KL Server Studio: Web Hosting Malaysia Paling Ideal

Selamat malam, sebelum ini blog ni pernah menyenaraikan senarai web hosting malaysia yang menawarkan pakej paling menarik bagi pengguna internet di Malaysia. Artikel kali ini pula saya ingin kongsikan satu lagi web hosting Malaysia yang baru saya explore dan pada saya cukup ideal dan menawarkan pakej yang agak menarik kepada mereka yang sedang mencari-cari pakej web hosting paling berbaloi. Penyedia khidmat web hosting yang saya maksudkan adalah KL Server Studio.

klserver
klserver

Secara asasnya pada saya, dalam memilih web hosting ni pengguna bukan hanya perlu melihat kepada tawaran harga pakej semata-mata, sebaliknya fokus utama adalah kepada kestabilan dan keupayaan sesebuah server beroperasi secara optima tanpa sebarang gangguan dan masalah.

Ini berikutan fungsi utama sesebuah laman web ataupun blog adalah untuk beroperasi dengan sempurna 24 jam sehari dan sepanjang masa. Tidak ada guna sekiranya kita membeli pakej web hosting yang murah tapi kualiti server dan capaian internet sering terganggu. Sebab itulah pentingnya memilih web hosting yang mempunyai server yang stabil dan berkualiti.

KL Server Studio boleh saya katakan diantara web hosting Malaysia paling ideal dan pada masa yang sama menawarkan pakej yang sungguh kompetitif kepada bakal pelanggannya. Memang sejujurnya saya tidak pernah menggunakan khidmat KL Server Studio namun berdasarkan ulasan daripada usahawan internet Saudara Zul yang cukup popular di smartusaha.com:

Saya tidak wajar berkata puas hati jika saya sendiri tidak menggunakannya bukan? Baik. Untuk pengetahuan semua, laman web jualan ebook Panduan Asas Paypal saya berpangkalan di server KL Server Studio. Stabil atau tidak? Jawabnya, AMAT-AMAT STABIL dan setakat ini kadar up-time masih lagi memuaskan, malah sentiasa ‘laju’.

Mengapa saya mengatakan KL Server Studio web hosting paling ideal pada masa ini? Sebab dan justifikasi mudah saya adalah kerana:

 

  1. KL Server Studio dimiliki oleh usahawan internet Melayu yang begitu komited untuk memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan dan bakal pelanggannya.  Saudara Wan Abdul Aziz juga mempunyai personaliti yang mesra pelanggan atau selalu di sebut ‘mudah berkiro’ kalau dalam bahasa rasmi kampung saya;
  2. Di antara pelanggan tetap Khidmat KL Server Studio adalah Dato’ Chef Rusli Abdullah (amalsogeh.com), IM Marketer, Smartusaha (duitdigital.com),  IM Marketer, Abooain (epustaka.com), Portal sokernet.com dan banyak lagi, Boleh cuba klik links tersebut untuk test kepantasan sebenar laman web terlibat di bawah kendalian KL Server Studio;
  3. KL Server Studio yang memnpunyai pengkalan server di datacenter Cyberjaya sedang meningkat naik dan membangun dengan pantasnya, kapasiti pelanggan yang bersesuaian dan tidak terlalu ramai memberikan keselesaan kepada laman web kita. Sekiranya sesuatu web hosting mempunyai terlalu ramai pelanggan, kemungkinan besar akan berlaku isu ‘overdue’ kapasiti server dan sudahnya akan memberikan kesan kepada semua pengguna di dalam server terlibat; dan
  4. Pada masa yang sama, apabila terlalu ramai pelanggan perkhidmatan support  juga mungkin akan menerima impak seperti ketidakcukupan pegawai untuk layan pelanggan. Sebab itulah dalam sesetengah kes ada juga pelanggan yang tidak menerima respons dari support service walaupun sudah seminggu dihubungi. KL Server Studio menyediakan support direct melalui support ticket, contact form, YM (klservernet) atau telefon.

Pada masa ini KL Server Studio sedang promosi menarik dengan tawaran pakej yang cukup ideal dan kompetitif:

Kepada mereka yang sedang berkira-kira untuk memiliki jenama hosting sendiri, inilah peluang untuk anda memiliki web hosting dengan harga yang sangat berbaloi.

Pakej mini tanpa domain semurah RM10 memang amat sesuai untuk mereka yang baru 1st time nak cuba gunakan hosting sendiri. Mana lagi nak cari sewa hosting  sendiri semurah RM10 kat Malaysia ni.

Pakej standard web hosting tanpa domain serendah RM75 dengan kemudahan standard seperti web hosting sedia ada juga nampak begitu mengujakan. Pada saya pakej Standard 3 tu memang cukup menarik dari segi tawarannya.

Kepada mereka yang masih baru dalam self hosting ni, tip mudah untuk membeli hosting adalah beli mengikut keperluan anda sahaja. Seeloknya merujuk kepada rakan-rakan yang sudah lama dalam bidang ni supaya tidak berlaku pembaziran dalam pembelian.

Di samping tawaran pakej yang menarik kat atas tadi, pihak KL Server juga turut menawarkan lagi TUJUH tawaran istimewa iaitu Mini Hosting Plan | Personal Web Hosting | Special Web Hosting Plan | Standard Web Hosting | Premium Web Hosting | Reseller Web Hosting dan Website Design.

Dan pada masa yang sama pihak KL Server Studio juga turut menawarkan program affiliates dengan komisyen 15% kepada blogger dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai program ini.

Tren perniagaan sekarang, bukan sekadar menjual produk atau perkhidmatan semata-mata, skop dan cabaran dunia perniagan semakin meluas dengan kepentingan support atau after sales service. Pada saya khidmat pelanggan lah yang paling utama dan menjadi faktor asas untuk menentukan kejayaan sesebuah perniagaan.

Pelanggan zaman sekarang sudah ‘exposed’ dan bijak menilai kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan. Dan saya percaya lagi yakin kualiti ‘customer’s first’ dimiliki oleh pihak KL Server Studio, kualiti perkhidmatan sekarang yang sudah sedia baik akan menjadi lebih baik dan terus berkekalan.

Untuk maklumat lebih lanjut atau sebarang pertanyaan dan juga tempahan awal boleh lawat di laman KL Server Studio.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *