Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Menulis Boleh Hilangkan Stress

Tiada apa sangat yang nak dikongsi hari ni, minda aku jadi kosong atas beberapa sebab, tetapi hati ingin juga nak menulis sesuatu. Semangat berkobar tetapi bila buka laptop di depan meja minda seolah-olah terhenti. Maka tiba-tiba teringat kata-kata seorang blogger “itulah penyakit seorang blogger”. Mungkin benar ungkapan tu!

tulis hilang stress

tulis hilang stress

Mungkin anda juga pernah mengalami situasi macam sebegini. Kalau dah gatal tangan nak menulis, tulislah sesuatu, tak kiralah apa-apa pun yang penting minda anda terasa ringan. Menulis juga boleh menghilangkan stress, aku pernah cuba dan menjadi, tetapi stress yang kita hadapi bukan boleh hilang 100% hanya boleh kurangkan. Kalau terlalu stress ambik wuduk solat sajalah insyallah boleh redakan kepala yang berat tu.

Sekali lagi aku minta maaf mungkin korang berkerut dahi apakah mesej yang cuba disampaikan oleh aku setelah membaca 2 perenggan entri ni. Sebenarnya entri ini tidak bertajuk(semasa sedang ditulis), bila minda aku terlintas apa yang hendak ditulis lalu jari jemari dengan pantas menterjemahkannya dalam bentuk tulisan yang dapat dibaca sekarang ini.

Kebelakangan ini agak pelik otak aku ni mungkin terlalu banyak input yang masuk sepanjang minggu, otak aku keliru untuk memproses data dengan waras. Tetapi aku bukan gila, otak masih mampu berfikir dengan baik, dapat menilai baik buruk, intan kaca, kaya miskin, benci sayang dan seangkatan dengan nya.

Bila sentuh pasal input minggu ini memang banyak yang masuk dalam kepala, soal kerja, hutang piutang, soal hubungan, kewangan, soal politik, hukum hudud(kes tengah hangat) dan bermacam lagi. Belum lagi jadi Perdana Menteri dan kalau aku dah jadi Perdana Menteri entahlah apa akan aku buat. Mahu botak kepala yang dalam proses nak botak ni.

Bagi aku walaupun besar mana masalah sekalipun yang penting cool tangani dengan bijak. Biar selesai satu persatu, walaupun yang menunggu sebesar gunung everest.

Kelihatan nampak rilek tapi bukan bermakna tidak memandang langsung masalah tu cuma tidak terlalu memikirkan sangat. Biarlah ianya selesai satu persatu. Aku selesa dengan cara aku sendiri tetapi tidak bermakna aku tidak mengunakan pakai cara orang lain.

Sangat ego bunyi nya kan? Hanya kita yang memahami diri kita sendiri, orang lain hanya boleh berkata dari sudut luaran sahaja, hakikatnya yang menanggung adalah AKU!

Akhir kata,

Terima Kasih jika baca entri ini sehingga habis. Dalam tak sedar stress aku makin berkurang setelah bukan sangat banyak patah perkataan yang telah ditulis hingga ke ayat terakhir. Benarlah teori mengatakan menulis boleh menghilangkan stress!

Aku sangat setuju dengan teori tersebut dan aku selalu mengingati sendiri untuk tulis sesuatu bila ada ilham pada otak aku.

Memang tidak dapat dinafikan sebab apabila kita menulis, tumpuan fikiran kita dah jadi kat lain Ini adalah sama juga macam sukan, boleh juga hilangkan stress.

Seronok bila kita kongsi sesuatu dengan orang lain. Ada blog? Menulis jadi medium untuk kita berkongsi sesuatu.

Bila menulis kita tulis apa yang kita rasa. Kalau marah, walaupun kita tak tulis kita sedang marah secara direct dekat dalam entri yang ditulis, secara tak langsung kita melepas dan meluahkan apa yang kita rasa dan membuatkan kita menjadi lega.

Cumanya bila kita tengah emosi, cuba baca 2 3 kali entri yang kita tulis. Kadang-kadang emosi itu terlepas ke dalam penulisan kita tadi.

Wassalam!

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh