Kuasai 1st Page Google Search

Salam hari minggu, pastinya banyak aktiviti menarik dilakukan sepanjang hari minggu ni. Pastinya sudah banyak tips dan tutorial yang telah di baca mengenai cara untuk blog kita jadi mesra enjian carian. Posting kali ini saya nak kongsikan bagaimana cara untuk kita menguasai atau menempatkan artikel dalam blog kita di muka surat pertama dalam enjin carian utama internet iaitu Google, menggunakan cara dan kaedah saya, sebab tu tajuk artikel ni ‘Kuasai 1st Page Google Search’.

my idea
my idea

Kredit juga pada gambar keyboard yang cantik dan steady untuk blog ni sumbangan rakan blogger Wirasutra. (memang pro webmaster and photographer ni)

Salah satu contoh yang paling mudah cara saya untuk meletakkan artikel kita ke dalam muka pertama enjian carian google adalah dengan merujuk kepada blog entry semalam berkaitan aktiviti Promosi Kerja Kahwin.

Sebenarnya di samping berkongsi informasi mengenai aktiviti Promosi Kerja Kahwin tu saya juga turut buat kajian ringkas mengenai cara untuk kuasai muka pertama enjin carian google. Bukan saja suka-suka aje nak buat blog posting tu. hehehe. :D

Idea untuk buat blog entry tersebut juga datang semasa saya memandu untuk ke kuliah petang semalam, dan ternampak banner yang dibentangkan di tepi jalan.

Sebelum saya buat entry tersebut, saya cuba dulu cari keywords Promosi Kerja Kahwin di Google dan gambar di bawah adalah hasil dari enjin carian sebelum saya publish blog posting saya:

kerja kahwin keyword

Paparan muka surat pertama carian keywords Promosi kerja kahwin menghasilkan 2.25 juta hasil carian. Satu jumlah yang pada saya cukup tinggi tu. Dan selepas saya publishkan blog entry saya yang bertajuk Promosi kerja kahwin, dalam tempoh 10 minit kemudian ianya telah diindex oleh google dan cuba lihat gambar selepas carian kedua saya buat:

Artikel saya yang baru di publish 10 minit tadi telah diindek terus ke muka surat pertama enjin carian google dengan menduduki tempat yang ke enam dari 2.25 juta hasil carian.

Pada saya ianya satu yang cukup bagus, lebih elok kalau saya dapat kongsikan bagaimana cara untuk kita buat macam ni. Sekurang-kurang dapat memberi manafaat kepada mereka yang memerlukan tips dan panduan. Empat langkah mudah untuk mencapainya.

Langkah Satu

Bila ada idea untuk menulis sesuatu artikel atau blog posting, cuba tentukan tajuk yang paling sesuai dan pada masa yang sama mampu tarik perhatian bakal pelawat. Selepas itu cuba cari dahulu tajuk tersebut dalam enjin carian untuk semak sama ada ianya popular atau biasa-biasa sahaja.

Berdasarkan hasil carian tadi kita pastinya sudah boleh agak perkataan mana yang paling sesuai kita gunakan untuk dijadikan tajuk artikel atau blog entry kita.

Juga sepatutnya kita sudah ada idea mengenai sebahagian daripada keywords yang ingin kita gunakan dalam blog entry nanti.

Langkah Dua

Setelah siap pilih tajuk, Kita boleh teruskan dengan menulis artikel dan blog entry. Semasa menulis pastikan keywords yang kita nak gunakan ditulis dalam blog entry sekurang-kurangnya tiga atau empat kali.

Jika perlu kembangkan penggunaan ayat kita agar boleh dimasukkan keyword yang kita inginkan. Bagi mereka yang menulis dahulu baru nak cari keywords, pun boleh jugak.

Selepas habis menulis entry, cari semula perkataan bersesuian yang paling banyak kita taip semasa menulis tadi dan itu boleh kita jadikan keywords.

Langkah Tiga

Seterusnya saya percaya bagi pengguna wordpress sebahagian besar pengguna menggunakan plugin All In One SEO. Isikan semua ruang dalam plugin tersebut dan masukkan semua sekali keywords dan apa sahaja perkataan yang kita rasa akan dicari oleh pengguna enjin carian.

Contohnya masukkan juga keywords youtube, gambar, kilip video, pdf file, download, muat turun dan sebagainya yang sememangnya hangat dalam internet. Tapi pastikan ianya ada kaitan dengan blog entry kita, kalau tak buat letih aje tulis.

Selepas itu copy semua keywords dalam All In One SEO tersebut dan paste kan ke dalam post tags standard wordpress.

Kemudian bila selesai masukkan kategori kita boleh terus publish blog entry tersebut.

Langkah Empat

Walaupun wordpress ada menyediakan default ping servis melalui ping-o matic, kita juga boleh luaskan lagi  skop ping blog kita di mana-mana online ping servis, bagi blog ni, saya suka gunakan Totalping. Kita boleh setkan kat mana lagi ping servis yang kita nak ping.

Tapi pastikan kita tidak duplicate ping ke servis yang sama, nanti tak pasal-pasal dapat message “Slowdow Cowboy, you just pinged us 4 minutes ago” .

Selesai ping kita boleh juga guna fungsi social media seperti twitter, facebook share, yahoo buzz, google buzz dan sebagainya untuk mempercepatkan penyebaran blog entry kita dalam internet.

Pada saya khidmat Friendfeed dan Digg antara yang paling cepat diindeks oleh enjian carian, sekejap sahaja artikel kita akan terus berada di internet.

Dan kemudian kita boleh juga gunakan local punya ping servis macam Blogged.my dan Gengblogger. Pada saya kedua-dua ping services tu memang efektif dan memberikan impak kepada artikel kita.

Itu sahaja perkongsian di hujung minggu ni. Pada saya daripada kita dok copy paste artikel atua hasil kerja pihak lain tanpa memberikan kredit atau minta izin lebih baik kita belajar macamana nak buatkan artikel kita di sukai oleh enjin carian. Setakat ni saya juga dipermudahkan untuk mengesan blogger-blogger optimist yang gunakan hasil kerja blog ideas.think.share ni tanpa sebarang rujukan. Bila saya kesan dan tengok, saya cuma senyum dan cakap kesian dia.

Harapnya ada di kalangan rakan-rakan yang boleh mendapat faedah daripada perkongsian ‘Kuasai 1st Page Google Search  ini.

Artikel berkaitan:
Sitelinks dari google adalah satu misteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *