Melancong ke Berlin, Germany

Hari ni aku baru sahaja selesai repeat Slide Test Histology 3. Sekarang aku rasa macam ada masa free walaupun esoknya ada test repeat Biology dan minggu hadapan repeat Spot Test Anatomy. Maaf kerana mungkin akan membuatkan iris dan retina mata anda semua bengkak disebabkan terpaksa banyak membaca perkataan ‘repeat’ tu. Al-maklum lah, diri ini bukan manusia genius. baca 2, 3 kali belum tentu faham, even kalau angguk itu pun bukan tanda faham.

Jadi disebabkan masa yang aku kira lapang ini, aku nak update sedikit tentang perjalanan aku bersama seniors ke Berlin, Germany 29 Mac lalu. opss. 2 bulan yang lalu untuk lebih tepat. Walaupun aku kira agak lama, tapi aku nak tulis jugak. Aku kira this is the very first post aku bercerita pasal jalan-jalan things, sebelum ni asyik cerita pasal study je kan, aku pun dah mula naik bosan. Hidup ini bukan untuk kita jadi robot 24jam. Ada kalanya, kita memerlukan sedikit rehat dan mesti enjoy with the life.

on the plane
Student Agency’s Bus. sangat mantap perkhidmatannya.

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali kedua aku travel ke negara Europe. Yang pertama kali tu aku pergi ke Warsaw, Poland. Tapi yang tu tak berapa nak feel sangat sebab aku travel seseorang naik train. Jadi, bila seniors ajak sekaki pergi Berlin, aku rasa macam yeayyy! Nak pergi nak pergi. disebabkan kali ini aku travel dengan seniors yang kacak lagi bergaya, aku dapat rasakan the true feeling travel tu dan ianya lebih bermakna disebabkan banyak ibrah yang dapat aku kutip. Cewah!

Agak jakun juga lah bila travel. Nak orang kampung macam aku. nampak screen kat tempat duduk rasa macam happy semacam je. Boleh tengok movie dan dengar lagu. yang paling best dapat tidur. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 8 jam juga aku rasa. Travel naik bus mengambil masa yang agak lama jugalah. Itu tak penting, yang penting ianya murah berlipat-lipat kali ganda.

food menu
food menu

Kami sampai di Berlin agak petang jugalah. Mungkin 2-3 petang macam tu. Setelah sampai, kiteorang bergerak ke tempat penginapan yang sudah siap dibooking online. Tapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal, pihak pengurusan hotel 3 bintang tu minta kiteorang tunggu 2 jam. Katanya bilik untuk kiteorang belum siap untuk dihuni lagi. Jadi, kiteorang pun bantai la restoran sebelah hotel tu. Duduk borak-borak sementara menunggu bilik siap.

berlin stesen
salah satu stesen di Berlin.

Kita orang pergi hanya 3 hari 2 malam rasanya. Waktu ini winter tak habis lagi. Jadi, hanya Allah je tahu betapa sejuknya travel waktu-waktu sebegini. Walaupun ianya kelihatan seperti mungkin sama suhu di Malaysia namun ianya tidak sama sekali. Rasanya time ini, suhu mungkin mencecah 4 atau 5 celcius rasanya.

kacang panas
mereka sedang beli kacang panas. 🙂

Kat Berlin mereka mengunakan matawang Euro. Dan bagi aku, aku rasa semua barang kat Germany ni mahal. Bayangkan kiteorang menghabiskan kira-kira 30 Euro hanya untuk sarapan pagi. 30 Euro darab 4 sama dengan RM120. Rasa macam, ape je yang kiteorang makan, roti je pun.

Berikut aku letak gambar sepanjang aku dan mereka (Peja, Kimi, Idris, Patrick dan Syahir) kat sana. Sebab dah 2 bulan lebih berlalu, jadi segala fakta dan details setiap tempat yang aku pergi tu aku hampir lupa. Esok ada test lagi, minggu depan ada lagi, dan begitu lah minggu-minggu seterusnya. Doakan. Terima kasih banyak-banyak.

pilar
gambar atas ini namanya Memorial to the Murdered Jews of Europe. dalam bahasa melayunya, tugu peringatan untuk kes pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai dahulu kala oleh Adolf Hitler. Aku teringat kata-kata Adolf Hitler, beliau kata

Lebih kurang macam tu lah. Aku pun hampir-hampir lupa sebab benda ni aku terbaca dalam surat khabar beberapa tahun lepas. Ada pendapat yang cakap, apa yang Adolf tu buat adalah proses yang mempercepatkan pemindahan orang Yahudi ke bumi Palestin. Lain orang lain pendapat.

Brandenburg Gate
Brandenburg Gate

Ini pulak adalah Brandenburg Gate. oh mai god. Aku dah lupa sejarah disebalik gerbang pintu ni. kalau berminat boleh la berurusan dengan Encik Wiki. Masa pergi sini, ramai gila orang. Semuanya datang dari pelbagai negara. Aku nampak, ramai jugak muka asian kat sini.

old castle
bangunan yang masih kekal walaupun perang dunia ke-2 melanda. congrats!

Kalau korang perasan kan, rata-rata bangunan di benua Eropah ni semuanya rendah-rendah, tak macam kat Malaysia yang bangunannya semuanya tinggi-tinggi dan dibina dengan jarak dekat-dekat. Tapi tak semua negara Europe macam tu. Contohnya bandar Warsaw, Poland. Negara ni alhamdulillah aku sudah pergi. Ekceli, aku pergi Warsaw dahulu, lepas tu baru ke Berlin ni. Tapi aku tak buat pulak entry mengenai Warsaw di atas kekangan waktu yang sangat mendesak. Mungkin kalau aku rasa aku bosan dan ada masa lebih, aku akan buat jugak. doakan.

Sambung balik. Kalau kat Warsaw, bangunan yang terbina di bandar tersebut seolah-olah membuatkan anda berada di Kuala Lumpur kerana mostly bangunan mereka tinggi-tinggi belaka. Sebabnya, dahulu kala. Waktu perang-perang besar dahulu, boleh dikatakan hampir seluruh bandar itu musnah dalam peperangan. Jadi, bangunan yang dibina selepas itu semuanya nampak moden dan tinggi-tinggi.

Check Point's Charlie
Check Point’s Charlie

Kat Check Point’s Charlie ni jika dilihat dengan mata kasar mungkin seolah-olah sama seperti jalan-jalan yang ada di bandar-bandar yang lain. Aku bukan nak promote kedai McDonald’s tu yea. Yang tu sila boikot sampai ke cucu cicit ok. (Tandas dalam McD tu dah la kecil, kena bayar 1 Euro pulak tu. puii). Sambung. Dikisahkan, waktu perang dulu, askar Amerika angkat tangan dan menghalakan tangannya ke arah timur/barat Jerman, aku tak pasti hee sambil berkata ‘America is watching you’. Mungkin ini saat-saat Jerman nak kalah kot.

sejarah bangunan
semua orang khusyuk mendengar bebelan tourist guide yang sedang cerita tentang sejarah bangunan. aku sibuk ambik gambar. 😛

Haaa. Ni satu lagi bangunan yang masih lagi berdiri kukuh selepas berapa dekad lamanya. Jika dilihat, bangunan ini seakan-akan sama dengan bangunan yang berada di bandar Prague, Czech Republic sebabnya semuanya berusia sangat lama dan mereka masih lagi memelihara dan sayang dengan bangunan lama tu. Tahun lepas aku berkesempatan melawat Prague. Ternyata ramai pelancong datang ke Prague yang berminat untuk melihat bangunan lama seperti ini. Dan jangan terkejut. Prague merupakan salah satu bandar yang termasuk dalam UNESCO list of World Heritage Sites. Jangan memain.

persembahan di berlin
lepas tengok persembahan, boleh la kasi 2 Euro atau seikhlas mampu ye, jangan lari. 😛

Kalau datang kat sini. Ramai orang yang buat persembahan macam ni sama ada secara berkumpulan mahupun secara individual. Kalau korang rasa nak tourist guide. Korang cari lah mereka kat sini. Biasanya mereka akan bawa korang ke tempat-tempat menarik di sekitar dengan berjalan kaki sambil meng’explain’ secara sebiji-sebiji dari A-Z sejarah sesuatu tempat tu. Agak lama juga la kalau korang ikut dieorang. makan masa 3 jam juga sebab mereka akan pergi ke satu tempat-cerita bla bla-ke satu tempat lagi-bla bla blaa lagi-dan sampai ke last attraction place. Kalau korang pecinta sejarah dan memiliki iman tahap infinity, boleh join. Dah la time ni suhu 4-5 celcius. T.T at the end, korang boleh la kasi seikhlas mampu. Biasanya orang kasi 5 Euro atau 10 Euro. Kalau tak nak kasi pun tak apa tapi orang lain pandang sleek ah kat kau.

budak
budak

Wahai pemuda. Dah bosan sangat ke? hehe.

jalan-jalan waktu malam.
jalan-jalan waktu malam.

Kalau waktu summer, aku rasa tempat seperti ini sangat best untuk melepak. Belakang aku tu ada padang luas. Kat situ rasanya kalau nak berlari pecut 100 m pun boleh kot. Semua kaler lampu dieorang bukan warna putih seperti di Malaysia ye. Tapi kan best juga. Nampak macam romantik begitu.

i love germany
i love germany

Artikel berkaitan:
Melancong ke Prague, Czech Republic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *