walaupun sekadar berjalan-jalan dan mengambil gambar tanpa bermain apa-apa permainan, anak-anak berasa sangat seronok berkunjung ke sini. Apa yang penting, mereka berasa gembira menyedut udara nyaman di Genting Highlands.
Suasana Segar Di Genting Highlands
Suasana segar di Genting Highlands boleh membuat minda segar, namun bila dah kepenatan semuanya tak terasa. Sepanjang hari di Genting Highlands, hujan membuat suasana menjadi sejuk. Memang terasa segar. Relax minda kejap dari kesibukan kotaraya Kuala Lumpur.
Dari tempat penginapan memang boleh dilihat kecantikan awan yang berarak terutama diawal pagi. Syukur dapat menyaksikan keindahan CiptaanNYA.
Walaupun berkabus, samar-samar kelihatan gunung ganang. Pemandangan yang indah sekali. Rasa macam nak sambung jer penginapan kat sini. Kalau ada rezeki nak bawah anak-anak datang kat sini nanti. Perbelanjaan boleh tahan saja.
Maklumat Parking di First World Hotel
Harap ia dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin tahu maklumat mengenai parking di First World Hotel. Untuk pemgetahuan semua, sekira anda bercadang untuk tinggal di hotel ini, parking adalah PERCUMA. Jadi tak perlu risau tentang bayaran parking.
First World Hotel merupakan hotel 3 Bintang yang memiliki sebanyak 6,118 bilik dan menjadikan ia hotel keempat terbesar di dalam dunia berdasarkan Jumlah Bilik. Jadi aku rasa parking takde masalah rasanya kalau berdasarkan jumlah bilik yang disediakan. Kawasan parking betul-betul di bawah First World Hotel.
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda disarankan untuk mengambil gambar sekitar tempat anda letak kenderaan anda untuk mengelak sebarang kejadian terlupa letak kat mana kereta. Serius memang confius. Kalau tak ambik gambar pastikan anda mengingati tanda-tanda yang mudah dikenali disekeliling. Ini akan membantu.
Sebelum ni tak merancang pun nak bawak kereta sampai keatas sebab takut kereta semput. Namun berjaya juga akhirnya kereta kebal mengharungi perjalanan yang mencabar mendaki Genting Highlands. Telah cuba meng”Google” kawasan parking sekitar Genting Highlands, namun maklumat agak terbatas.
Jadi dengan adanya entri ini, sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan sedikit panduan kepada mereka yang bercadang nak pergi ke Genting Highlands bercuti bersama mereka yang tersayang mahupun bersama keluarga.
Bilik Penginapan Deluxe
Bilik yang saya menginapi memang selesa. Dari segi kelengkapan asas memang mencukupi lagi pun kebanyakan masa dihabiskan kat luar.
Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan untuk Bilik Penginapan First World Hotel ini. Kemasan memang simple tetapi bagi saya keselesaan yang paling utama. Yelah sekadar untuk berehat-rehat memang memuaskan.
Saya pernah tinggal sekali dibilik Standard sebelum ini. Sekadar ingin berehat untuk menghilangkan penat setelah beriadah di taman tema oklah. kalau yang bekeluarga rasanya paling sesuai sekurang-kurangnya ambik bilik Deluxe room.
First World Hotel Genting Highlands Kiosk Check In
Check In ini membuat aku tertanya-tanya macamana agaknya nak guna benda alah ni. Nak godek kang takut kena tegur sebab aku dah check in. Rupa-rupanya Kiosk ni merupakan Kiosk layan diri Check-in System yang pertama di Malaysia.
Kalau ikutkan ia satu program yang berinnovatif yang pernah dihasilkan untuk mempercepatkan prosedur Check In dan menjimatkan masa. Cukup mudah dengan beberapa langkah sahaja boleh terus dapat Kunci (Kad Bilik). Asalkan korang dah siap buat bayaran secara online.
Untuk warganegara Malaysia. Korang cuma perlu masukkan MyKad dan ia akan diproses dengan pantas sekali. Cukup menyenangkan. Korang boleh lihat Video Youtube mengenainya di bawah. Rasa-rasanya boleh dicuba penggunaan Kiosk Check-in ni lain kali sekira berkunjung ke First World Hotel.
Lain Tempat Menarik di Genting Highland
Awana Horse Ranch
Jika anda bosan dengan lampu cerah dan mainan di dalam bilik Genting, boleh anda pergi ke berjalan-jalan di lereng bukit yang sejuk. Anda boleh berselubung di atas kuda yang indah dan mengambil pemandangan kehijauan hutan tropika di sana.
Pusat ladang kuda ini terletak di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. Ia adalah cara yang baik untuk anda meluangkan masa di dalam hutan yang rimbun tanpa perlu berjalan dengan kaki anda sendiri.
Waktu Pembukaan: 24 jam setiap hari
Lokasi: Awana Horse Ranch, Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, KM13, Genting Highlands
Tel: +603 6436 9000
Genting Strawberry Leisure Farm
Sebelum menuju ke Genting Highlands Resort melalui perjalanan kereta kabel, boleh anda melakukan beberapa aktiviti di Gohtong Raya.
Satu tempat yang boleh anda lawati adalah Genting Strawberry Leisure Farm untuk mendapatkan strawberi yang segar. Pilih strawberi yang besar dan berair ini dan boleh anda terus makan di tempat itu. Jika tidak dapat habiskan, boleh juga anda ambil balik ke bilik hotel dan makan.
Bagi strawberi ini, satu kotak kecil dengan keberatan 100 gram adalah RM8. Boleh ana ambil gambar di Lavender Farm sebelum menikmati hidangan strawberi yang lazat di kafe. Di Lavender Farm, anda dapat menemui pelbagai herba, cendawan dan sayur-sayuran yang ditanam dengan rapat di ladang itu.
Alamat: No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya,, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia.
Artikel berkaitan:
- Cameron Highlands Destinasi Menarik
- Lepak di Animal Park, Bukit Tinggi Resort