Kunjungi ke Zoo Johor

Setiap kali cuti hujung minggu, mesti ramai yang berfikir ke mana destinasi menarik yang ingin dituju. Apatah lagi ketika cuti panjang persekolahan, pasti anda mahu ajak anak-anak anda jalan-jalan bercuti.

Jika anda berada di Johor Bahru, Zoo Johor juga boleh menjadi antara destinasi yang menarik untuk dikunjungi sempena Cuti-cuti Malaysia anda tuh.

Zoo Johor
zoo johor

Sebenarnya, sudah lama aku fikir untuk bawa anak kesayangan aku untuk pergi berjalan-jalan. Tapi apa yang menarik di Johor Bahru selain daripada Shopping Complex? Dan apa yang paling penting adalah destinasi Budget..hehe.

Tetapi kali ni, tanpa fikir dengan banyak lagi, aku pilih untuk membawa anak aku untuk kunjungi Zoo Johor yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Abu Bakar di tepian Pantai Lido.

Kenapa Zoo Johor?

Sebenarnya anak aku nih memang sedang dalam proses pembelajaran. Ya betul, sebab umurnya sudah masuk 3 tahun lebih, banyak barang yang dia tidak tahu tetapi mempunyai perasaan ingin tahu tu memang menebal dalam peringkat umur nih.

Jadi aku rasa lebih baiklah untuk bawa anak aku pergi ke satu tempat yang boleh membantu proses pembelajarannya. Lagipun, daripada hanya tengok gambar saja dalam buku dan TV secara visual, adalah lebih baik untuk anak aku melihatnya dalam dunia yang realiti.

buayafoto kredit kpd: Malaysia Travel

Sekurang-kurangnya anak aku perlu kenal lah juga dengan nama-nama haiwan di dalam zoo. Bagus juga untuk pembelajaran anak-anak zaman sekarang ini. Sebab agak sayang sekali jika sebelum dapat tengok lagi haiwan-haiwan tu akibat beberapa spesis yang akan diancam kepupusan nanti sudah tidak wujud di dalam dunia ini lagi. Tak der la sampai rusa jadi kuda, lembu pula jadi gajah plak nanti.

Banyak Maklumat Yang Menarik di Dalam Zoo Ini

Terdapat banyak maklumat yang menarik mengenai Zoo Johor yang ramai tidak mengetahuinya. Zoo ini adalah Zoo yang paling tua di Malaysia dan dipercayai ia adalah zoo yang pertama dibina di Asia. Ia dibina oleh Sultan Johor terdahulu, iaitu Sultan Sir Ibrahim pada 1928 sebelum berpindah tangan kepada Kerajaan negeri untuk menguruskannya pada 1960-an.

singafoto kredit kpd: tourism.johor.my

Terdapat lebih 100 spesis haiwan di dalam Zoo Johor ini. Walaupun ianya tidaklah sebesar Zoo Negara, Zoo Melaka atau pun Zoo Taiping, namun ianya tetap boleh dijadikan antara destinasi percutian yang menarik di Johor Bahru terutamanya ketika Cuti Umum dan Cuti Sekolah.

Tapi apa yang mengecewakan sikit adalah apabila kita orang kunjungi ke sana gajah ni tak ada sebab pergi training di Pahang.

 Zoo Johor Bahru

Bagi mereka yang mahukan Destinasi Percutian Budget, Zoo Johor boleh menjadi satu pilihan untuk mereka. Bayaran tiket untuk masuk ke dalam zoo hanya RM3 (RM2 bayaran masuk, RM1 persembahan haiwan) untuk dewasa dan RM2 (RM1 bayaran masuk, RM1 persembahan haiwan) untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Zoo ini diibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Kalau anda meminat nak pergi tetapi tidak tahu di mana tempat Zoo Johor ini, bolehlah anda tengok peta yang ditunjukkan di bawah ini.

Peta Zoo Johor

Boleh Berdekatan Dengan Haiwan-Haiwan

Zoo Johor tidak ada banyak pelancong yang mengunjungi. Tetapi di dalam terdapat pelbagai jenis haiwan yang cukup mengagumkan. Apa yang aku sukai adalah aku dapat berdekatan dengan haiwan-haiwan itu dengan jarak yang amat dekat kerana penjagaan keselamatan di dalam zoo ini bukan ketat sangat.

Kebanyakan zoo yang aku pernah kunjungi mempunyai jarak keselamatan yang luas di antara orang dan haiwan. Aku rasa memang tidak seronok dan rasa jika macam ni, adalah lebih baik bagi aku tinggal di rumah dan menonton National Geographic sahaja. Tiada beza yang banyak.

Haiwan Yang Mengagumkan

Aku mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk mengambil gambar dan berjalan mengikut kadar saya sendiri. Ia tidak mengambil masa lama untuk melihat bahawa sesetengah sangkar dan struktur simen di sekitar zoo ini agak usang dan perlu diubahsuai.

Mudah-mudahan, harap dalam masa terdekat penambahbaikan dapat dijalankan oleh pihak berkenaan. Walau bagaimanapun, aku benar-benar tetarik dengan beberapa haiwan yang tidak pernah saya lihat sebelum ini – seperti hipopotamus dan beruang matahari Malaysia yang mengagumkan.

Cara Pergi ke Zoo Johor

Pakai bus: Cara yang paling ekonomis untuk sampai ke Johor Bahru ialah dengan menaiki Bus No. 170.

Pakai kereta: Zoo Johor ini terletak di Jalan Gertak Merah. Ia cuma perjalanan singkat jika pandu dari Kompleks Kuarantin Custom & Imigresen Johor Bahru (CIQ).

Jalan kaki: Zoo ini banyak dekat jika jalan dari Masjid Negeri Sultan Abu Bakar. Anda boleh berjalan dan sampai di zoo dalam masa kurang dari 10 minit.

p/s – Orang Singapura pun ramai yang jadikan Zoo Johor nih destinasi percutian keluarga mereka. Sedih juga bila ada segelintir orang Malaysia yang tidak menghargainya.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *