Melancong ke Prague, Czech Republic

Aku pergi ke Prague ni pada cuti winter hari itu. Sebelum aku ke sini, sebenarnya hari sebelumnya aku pergi main ski di sebuah tempat yang terletak di atas bukit. Maaf. Disebabkan ianya lebih 7 bulan yang lepas, jadi aku dah lupa nama tempat tu. Aduhai.

Short-term memory betul la aku ni. Tapi yang pasti tempat ski tu sangat extreme. Bayangkan aku ni newbie baru first time pegang kayu ski nak main kat tempat profesional macam tu. Nasib baik tak jadi arwah je. Hehe. Dan aku baru tahu yang sukan ski ni adalah salah satu sukan extreme, jadi bila ingat balik aku ni not bad la. Boleh la jugak turun bukit dengan menggunakan ski bukan berjalan kaki. 😛 even separuh jalan je. 😛

Maaf juga sebab waktu tu aku rela tak ambil gambar walaupun pemandangan dari puncak bukit yang memutih yang sangat indah habaq hang sebab suhu yang sangat sejuk sampai gloves tangan yang tebal ni pun masih terasa sehingga ke periosteum (lapisan tulang paling luar) periosteum ni ada kat semua lapisan luar tulang kecuali kat joint surface. Ok. Agak ilmiah disitu. Bajet sikit sebab semalam baru passed final anatomy. Alhamdulillah dan terima kasih kerana doakan.

Lepas pergi main ski, kiteorang pun balik. Tapi aku dan Arif tak nak balik direct ke rumah masing-masing sebab kiteorang plan nak jenjalan disekitar Prague. Saje-saje nak bajet traveller sikit. Kiteorang pun bermalam kat rumah labby (Amirul Ashraf) dan pagi esoknya kiteorang start jenjalan.

Nasihat aku, jangan lupa bawa online maps kat smartphone masing-masing sebab takut sesat. Kan dah bazir masa kat situ. basically jalan kat sini bagi aku senang nak faham je kalau tengok betul-betul. takda lah pening sangat.

jarak yang anda lihat sekarang adalah 2/5 dari ketinggian keseluruhan escalator
jarak yang anda lihat sekarang adalah 2/5 dari ketinggian keseluruhan escalator

Bagi sesiapa yang datang ke Prague. Gerenti korang akan jumpa escalator ni. mula-mula aku datang, aku sangat terpegun dengan ketinggian escalator ni. Sangat tinggi nak mampos dan rasa nak gayat pun ada jugak. Benda ni sebenarnya membawa korang dari atas tanah ke bawah tanah. Faham tak?

Rasa macam salah guna bahasa malaysia. Haha. Biasanya, pengangkutan kat Prague ialah Tram dan Metro. Beza antara dua makhluk ciptaan manusia ini ialah Tram berada di atas jalan raya. Metro berada di bawah tanah. Jadi, jika nak ke Metro, korang kena menuruni escalator ni.

stesen Metro
keadaan stesen Metro bawah tanah di Prague

Alamak. Aku rasa macam terlebih efek pulak gambar Metro ni. Jauh panggang dari api. gurau je. Contoh stesen kat gambar di atas ni adalah Karlovo Namesti. Jangan risau. Basically, sistem dia sama je dengan LRT kat Malaysia.

Masa menuruni escalator tadi, korang akan nampak sign board stesen-stesen metro yang akan dilalui oleh Metro kat depan mata korang. Tengok elok-elok, jangan tertukar kanan dan kiri. Yang penting peta ada di tangan. Jadi, boleh rujuk nama stesen yang hendak dituju dan refer di sign board tadi.

Dancing House di Prague
Dancing House di Prague

Nama bangunan ramping ni adalah Dancing House. Nampak cantik dari luaran tapi sebenarnya ia adalah sebuah bar. Dan untuk pengetahuan semua, Czech Republik ni adalah salah sebuah negara pengeluar arak terbesar di Europe sehinggakan tidak hairanlah harga sebotol air mineral lebih mahal dari arak. Awas! Jauhi arak sebab arak ibu segala kejahatan (Hadis riwayat At-Tabarani) aku hajat nak masuk tapi tak apa lah banyak lagi tempat menarik yang aku boleh pergi.

patung-patung
patung-patung yang ada di sini. bukan pakcik tu tapi kat belakang dia

Satu lagi. Kat sini patung-patung sangat berkeliaran berkejar-kejaran disini. Even kat bangunan-bangunan masih ada patung. Ada yang tanpa badan, ada yang berdiri tegak, ada yang tanpa seurat benang, ada macam-macam lagi. Sebenarnya patung-patung tu dari dulu lagi kat situ sejak nenek moyang dieorang lagi. Dieorang sangat preserve bangunan-bangunan lama macam ni. Yang ni yang aku salute sikit kat prague. Classic gituu uolls.

Charles Bridge
berada di atas Charles Bridge

Kan hari itu ada berita Prague banjir kan. Hari itu jugalah laluan ke Charles Bridge ni ditutup buat sementara waktu sebab kat bawah dia ni ada sungai. Nama pun bridge kan.

Takkan lah ada ladang gandum pulak. Dikisahkan pada zaman dulu-dulu, Charles Bridge lah satu-satunya jambatan yang menghubungkan antara Prague Castle dengan tanah seberangnya.

Prague Castle terletak kat depan tu (sila lihat gambar di atas) jadi, bila ada tentera musuh nak serang, senang sikit nak protect castle tu. Sebab kalau memang dah taboleh nak sekat musuh dengan jalan darat, dieorang akan bom je jambatan ni. so. setel.

Prague Castle
permandangan dari atas Prague Castle

Bila sudah melintasi bridge tadi, korang jalan straight je, agak jauh juga lepas tu jumpa Prague Castle. Aku nasihatkan sila ikut arus pelancong. Maksudnya ikut belakang pejalan kaki pelancong asing yang lain sebab basically dieorang pun nak ke Prague Castle jugak.

Jangan jalan ikut sedap hati je sebab lepas dari bridge tadi, ada banyak lorong-lorong kecil. Korang jangan ikut lorong tu. aku dan arif bajet nak shortcut la konon tapi main pusing-pusing tempat sama je.

Prague Castle 2
antara bangunan yang tersegam indah di Prague Castle

Lihat. Cantik kan ukiran bangunan dia. Penuh dengan nilai-nilai kesenian dan cuba lihat kat atas tu, ada patung lagi. Aku rasa usia bangunan macam ni dah berabad lama. Sebab bandar Prague tak musnah dalam perang-perang dulu-dulu. Kalau masuk melalui gerbang pintu ni, korang akan ke gereja.

gereja omputih panggil church
gereja omputih panggil church

Waaa. Aku agak terpegun melihat seni ukiran gereja ni. Entah bagaimana lah dieorang buat agaknya. Masa ni ramai foreigners yang ambil gambar kat sini. Saiz gereja ni sebenarnya besar dan tinggi. Sampai kamera aku pun tak muat nak capture. Bagi pencinta seni ukiran dan bangunan macam ni, aku sarankan korang datang sendiri ke Prague. Bagi aku, berbaloi la sebab tak kena bayar pun masuk ni.

Waktu ni sejuk juga la. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Berlin dulu, kat Berlin jauh lebih sejuk. Waktu ni sebenarnya bateri kamera hampir nazak. Jadi, aku berjimat-jimat dalam mengambil gambar. Jadi, make sure sebelum travel, cas bateri semua kasi penuh. Nanti menyesal tak keruan.

malam chrismas di Prague
malam chrismas di Prague

Selepas penat jenjalan. aku datang ke sini. Kat depan church ni ada Christmas market. Kat dalam gereja tu dieorang ada buat bacaan sikit. Tak tahu kenapa hangin aku nak masuk tengok.

Aku ajak arif sekali. Dalam hati ooo macam ni ke dieorang punya gereja. lepas tu aku cepat keluar sebab semua orang ada buku di tangan tapi aku siap bawa air masuk pastu siap sedut air buat macam buat macam rumah sendiri.

Oh ya. Satu lagi. Kat Prague sila berhati-hati sebab kes pick pocket sudah menjadi kebiasaan di sini. Kalau boleh letak dompet kat bahagian zip baju depan.

Semoga Allah Berikan Yang Terbaik

Minggu ini boleh dikatakan minggu yang sangat (perasaan yang tak boleh digambarkan) bagi aku kerana sepatutnya aku mengambil Final Anatomy hari ini tetapi disebabkan oleh beberapa faktor aku terpaksa mengambil pada 4.7.2013 nanti untuk percubaan pertama. Aku rasakan minggu ini, diri ini diserang bertalu-talu dengan ujian internal factors dan juga external factors.

Hanya Allah yang tahu perasaan aku sehinggakan aku tidak boleh menumpukan perhatian langsung terhadap 199 soalan final anatomy yang terpaksa diulang baca.

Rasa hari-hari berlalu macam tu je. Aku rasakan seolah-olah ada sesuatu yang menyekat semangat aku untuk membuka buku dan study seperti hari-hari yang lain aku buat. Ditambah lagi dengan sedikit salah faham antara manusia membuatkan aku rasa macam -.-

Pagi ini aku call mak. Aku ceritakan semua perasaan yang aku rasa pada masa itu. Iaitu aku ingin balik ke Malaysia kerana aku rasa sangat penat, letih, kosong, malas, bosan dan etc. Sebenarnya ma dari dahulu lagi seperti tak bersetuju dengan keputusan aku untuk datang ke sini.

Mak lebih suka aku menyambung pelajaran dalam negara sahaja. Tapi pada masa buat keputusan tu, entahlah. Mungkin keputusan aku ini hanya mengikut nafsu aku semata-mata. Tengok orang fly, aku pun nak fly jugak.

Allah terbaik
Allah terbaik

Lama juga la berbual sampai ma kata, ikut hati awak lah. Mak tak tahu. Sebab mak tak rasa semua ini tapi saya yang rasa dan kalau boleh sambung dalam negara, sambung je la dalam negara dengan nada suka. Aku sebenarnya bukan nak lari dari masalah sebab aku rela hadapi semua ini di Malaysia, bukan di negara orang.

Dan duduk di Czech Republic ni aku dah rasa bersyukur sangat-sangat. Nak harapkan duit sendiri datang ke sini, memang tak akan sampai. Lepas tu, call k.ni pula. k.ni ada cakap yang mak ada 2, 3 kali mimpikan aku sejak kebelakangan ni. Aku pun tak pasti apa tandanya. Kalau boleh nak je aku balik Malaysia lepas tu dah tak nak datang ke sini lagi dah.

Sebab tu la aku rasa macam there is something behind it. Dah la aku ada ma je. Masa masuk MRSM Taiping dulu pun aku degil jugak. Mak suruh aku masuk MRSM Pengkalan Chepa katanya senang sikit mak nak datang melawat tiap minggu tapi aku degil.

Aku kata dekat sangat dan aku nak merasa duduk luar kelantan. Sekali lagi mak akur dengan keputusan aku. Masa minta biasiswa JPA dulu pun, mak nak aku minta dalam negara tapi aku degil.

Aku cuba apply luar negara. Kepas dapat, mak kata lagi. Boleh ke kalau tukar ke dalam negara kalau boleh ambil dalam negara lah, aku kata boleh. Tapi aku taknak. Aku kata nak merasa duduk overseas.

Sekarang ini bila nak dekat final exam, aku mula tersedar. Ya Allah janganlah jadikan aku anak yang derhaka dan tidak bersyukur sesungguhnya aku tak tahu. Sekarang ni, bila aku berdoa selepas solat atau kat mana-mana, aku minta supaya Allah berikan yang terbaik untuk aku.

Jika gagal dalam 1st year kat sini adalah yang terbaik untuk aku, aku tak kisah. Aku redha (malah suka). yang penting aku akan cuba sehabis baik berbaki berapa bulan je lagi ni.

Down deep in my heart. I’m wanna go back home.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *