Membuat Protected Post Menggunakan WordPress.org?

Aku agak sibuk kebelakangan ini. Bukan sibuk disebabkan apa, tapi sibuk untuk belajar mengenai WordPress. Biasalah, blogger cabuk macam aku ni memang banyak lagi kena belajar. Perlulah aku berusaha dengan kuat untuk menguasai WordPress tu.

Plugin Untuk WordPress

Sebenarnya aku nak mencari plugin untuk WordPress. Plugin yang aku nak cari tu mesti ada fungsi “private post” di mana hanya orang yang tertentu je boleh baca.

Disebabkan plugin yang semudah ini boleh memberikan client aku satu kelegaan yang besar untuk company mereka. Jadi aku memang terdesak sangat nak cari plugin tu untuk selesaikan masalah client aku tu.

Di pendekkan cerita, pencarian aku itu telah membawa aku ke satu forum di luar negara. Satu persatu aku belek dan dalam forum itu terdapat banyak-banyak thread yang ada yang mempunyai maklumat yang cukup baik.

Aku terpandang pada satu thread yang agak menarik. Thread tu memfokuskan tentang “mengapa perlu ada blog sekiranya kita privatekan post yang ada dalam blog tu?”

Bila aku nampak thread itu buat pertama kali, aku rasa memang giler kentang punya topik macam ini. Memang panjang berjela ahli dalam forum tu berbalas pendapat. So nak tak nak, panjang jugaklah pembacaan aku pasal topik tersebut.

Antara persoalan yang panas di utarakan ialah:

  1. Kalau suka sangat nak “private” post sendiri di blog, baik kongsikannya melalui EMAIL sahaja. Mengapa perlu publishkan di blog lagi?
  2. Kalau nak buat semua penulisan secara rahsia, baiklah jangan ada blog pada permulaan. Blog itu adalah sesuatu yang universal. Ia direka untuk orang baca dan bukan untuk orang tengok!
  3.  Blog adalah sebuah perkongsian PEMASARAN/BRANDING yang memerlukan komuniti untuk sebati di dalamnya. Kalau semua isi dan kandungan di privatekan, lebih baiknay jangan buat blog. Kerana ia akan membuat pengunjung/pembaca setia berkecil hati!

Haaa…., lepas baca komen-komen yang dikongsikan, apa macam rasa yang anda ada?

Bila aku fikir dengan dalam-dalamnya, aku rasa betul juga apa yang dikatakan di forum itu. Ini cuma bagi aku ada sedikit excuse untuk kes client aku.

Dalam kes client aku, mereka TAK NAK gunakan blog untuk sebarang pemasaran. Mereka cuma ingin mencari sesuatu yang boleh membantu mereka dalam urusan “networking dalaman”.

Apa itu networking dalaman?

Iaitu network yang seperti private dan bukan terbukar kepada orang ramai. Hanya orang yang dijemput dibenarkan untuk menyertai dalam network itu.

Untuk membayar upah seorang pakar network mencipta satu sistem “internal online report” yang boleh di baca oleh orang-orang tertentu dalam sebuah organisasi, itu bukan satu jumlah yang kecil. Boleh mencecah puluhan ribu ringgit!

So disebabkan aku sendiri bukan pakar IT ataupun network, WordPress telah banyak membantu. Ianya bagai satu anugerah yang Allah berikan. Sekarang WordPress sudah berada di tahap “sistem” yang sungguh marvellous.

Aku tak tipu.

Sekarang dengan hanya menggunakan function “protected” di dalam ruangan admin blog kita je, semua itu bisa di atur. Dan aku tau, ini adalah cara paling mudah, ringkas dan tidak membebankan client sendiri.

Orang-orang yang tertentu sahaja boleh membaca online report masing-masing melalui blog-blog yang dibangunkan (di sinilah fungsi blog yang biasa kita lihat bertukar menjadi “luar biasa”).

Blog yang telah berubah menjadi “sistem dalaman” ini tidak memerlukan pembaca, tidak memerlukan marketing, tidak memerlukan pengiklanan dan juga sebarang familir stuff yang kita biasa tengok setiap hari.

Tak kiralah Nuffnang ke, Advertlets ke, Adsense ke.. atau apa sahaja, semua itu tidak penting bagi mereka sebab kini, mereka menggunakan blog sebagai satu online tools.

Jadi berbalik kepada tajuk utama Membuat protected post – berbaloi ke?
Jawapannya mudah sahaja.

Tengoklah kepada penggunaan dan juga kehendak kita sebagai seorang pengguna WordPress. Kalau kita seorang blogger yang menggunakan WordPress untuk berblogging, janganlah selalu buat protected post. Kalau kalau kita gunakan WordPress untuk tujuan pembangunan yang lain, itu lain cerita.

So apa yang kalian lihat dalam entri bertajuk Protected: Ini tak boleh jadik semalam sebenarnya is nothing. Ia hanyalah satu trial error terhadap 3 persoalan panas yang aku senaraikan kat atas tadi.

wordpress protected
wordpress protected

Kalau tidak, takkanlah aku terima notis di Facebook dan juga email dari pembaca tegar ni semua (haha.. jangan marah haaa…! ):

Entri semalam tu takde siapapun yang membacanya sebab ianya KOSONG. Bila tiada yang membacanya, maka tiadalah komen.

p/s: sampai ke akhir thread tu, aku rasa aku tak perlu nak cari plugin yang banyak powerful ataupun plugin yang berbayar untuk client aku. Pakai function “protected” yang telah disediakan oleh WordPress sudah boleh je… lagi senang!

Artikel berkaitan:

  • Spam Masih Lagi Pintar
  • Tutorial Mudah Untuk Manual Update WordPress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *