Melancong ke Warsaw, Poland

Sebenarnya aku sudah lama nak update pasal pengalaman aku jalan-jalan ke Warsaw, Poland ni tapi di atas kekangan masa dan juga mood yang tak sampai threshold jadi aku abaikan. Alhamdulillah malam ini tiba-tiba mood datang.

Perjalanan aku ke sana agak mencabar jugak la sebab aku travel sensorang dari Hradec ni dan plan nak ke sana pun dibuat secara tergesa-gesa. Beli tiket train pukul 1 petang, travel pukul 10 malam pada hari yang sama. Haa. Agak tak munasabah kan. Train kat Czech Republic ni boleh beli on the spot dan harga dia bagi aku tidak la mahal sangat kira-kira 76 Euro round-trip dari Hradec Kralove, Czech Republic ke Warsaw, Poland.

Walaupun Warsaw ni hanya bersebelahan dengan negara Czech Republic, perjalanan dengan train mengambil masa yang lama jugak la kalau nak dibandingkan dengan naik flight. Seingat aku nak dekat 11 jam jugak la aku tidur bangun makan dan kitaran ini diulang sepanjang perjalanan. Agak bosan tapi bagi jakun macam aku rasa best tambah-tambah travel malam tak ramai sangat orang dalam train.

sempadan Czech-Poland
sempadan Czech-Poland

Stesen train sini namanya Bohumin sempadan antarabangsa agaknya. Stop kejap kat sini sebab ada check tiket dan passport sikit. Cuba tengok kat luar, salji memutih dan pada masa ni jugak salji turun rintik-rintik. Indahnya ciptaan Allah kan. Dan bermulalah perasaan bermonolog aku sambil merenung ke luar tingkap yang kadang kala disapa salji-salji putih. Lepas tu aku sambung tidur balik sebab mengantuk sangat tambah waktu aku sampai Warsaw nanti dah pagi. Jadi waktu minimum 6 jam tidur aku wajib ditunaikan.

stesen train di Warsaw
dah selamat sampai di stesen train di Warsaw

Alhamdulillah. Selamat sampai juga aku kat sini. Rasa macam tak percaya sebab plan nak datang sini dibuat last minute. Sebenarnya ni bukan main train station kat Warsaw. Aku terlepas tadi. Sepatutnya aku turun di Warsaw central train station. Nasib baik skip 1 stesen je. Nanti bila korang datang sini, main train station dia kat dalam bangunan macam ala-ala KL sentral. Namanya Warszawa Centralna.

Palace of Culture and Science
Palace of Culture and Science

Bila datang Warsaw, aku wajibkan korang pergi ke tower tu sebab ni lah mercu tanda Warsaw merangkap bangunan paling tinggi di Poland dan yang ke-enam tertinggi di EU baca European Union bukan IU. IU tu ex aku. Haha. Depan dia ada Hard Rock Warsaw. Sebenarnya aku tak suka kumpul barang Hard Rock ni sebab mostly semuanya mahal. Hari itu pun aku sesaje je beli clip tie, it costs me 40 zloty=RM40. Waaa. Clip tie je punnn. Tapi kawan aku Aidid suka kumpul benda alah ni. Hampir ke semua negara yang dia pergi dia confirm beli. Percayalah.

view from the tower
view from the tower

Alang-alang dah sampai aku naiklah. Lagipun murah je nak-nak kalau dapat student price. Rasanya 5 zloty je. Matawang kat Poland ni guna zloty dan kadar tukaran ke RM lebih kurang sama je. Let say 10 zloty, so it means macam RM10 hengget.

Dan satu lagi bila korang travel di negara Europe, duit korang mesti prepare dalam currency euro sebab nanti senang nak tukar ke currency negara yang korang travel tu. Jangan bawa duit ringgit Malaysia sebab kat sini memang takda conversion dari RM ke zloty contohnya. Lepas tu, elakkan tukar duit di Airport sebab kadar tukaran kat situ sangat rendah dan akan merugikan sahaja.

Kalau tukar dalam kuantiti sedikit rasa ok la kot just buat lepas beli air tin dan roti. Kalau korang jenis berkira macam aku, korang check la kadar tukaran semasa kat internet supaya pengurup wang tu tak letak nilai yang fluctuates sangat dengan nilai semasa.

Noah's ark
Noah’s ark

Petang tu pulak aku pergi ke National Museum of Warsaw. Kat sini nak masuk kena bayar dalam 10 zloty per head. Basically muzium ni sangat best bagi orang yang suka melukis sebab kat sini dia pamerkan paintings zaman lampau dulu kala. Aku berlari-lari anak dalam museum ni sebab semua paintings nampak real nak mampos.

Cuba tengok potret atas tu. Tu konon-kononnya bahtera nabi Nuh yang mereka gambarkan la. Lihat, semua binatang berpasang-pasangan kan? Aku tertarik dengan potret tu. Walaupun aku ni tak suka melukis tapi aku suka tengok gambar macam ni. part ni aku tipu. sebabnya bila aku nampak free WiFi zone je, terus aku melupakan semua tu. Muahaha.

painting
painting

Seriously sangat awesome. Painting ni hand made tau jangan memain. dieorang sayang gila kat koleksi paintings ni sehinggakan setiap penjuru bilik pameran dijaga oleh penjaga dan sampaikan aku kena marah sebab cuba sentuh gambar tu. Haha. Biasalah aku ni seperti rusa masuk kampung, mana lah aku tahu.

Stadion Narodowy, Warsaw
Stadion Narodowy, Warsaw

Ni stadium bola yang dibuat khas untuk Euro 2012 tahun lepas. Kat sini lah Mario Balotelli femes dulu. Lucu gila bila dia kena selalu troll kat 9gag. Nak masuk kena bayar jugak. Tapi dia ada beberapa jenis ticket. Kalau hanya nak masuk jeling kanan kiri lepas tu keluar, harganya dalam 5 zloty sahaja (student price) tapi kalau nak masuk tengok sedalam-dalamnya mahal sikit lah.

Bila bertandang ke sini cari kaunter ticket betul-betul. Jangan jadi macam kiteorang, siap selesai buat tawaf lagi sekeliling stadium tu semata-mata nak cari kaunter ticket. Rupanya, dia berada kat bawah dan korang kena masuk ke dalam sikit. Waktu ni dah nak dekat pukul 8 malam dan sangat takda orang.

suasana dalam stadium
suasana dalam stadium

Stadium ni agak luas dan 3 tingkat rasanya. Lupa nak cakap. Sepanjang aku di Warsaw, suhu di antara 3-5 celcius tak kurang tak lebih. Maha sejukk sampai nafsu untuk bergambar hilang begitu sahaja. Aku rasa ni je kot perkara yang tak best bila jenjalan kat European countries ni. Tapi kalau pakai baju ala-ala orang Inuit yang tinggal dalam Igloo tu, rasa sudah selamat dari mati kesejukan.

Artikel berkaitan:
Prague – Dubai – Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *