Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Makanan Untuk Pesakit Diabetes

Bila menyentuh mengenai makanan untuk pesakit diabetes, saya yakin bukan ramai orang yang tahu bahawa ada di antara sayur-sayuran yang tidak boleh dimakan oleh pesakit diabetes. Termasuklah diri saya sendiri. Jujur saya katakan bahawa saya selalu tersalah tafsir mengenai hal yang satu ini dan berpendapat semua jenis sayur-sayuran adalah bebas untuk dimakan oleh pesakit diabetes.

pesakit diabetes

pesakit diabetes

Sehinggalah salah seorang saudara saya yang bekerja sebagai jururawat di Kementerian Kesihatan memperbetulkan kekhilafan saya selama ini beberapa hari yang lepas.

Okey jangan gelak anda semua. Sebab anda kena faham bahawa saya hanyalah seorang blogger dan surirumah sepenuh masa. Jadi memang patut culas benda-benda teknikal macam ini.

Fakta-fakta tentang makanan kepada pesakit kencing manis.

Kita sambung kembali, menurut beliau, selain daripada mengurangkan makanan manis dan mengamalkan gaya hidup sihat, pesakit diabetes dan orang di sekelilingnya perlu tahu bahawa terdapat beberapa jenis sayur-sayuran yang perlu dielakkan dan tidak boleh dimakan oleh pesakit diabetes. Antara sayur-sayuran yang sempat saya ingat dan kenalpasti adalah seperti di bawah ini.

Sayuran yang tidak boleh dimakan oleh pesakit diabetes

1. Ubi

Elakkan memakan sayuran yang berasaskan ubi kerana ianya mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi. Umum mengetahui bahawa karbohidrat boleh bertukar kepada gula seterusnya meningkatkan paras gula dalam darah pesakit diabetes.

ubi

2. Kentang

Sama seperti ubi, kentang mengandungi lemak dan zat tepung. Kandungan gula dalam kentang yang agak tinggi sangat tidak sesuai untuk penderita diabetes. Oleh itu hindari makanan berasaskan kentang dalam menu makanan pesakit diabetes walau dengan apa cara sekalipun. Sekiranya perlu, ubah menu kentang tersebut dengan gandum ataupun oatmeal untuk membekalkan tenaga.

kentang

3. Jagung

Jagung mengandungi karbohidrat yang tinggi serta rasa manis yang berasal dari zat gula yang terkandung di dalamnya. Jagung adalah tinggi dalam kanji, sejenis karbohidrat yang boleh meningkatkan kadar darah gula seseorang dengan cepat. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna sebagai seorang pesakit kencing manis, anda tidak boleh makan jagung langsung. Jagung mengandungi banyak nutrien yang sihat, termasuk besi, vitamin A dan B-6, thiamin, riboflavin, niacin, folat, fosforus, magnesium, mangan dan selenium.

Selain daripada itu, jagung juga menyediakan serat yang tinggi dan ia dianggap sebagai makanan bijirin. Untuk merangkumi jagung dalam diet diabetes, boleh anda campurkannya bersama-sama dengan makanan yang mengandungi protein atau lemak dan hadkan penggunaan anda kepada setengah batang jagung untuk setiap waktu makan.

jagung

4. Tomato

Sayuran yang tidak boleh dimakan oleh pesakit diabetes juga termasuk tomato. Mungkin anda rasa hairan kenapa tomato pun tidak boleh dimakan?

buah tomato

buah tomato

Saya sendiri tidak pasti kenapa sayuran tomato ini tidak sesuai untuk dimakan oleh penderita diabetes. Tapi apa yang saya faham hasil daripada penerangan saudara saya tu, ianya masih berhubungkait dengan jumlah gula yang terkandung dalam sayuran tersebut.

Sementara itu sayur-sayuran yang bebas dimakan oleh pesakit diabetes adalah sawi, kangkung, kobis, bayam, bendi, petola dan lain-lain lagi.

Apa yang penting di sini adalah anda perlu ingat hakikat bahawa walau apa pun rasa makanan yang telah kita ambil, masam ke, pahit ataupun pedas, semuanya lepas makan ke dalam perut nanti akan bertukar kepada gula juga. Jadi jangan ingat dengan memakan banyak benda-benda masam dan pahit, paras gula dalam darah anda tidak akan meningkat. Apa yang paling penting ialah, jangan pandang remeh pada pemakanan untuk pesakit diabetes.

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh