Keyword Melayu Yang Mengancamkan

Adakah anda pernah cuba cari apa-apa maklumat di internet yang berkaitan dengan keyword melayu? Macam mana dengan hasil carian anda? Adakah anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh hasil carian?

keyword melayu

Aku selalu juga guna keyword melayu untuk cari maklumat. Contohnya keyword yang aku pakai yang berkaitan dengan melayu paling berjaya, saintis melayu, artis melayu, pelajar melayu dan lain-lain.

Apa Yang Dihasilkan Dalam Enjin Carian

Tetapi hasil carian yang diberikan oleh Google memang bukan yang aku sangkakan dan aku memamng sangat-sangat tidak berpuas hati dengan hasil carian itu. Kenapa? Sebab hasilnya amat mengecewakan. Jika anda tidak percaya, boleh anda cuba taip “Melayu Boleh” di carian Google, Hasil yang ditunjukkan akan jadi seperti gambar di bawah.

carian melay

Anda boleh tengok diri sendiri. Asal taip tentang keyword melayu saja, hasil benda itulah yang selalu keluar dari enjin carian. Semuanya mesti ada kaitan dengan tagline ‘melayu boleh’. Dah ramai kupas pasal isu ni tetapi tidak ada seorang pun yang boleh bagi jalan penyelesaian.

Sebab Salahnya Terletak Pada Orang Melayu Sendiri

Boleh kita tanya kita diri sendiri: siapa nak search semua benda tu kalau bukan melayu? Orang putih tidak akan guna bahasa melayu untuk buat carian dalam internet. Bila mereka nak cari sesuatu, pasti mereka akan guna bahasa inggeris untuk search segala hal yang mengenai melayu.

Contohnya mereka akan search dengan pakai keyword ‘sexy malay’, dan bukannya ‘melayu seksi’. Ini memang senang faham sebab mereka bukannya reti dalam bahasa melayu pun.

Agak-agak la kenapa hasil carian keyword melayu boleh jadi sampai macam tu sekali? Adakah Google memang sudah set hasil pencarian seperti ini bila perkataan melayu ditaip oleh seseorang dan ia akan keluar macam tu? Aku yakin memang bukan macam ni.

Enjin carian mempunyai big  data yang mengumpul banyak maklumat daripada semua pengguna yang memakainya. Selalunya search engine bertindak mengikut keyword yang paling ramai orang cari. Maksudnya? Keyword yang dikeluarkan itu merupa keyword yang paling famous yang kita orang melayu duduk di rumah, tempat kerja, atau mana-mana saja dan taip perkataan ini dalam Google tiap-tiap hari.

Sebab tu aku tak hairan kalau kes-kes cabul, rogol, zina, buang bayi, dan jenayah berleluasa sekarang ni. Maklum la dunia di hujung jari. Asal tekan keyboard saja nak tengok apa dalam internet semua pun ada. Dan ini sudah menjadi ciri-ciri untuk orang melayu. Yang orang lain buat yang tu la dia nak buat. Kalau bab positif tak apa. Tetapi ini bab negatif. Memang parah lah.

Apa Penyelesaian Untuk Masalah Ini?

Adakah penyelesaian untuk ini? Aku memang tidak tahu. Internet memang bukan sesuatu yang boleh diharamkan dengan sesuka hati saja sebab ramai yang cari makan online.

Bolehkah kita buat kempen kesedaran untuk mengamalkan penggunaan enjin carian dengan etika? Ini lagi susah sebab orang melayu ni jarang nak layan kempen. Macam Earth Hour, lagi orang suruh tutup lampu lagi dia nak pasang semua lampu bagi terang benderang.  Bagi kempen anti rokok pun sama juga. Lagi kempen suruh berhenti merokok lagi syarikat penghasilan rokok untung dengan lebih banyak.

Kalau nak haramkan internet memang tidak boleh jadi, nak buat kempen pun tak jalan. Jadi apa lagi yang boleh kita buat?

Berikan pendidik etika yang baik bila anak-anak kita masih kecil? Alamatnya kena tunggu lagi 10-20 tahun la baru boleh kita dapat hasil yang berkesan. Itu pun kalau berkesan jika anak-anak kita patuhi dengan adat etika yang kita mahu mereka patuh. Kalau tak? Aku tengok budak-budak sekarang ni ada yang siap mak bapak bagi duit suruh pergi kafe siber sebab tak larat nak layan mereka di rumah.

Jadi Apa Lagi Yang Boleh Kita Buat?

Boleh pertimbangkan untuk tangkap mereka semua ni masuk lokap tak? Kalau  eyword melayu ni boleh jadi popular maka maksudnya bukan sedikit orang saja yang search benda-benda haram tu. Takkan la 3/4 rakyat Malaysia nak masuk lokap.

Entah la. Aku tak ada jawapan untuk soalan tu. Mungkin anda ada jawapan dan penyelesaian yang lagi baik.

Lain Keyword Yang Jadi Sesuatu Yang Negatif

Google sekarang sudah banyak smart untuk guna auto text fill untuk keluarkan keyword yang paling banyak ditaip oleh pengguna. Dan terbukti bila taip keyword melayu saja hasil seperti yang ditunjukkan di gambar atas akan dikeluarkan.

Lain keyword yang bukan baik sangat termasuk juga kopi jantan, kopi janda, malam jumaat, dan lain-lain. Memang tidak tahu apa maksudnya mereka guna brand name macam tu.

Jadi memang tidak hairanlah rasanya kes-kes sosial macam tidak dapat terkawal sekarang ni kan? Sebab sumbernya cukup mudah dan senang untuk didapati. Asalkan buka internet saja, semua benda yang kita nak pun boleh dapat kita cari.

Kesan Buruk Akibat Daripada Pembangunan Teknologi Yang Cepat

Salah satu daripada kesan pembangunan teknologi adalah kepincangan akhlak. Semakin bertamadun kita manusia, semakin meruncing gejala sosial. Jika nak dikatakan kita manusia bodoh pun bukan juga, boleh anda lihat di sekeliling bahawa manusia zaman sekarang ni macam semua pun masuk universiti dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.

Bagi aku, memang banyak aku tengok ibubapa yang menggalakan anak-anak mereka pergi ke kafe siber supaya tidak ganggu ibubapa. Jadi, tak mustahil kalau dikatakan bahawa kadang-kadang ibubapa yang merupakan pemangkin kepada kepincangan akhlak zaman sekarang ni.

Boleh anda lihat keluarga, saudara mara, atau jiran anda, boleh anda dapati bahawa kebanyakan ibubapa sekarang tidak kisah kalau anak-anak mereka balik lewat sampai ke pukul 2 atau 3 pagi. Kadang-kadang anak mereka tidak balik rumah pun mereka tidak hiraukan.

Jadi, akibatnya ialah bila anak terlepas pandang dan dibiarkan untuk buat apa yang mereka suka di depan komputer, tidak hairan langsung carian macam ini akan jadi.

Walaupun kita ni manusia yang bertamadun, walaupun zaman makin moden, walau pun otak perlu konsisten seiring dengan kecanggihan teknologi, identiti diri kita tak perlulah dikesampingkan.

Kita seakan “hilang” dalam usaha menyahut arus permodenan. Bagaimana kita boleh bayangkan apa yang akan berlaku untuk generasi yang akan datang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *