Menulis Blog Dengan Sentuhan Emosi

Saya baru nak belajar menulis blog dengan sentuhan emosi. Dulu-dulu cuma main belasah dengan janji sedap dibaca dan senang difahami.

Namun sekarang saya cuba menerapkan elemen emosi dalam penulisan. Tak sangka selama tiga tahun menulis blog dapat juga konsisten membelanjakan wang untuk syarikat penyedia internet. Jika dikumpul sekali sudah cukup duit untuk membeli sebuah laptop yang baru.

blogger tulis depan laptop

Secara praktikalnya memang tak untung pun. Tak balik modal. Namun secara teorinya saya semakin yakin untuk menjadi blogger yang ada pendapatan jenama. Walaupun masanya mungkin tidak akan terjadi sekarang, insya Allah esok lusa akan menjadi juga segala perancangan dan strategi.

Semasa bergiat cergas dalam dunia Multi Level Marketing suatu ketika dahulu, saya telah diajar untuk membuat promosi produk dengan sentuhan emosi. Saya digalakkan untuk ceritakan perasaan dan pengalaman selepas memakai produk tersebut.

Itulah dinamakan testimonial yang ramai juga syarikat yang pakai. Lagi menarik testimonial maka lagi mudah untuk menjual produk. Letakkan diri bakal pembeli sudah menikmati produk tersebut baru pelanggan yang berpotensi akan tertarik untuk membeli.

Sama Konsep Dengan Menulis Blog

Konsep ini seakan sama dengan menulis blog. Lebih-lebih lagi blog yang mempromosikan produk Shaklee. saya saja nak kasi promosi untuk tolong rakan-rakan blogger.Tak salah kot.

Sebagai penulis blog yang ingin menarik lebih ramai pembaca untuk mengunjungi ke blog saya, sudah tentu saya ingin menulis cara meluahkan emosi. Biar pembaca rasa seronok dan gembira ketika membacanya.

Lupakan dulu soal dapat atau tidak habuannya. Apa yang penting adalah dapat menukar pembaca kepada pembeli. Jika bukan hari ini mereka boleh berkunjung lagi pada masa-masa yang datang.

Saya cukup tertarik dengan cara blog lain yang pandai dalam menulis dengan menggunakan sentuhan emosi dalam entri berkaitan kisah mereka di sesuatu tempat. Mereka dapat menulis dengan cerita yang menarik berdasarkan pengalaman dari pemerhatian sekeliling. Sesiapa yang membacanya pasti akan tersentuh emosi mereka.

Pembaca Suka Baca Kisah Peribadi

Manusia suka dengan kisah peribadi. Lebih-lebih lagi kisah yang ada persamaan dengan mereka. Misalnya kisah blogger yang berjaya menjana pendapatan dari blog. Kalau tak, kisah Fatin Liyana yang menemui pasangan hidupnya. Ramai yang teruja dan ada juga blogger bujang yang geram mengigit jari kerana terlepas peluang. Ini semua adalah kesan ke atas emosi ingin tahu, cemburu dan seronok.

Sebab itu menulis blog menggunakan niche peribadi lebih disukai pembaca. Mereka akan meninggalkan komen berbanding blog informasi. Cuba perhatikan pada blog begini hanya dibaca dan jarang-jarang ada reaksi berbentuk komen.

Tidak kira apa niche yang kita pilih, atau macam mana gaya yang kita menulis dalam blog kita, memang blog itu akan menarik pembaca yang tertentu dan pengunjung tetap ada untuk datang ke blog kita. Manusia di dunia ni kan ada pelbagai sifat dan kesukaan. Maka perlu saja kita kekalkan minda dan fikiran yang positif selalu apabila kita tulis untuk niche blog kita .

Jadi jika kita nak tulis sesuatu, lebih baik kita menulis dengan sentuhan emosi. Dengan tulis dalam cara ini, ia akan menarik hati untuk para pembaca datang membaca. Kalau apa yang ditulis tu adalah berdasar dari pengalaman peribadi, mesti entri yang dihasilkan akan jadi lebih exclusive. Ini adalah sebab orang lain tak tulis, hanya itu lah satu yang anda hasilkan yang unik untuk para pembaca.

Dari pandangan pembaca, mungkin setelah banyak membaca artikel-artikel yang hanya berunsur fakta, sesekali membaca sesuatu entri yang lain dari yang lain akan jadikan mereka rasa macam best saja dengan gaya yang anda ada sendiri.

Tulislah Blog Dari Hati

Tulis blog dari hati baru ada sentuhan emosi. Walaupun entri tu mungkin tidak mesra SEO pun tak apa. Apa yang penting ada pembaca setia yang sudi singgah buat beberapa kali. Sebetulnya pembaca rasa puas dan berbaloi meluangkan masa dalam blog kalian sudah boleh menjadikan anda seorang blogger yang berjaya.

Sekiranya anda tidak tahu kenapa blog anda tidak ada ramai orang yang beri komen macam blog yang tulis niche peribadi, ini adalah kemungkinan bahawa blog anda merupakan blog yang melontarkan pendapat.

Mungkin ada yang terlepas pandang akan kepentingan sentuhan emosi ni melalui blog. Rata-rata akan menggunakannya ketika tengah meluahkan rasa marah terhadap sesuatu sahaja. Alangkah bagusnya kalau dapat digunakan ke arah kebaikan. Dah tentu ramai yang suka singgah.

Apatah lagi kalau kita tengok rancangan TV pun pandai betul memainkan emosi penonton, walau jalan cerita macam tak lojik tapi emosi tu buatkan orang tak berganjak dari depan TV.

Jika anda sedar tentangnya, maka boleh anda fikirkan untuk beri sikit sentuhan emosi dan pandangan peribadi ke dalam entri yang akan anda tulis untuk masa depan. Boleh anda kaji sendiri lepas tu dan perhatikan adakan ia dapat menarik lebih pembaca atau tidak.

Saya harapkan semua blogger yang berusaha kuat di kalangan mereka akan dapat melangkah lebih jauh ke taraf lebih tinggi seperti para legend lain. Semoga berjaya dan jangan putus asa ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *