Melancong ke Sipadan Island

Persiapan dimulakan semenjak 4 bulan lepas, penyediaan untuk pergi menyelam adalah paling diutamakan. Bos sudah keluar memo, sesiapa yang tak ada lesen menyelam air tidak boleh pergi!

Seminggu sebelum tarikh berlepas ke Sipadan kebanyakan kawan-kawan semuanya dah tak ada mood untuk berkerja termasuk aku. Semua kerja rasa nak simpan ke laci saja sampai balik cuti baru uruskan. Ingatkan staff juga yang berpenyakit begitu rupanya bos aku pun sama.

sup herba semporna
sup herba semporna

Hari Pertama

Flight kami lepas dari LCCT jam 9.00 dan dijangka akan sampai ke Kota Kinabalu pada jam 11.30. Dan masa untuk sampai ke Tawau adalah jam 3.30 petang. Alhamdulillah, ikut dengan jadual yang dirancangkan, kami sampai ke Semporna pada pukul 5.30 petang.

Setelah selesai check in di tempat inap kami di Entrance Dragon Inn dan mengisi perut yang sudahpun kelaparan di gerai Lepa Semporna. Tak pernah aku kelaparan sebegini tetapi semuanya terbalas apabila masing-masing teruja dengan hidangan sup herba semporna… dan peh… memang sempurna..

Mabul Island
Mabul Island

Hari Ke-2

Seawal pukul 6.30 pagi, kebanyakan daripada kami sudah terpacak di lobby.. Huh.. Semangat Power Ranges masih berkobar-kobar di dalam misi “Sipadan here I come”.

Destinasi kami seterusnya adalah pergi ke pulau Mabul. Syarat utama sebelum dive di pulau Sipadan, kami perlu bermalam di pulau mabul dan begitu juga sebaliknya.

Difahamkan proses ini hanya mereka yang datang menaiki flight dan kami perlu melalui proses ini kerana perubahan paras ketinggian di udara dan kedalaman laut tidak boleh dibuat secara mendadak.

Bagi kami itu cuma merupakan perkara kecil berbanding dengan penantian kami semenjak bulan September lepas. Perjalanan hampir 2 jam dirasai amat pantas, sampai sahaja di jetty kami disambut oleh beribu-ribu specis ikan batu karang, antara yang menjadi perhatian saya ialah ikan nemo.. Hanya spisis itu yang saya kenal…

Sambil menikmati keindahan pantai, tidak lama kemudian bos aku datang.. Lain macam je.. Ada masalah besar, kita tidak boleh masuk ke pulau sipadan… HA….! Biar betul…dia diberitahu oleh guider bahawa untuk dive di pulau sipadan kita perlu dive di setiap pulau di seluruh Malaysia dan setiap kali dive perlu dapat cop rasmi pulau.

Ini kerana pulau Sipadan terletak di luar daripada pelantar bumi, jadi arus laut sangat merbahaya terutamanya bagi golongan seperti kami yang mempunyai lesen cuma baru berusia 4 bulan.

Aku lihat masing-masing macam tenuk tertelan buah pinang…Tiba-tiba terdengar satu suara sinis berbunyi “idea sapa ni.. Sudah enak-enak di pulau redang tukar ke sipadan… padan muka” Tiba-tiba semua mata tertumpu ke arah isteri bos.. Alamak kak Yan kau dah terlepas cakap… semasa aku menoleh kearah bos, mereka sudah berjalan kearah jetty. Mulut tak ada insuran…..

Hari Ke-3

Telefon di bilik aku berdering seawal jam 5.00 pagi. Setelah selesai solat subuh aku turun ke lobby untuk bersarapan. Suasana tak seperti semalam… makin ceria, excited…aik… apa sudah jadi.. Aku bertanya pada Pok tam kebetulan minun di sebelah aku… “ Demo tok tahu ko “ er apa dia… lagi aku blur..

Rupanya semalam bos umumkan company sponser trip ini… so it’s free.. Ya Hoo… kurang la sikit rasa bersalah … hehehe… Aku tak tahu sebab semalam aku pi memancing di jetty.. Pari 5 kg naik malam tadi.. Cukup puas hati…

Ini lah kedai souvenirs yang terdapat di pulau ini.. Jangan tak percaya.. Siput atas rak kayu boleh bergerak… Rupa-rupanya kunang kunang masih lagi terdapat dalam siput tu..Aktiviti seterunya, kami dive di sekitar taman laut Mabul…keindahan dasar laut tak dapat diungkap dengan kata-kata…

Semasa perjalanan pulang dari dive kesemuanya nampak ceria.. Sekali lagi kak yan mengeluarkan statement yang kurang enak “ agaknya kalau di pulau sipadan lagi cantik kan” disuruh berenang balik ke pulau baru tau….

Hari Ke-4

lautan sipadan
lautan sipadan

Aktiviti hari ini tak sehebat semalam kerana petang nanti kami akan bertolah pulang ke samporna. So pagi in kami pusing pulau. Oh ya, lupa nak bagi tahu malam tadi aku berjaya menaikan kerapu seberat 5kg dan pari 7kg huh…. Pertarungan sengit aku malam tadi.. Pakcik yang mengail dengan aku malam tadi cakap “ ah biasa aja bah”.kerana pakcik pernah menaikan siakap 20kg di jetty ini.. Kepada kaki-kaki pancing… disini syurga ikan dan yang penting kita boleh menacing di taman laut..

pelabuhan sipadan
pelabuhan sipadan

Hari Ke-5

Kumpulan kami selamat tiba di LCCT tepat jam 9.00 malam. Walau pun objektif utama kami tidak kesampaian namun kepuasan jelas terpancar di wajah kami. Kepada Bos kami… Thank You…..! Hehehe kami semua saying bos….. Apa yang penting adalah banyak kerja yang tertunggak di office sedang menanti kami…

Artikel berkaitan:
Bali Trip Part 5 – Macam Di Dunia Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *