Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lawak La Kot

Sudah lama tidak menggunakan gantinama ‘aku’ dalam artikel sebab biasanya menggunakan ‘saya’. Tapi awal pagi ni rasa nak gunakan aku pasal nak cerita hal peribadi dan tidak melibatkan pihak lain. Dua kejadian atau peristiwa di tengah malam tadi dan sebentar tadi buatkan aku ketawa. Kejadian tersebut berjaya menggeletek ‘urat geli’ aku dan menyebabkan aku ketawa sorang-sorang, masa menulis entry ni pun masih jugak senyum.

Kisah pertama selepas terawih tadi ada kawan lama ajak aku ngeteh, memang dah lama tak jumpa kawan tu, tup-tup lepas je solat dia call dan cakap dah ada kat kedai sambil tunggu aku, lepas tu siap nak tolong orderkan aku nak minum dan makan apa, memang gaya ‘paksarela’ betul tu.

Masa tu baru nak start buka PC, jadinya aku pun mintak tempoh 5 ke 10 minit untuk aku bersiap, dalam dok kelam kabut nak bersiap tu capai je mana-mana baju yang dah tersangkut kat situ dan juga terus ambil jeans yang dah memang tersangkut di tempat yang sama.

Bila sarungkan jeans tu tiba-tiba aku rasa macam ketat la pulak, aku rasa bulan puasa ni berat badan aku dah turun sikit, tapi kenapa seluar ni macam sendat dan tak boleh nak zip pulak, rasanya baru petang tadi aku pakai seluar yang sama, tak kan lepas buka puasa terus naik badan aku.

Puas aku cuba tak boleh nak masuk jugak, zip pun macam tak leh nak zip, ishk, musykil betul. Dah la nak cepat. Susah punya pasal aku bukak balik seluar tu dan aku heran tiba-tiba jer jeans aku bertukar jadi macam gambar kat bawah ni:

ms. read jeans

ms. read jeans

Laa bila masa pula bini aku sangkut jeans dia kat tempat penyangkut tu, patut ler bukan main sendat aku rasa, rupanya jeans aku ada kat sebelah seluar Ms. Read tu. Geram pun ada lawak pun ada jugak. Buat aku gelak sorang-sorang jer. Bagi suspen aku je.

Kemudian bila selesai urusan ngeteh ngan member tadi balik rumah baru sempat nak balas semua komen kawan-kawan untuk last blog entry. Bini dan budak-budak dah tidur semuanya. Baru je nak start tiba-tiba aku dengar si tomyam junior panggil aku, aku suruh dia naik atas kat workstation aku pasal nak tahu kenapa.

Ingatkan apa rupa-rupanya member yang dah siap tidur dekat 2 jam tu boleh bangkit balik dan naik atas dalam keadaan mamai tu cakap nak ‘cerita’, pasal tadi dia tertidur awal depan TV, jadi safe lah aku tak payah nak cerita ‘bedtime story’ malam tadi.

abe

Rupanya tidak safe jugak malam tadi, tengah syok tidur tu dia boleh bangun dan minta aku cerita juga. Masa dengar dia cakap tu aku dah nak gelak dah, tapi aku tahan dan cakap ‘kan abe dah tidur tadi, kalau dah tidur tak payah ceritalah, kena tunggu esok la pulak’.

Tapi budak tu jawab dia belum tidur lagi, cuma pejam mata sikit-sikit aje. Padahal aku tengok tadi bukan main syok tido sampai ternganga mulutnya. Adoilah, kuat betul effect bedtime stories kat budak-budak ni, sampai kalau dah tertidur pun nak kena cerita juga.

Terpaksalah aku reka cerita sikit-sikit tadi sambil tahan rasa gelihati dengan perangai budak ni sorang. hahaha.

Leave a Reply