Makan Nasi Arab di Madinah

Sumber untuk entry ni adalah ehsan isteri aku yang selalu pergi ke Madinah. Menurut apa yang disebut oleh beliau adalah restoran ini terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi dan berhadapan dengan Hotel Movenpick.

Restoran Madinah

Beliau sudah kunjungi ke restoran ini beberapa kali dan dari segi rasa pula beliau cakap bahawa ia memang superb, yummy dan terbaik!

Pertama Kali Kunjungi Restoran di Madinah

Sudah dengar terlalu banyak dari isteri saya yang cakap makanan di restoran ini amat sedap. Jadi, tidak dapat tahan dengan tarikan makanan lagi, jadi saya pun pertama kali pergi makan di sana.

Seronok sangat bagi saya bila pertama kali kunjung ke restoran Madinah ini. Sebaik saja berlangkah masuk ke dalam, I sudah ada feel arabian sebab semua hiasan di sekeliling itu memang hiasan Arabian yang jarang dapat dilihat di negara kita.

Semua komunikasi antara pekerja di dalam adalah dengan bahasa Arab. Tiada satu perkataan pun yang boleh saya faham. Nasib baik menu ada gambar. Jadi saya cuma tunjuk-tunjuk apa yang saya nak order, dan semua sudah selesai. Cuma tunggu hidangan saya disiapkan.

Air Liur nak Jatuh Keluar

Bila hidangan saya dibawa ke meja saya, saya boleh rasa baunya yang amat wangi. Air liur saya macam sudah nak jatuh keluar. Tak boleh tahan lagi saya. Sebaik saja pelayan taruh hidangan saya atas meja, saya sudah terus ambil nasi dan ayam makan terusnya.

Apa yang amat dinikmati terutamanya adalah hidangan kari kambing dan ayam panggang yang mempunyai saiz sebesar tapak tangan Pak Arab tu. Portion nya masyAllah memang banyak. Itu memang merupakan standard portion untuk orang tempatan di sana kalau anda pergi makan nasi ke negara-negaras di Tengah Timur Arab, seperti negara Saudi Arab atau United Arab Emirates.

nasi arab
nasi arab

Saiz Ayam Panggang Memang Besar

Seekor ayam panggang penuh seperti yang ditunjukkan di dalam gambar tu nampak amat besar, kena makan berdua baru boleh dapat habiskan. Ada kawan aku yang juga pernah order set ini cakap bukan berdua saja tapi berempat pun mereka tidak dapat habiskannya.

Jadi jika anda tidak ingin bazirkan makanan, lebih baik seorang order dulu dan tengok boleh habiskan atau tidak. Jika order satu lepas makan tak cukup kenyang lagi, baru order set kedua. Macam ni boleh juga jimatkan wang jika set pertama sudah kenyang.

Nasi arab punya penangan juga memang tak larat nak makan kesemuaannya. Boleh anda bayangkan sepinggan makanan dia orang isi adalah berapa banyak. Teringat aku pernah ada satu kali makan nasi arab beberapa tahun dulu apapbila berada di Ipoh di Perak, satu pinggan nasi arab yang kami order boleh kongsi sampai 4 orang!

Sungguh puasnya lepas aku habis makan sepinggan nasi arab tu, perut aku berkembang terus macam 2 kali badan saiz saya sebelum makan dan aku cuma rasa kenyang saja bagi seluruh hari. Sampai lewat malam pun aku tidak ingin nak makan apa-apa lagi sampai keesokan hari.

naan

 

Pendapat Saya Tentang Restoran Ini

Restoran ini memang terkenal dengan ayam panggang mereka yang renyah di luar dan berair di dalam. Satu lagi hidang yang juga banyak dipesan oleh pelanggang adalah udang goreng yang juga rasa amat sedap sekali.

Terdapatbanyak lagi makanan yang lain yang tengok gambar pun boleh ada keinginan untuk makan. Tapi perut saya sudah banyak kenyang, tak larat lagi untuk makan apa-apa pun.

Apa yang boleh saya kata adalah makanan di restoran ini adalah sangat lazat dan hebat. Harga pun berpatutan juga. Walaupun restoran ini sentiasa penuh dan sesak dengan pelanggan, tetapi semua tempat duduk mmasih dapat diurus dengan baik.

Dalam restoran ini terdapat ruang tempat yang sangat luas. Semua meja dan kerusi selalu dibersihkan denga cepat selepas pelanggang habis makan. Macam ini pelanggang yang masuk seterusnya boleh dapat tempat duduk yang bersih dan selesa semula.

Jadi, walaupun terdapat ramai pelanggan yang terus masuk ke dalam restoran tanpa berhenti-henti, tapi perkhidmatan semua pelayan adalah sangat cepat dan professional. Boleh nampak mereka macam ada training dengan baik.

Dengan lain kawan aku memberitahu aku bahawa nasi arab damsyik yang terletak di Senawang Nipon tu rasa sudah tak berapa sedap seperti dulu lagi. Nikan pulak yang kat madinah. Mesti sedap gila bila korang pergi cuba di sana sebab ia merupakan resepi yang original dari Arab. Nak pergi mekah dan madinah gak!!!!

Harap semua member yang tengah buat umrah sudah dapat makan kat restoran ini. Rasanya amat sedap sekali.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *