Mari Melawat Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang

Saya dapat mengambil peluang cuti hujung minggu dengan membawa anak-anak melawat ke Bandar Diraja Negeri Pahang iaitu Pekan. Destinasi utama yang bermain di dalam kepala adalah Muzium Sultan Abu Bakar.

Sebenarnya, destinasi ini memang termasuk di dalam taqwim kalendar travel yang dirancang oleh saya dan isteri untuk membawa anak-anak bersama untuk bercuti ke sana.

Muzium Sultan Abu Bakar
Muzium Sultan Abu Bakar

Jarak masa perjalanan dari Kuantan ke Pekan kebiasaannya mengambil masa kira-kira 45 minit dengan memandu kereta pada kelajuan sederhana. Kami sekeluarga bertolak dari Kuantan menuju ke Pekan pada kira-kira jam 10.45 pagi dan tiba di Pekan lebih kurang 45 minit kemudian.

Luar muzium
Luar muzium

Walaupun jarang ke Pekan, namun untuk mencari muzium yang dimaksudkan bukanlah menjadi suatu perkara yang sukar bagi anak jati Pahang seperti saya. Dengan tanpa susah payah mencari, saya berjaya memandu sehingga sampai ke destinasi yang terletak di Jalan Sultan Ahmad.

Saya memberhentikan kereta betul-betul di hadapan bangunan muzium berwarna putih tersebut. Parking tidak menjadi masalah di sini kerana Pekan bukanlah sebuah bandar yang sibuk. Keadaan di sini amat tenang dan terdapat tempat parking yang banyak.

Dari segi luarannya, kelihatan bangunan muzium ini penuh dengan ciri-ciri kediaman kolonel British. Menurut sumber, bangunan ini awalnya telah dibina pada tahun 1888 dengan bahan utamanya adalah kayu. Kemudian, pada tahun 1929 ia telah dijadikan sebagai kediaman Residen Britsh.

Bangunan ini kemudiannya telah dibaik pulih pada tahun 1948 dan dijadikan istana bersemayam Al-Marhum Sultan Abu Bakar. Ia seterusnya diberikan nama Istana Kota Beram.

kuda-kuda di padang
kuda-kuda di padang

Paparan utama lanskap laman hadapan muzium ini begitu menarik sekali. Terdapat sebuah kolam cetek yang menempatkan beberapa ekor arca burung bangau. Selain arca bangau, terdapat juga arca beberapa ekor kuda.

Menurut salah seorang kakitangan yang bertugas di situ, arca-arca tersebut diperbuat daripada kayu-kayu hanyut di sungai dan kemudiannya digam dengan menggunakan gam perahu dan ia dibuat di Semarang, Indonesia. Menurut beliau, ada di antara arca tersebut yang mencecah harga sehingga RM81,000.00.

arca kuda
arca kuda

Sudah puas meninjau-ninjau di luar, mari kita masuk melihat di bahagian dalamnya pula. Sebelum itu, harga untuk masuk ke dalam muzium ini adalah :

  • Rakyat Malaysia -: RM 5.00
  • Rakyat Pahang : RM 4.00
  • Bukan warganegara Malaysia : RM 16.00 / USD 5.00
  • Kanak-kanak ( 12 tahun ke bawah ) dan OKU : Percuma
tiket masuk
tiket masuk

Berikut pula adalah waktu operasi Muzium Sultan Abu Bakar Pekan.

  • Selasa – Ahad – 9.30 pagi – 5.00 petang
  • Jumaat – 9.30 pagi – 12.15 tenghari / 2.45 petang – 5.00 petang.
    Muzium ini akan ditutup pada setiap hari Isnin, hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan juga pada Hari Raya Aidiladha.

Pengunjung yang ingin masuk ke dalam kawasan muzium (Istana Beram) tidak dibenarkan memakai kasut. Oleh itu, sebelum masuk, pengunjung akan diberikan beg plastik bagi tujuan menyimpan kasut di dalamnya.

Dan antara peraturan lain bagi muzium ini adalah pengunjung tidak dibenarkan untuk mengambil gambar dengan menggunakan kamera mereka. Hanya aktiviti mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit dibenarkan.

Oleh sebab itu, kualiti gambar yang saya ambil di dalam muzium amatlah kurang memuaskan. Kuasa lensa yang digunakan dari iPhone 3gs hanya berkapasiti 1.3 megapixel sahaja.

Tambahan pula, kebanyakan bahan yang dipamerkan di dalam muzium menggunakan cahaya kontras yang tinggi. Maka semakin tidak cantiklah gambar yang diambil. Tapi jadilah daripada tiada langsung. Encik D90 pula hanya terpaksa berehat di dalam beg.

sculpture
sculpture

Bagi pengunjung yang tidak tahu mana tempat untuk memulakan penerokaan,jangan bimbang. Kakitangan di sini sentiasa bersedia untuk membantu. Tambahan pula, setiap ruang yang perlu dilawati sudah ditandakan dengan nombor.

Apa yang perlu dibuat hanyalah lawat mengikut turutan nombor yang telah diberi. Kalau tak tahu apa-apa, boleh tanya pada kakitangan bertugas yang sentiasa ramah dan mesra. Keep it up!..

Balairong Seri
Balairong Seri

Apa yang saya nampak, muzium ini terbahagi kepada 4 dewan utama iaitu Balairong Seri, Istana Kota Perak, Bunga Pekan dan juga Inderapura. Dewan-dewan ini ada mempamerkan barangan lama yang merangkumi bahan arkeologi, sejarah mengenai masyarakat orang asli, pameran bahan seramik dan tidak ketinggalan seni kebudayaan dan kesenian dari negeri Pantai Timur.

sculpture 2

Klasik!

kereta klasik
kereta klasik

Sudah habis menjelajah di dalam muzium, kami keluar semula di laman hadapan untuk mengambil beberapa keping gambar lagi sebagai kenangan.

helicopter
helicopter
meriam
meriam
marshal art
marshal art

Kami bertolak balik ke Kuantan lebih kurang pada pukul 1.00 tengahari. Anak-anak sungguh seronok berkunjung ke sini dan buat request untuk ke sini lagi. Nampaknya percutian singkat ini berhasil menggembirakan anak-anak.

Minggu depan cuti sekolah bermula. Sebagai cadangan, bagi mereka yang belum mempunyai idea untuk membawa anak-anak bercuti, berikut adalah beberapa cadangan.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *