Kenapa Ramai Orang Suka Sangat Makan Coklat?

Ooooooohh. I am craving for chocolate! Tengok dalam laci makanan.. “Ada maggie, twiesties.. perasa tomato wei.. dan air mineral..” No, nak coklat juga please.

Ini bukan auta, tapi ini fakta. Kadangkala rasa mahu sangat-sangat makan coklat. Biarkan lelaki atau perempuan pun tiada terkecuali. Cuma lazimnya memang perempuan lah yang mengidam coklat ni.

Pada masa kita sedang lapar, memang kita tahulah perut kita sedang kosong.. Pada masa kita haus, kita tahu juga yang tekak sedang dahaga. Tetapi semasa kita tengah mengidam coklat, adakah sebab badan kita kekurangan vitamin coklat? Atau seperti percakapan bahasa barat yang lebih comel dipanggil sebagai chocolate defficiency? Hmmm (tengah fikir dengan mendalaman)..

coklat

coklat

Okay, tidak kira apa-apa yang telah dinyatakan. Biar kita semak apa itu sebab kenapa terdapat ramai orang suka sangat untuk makan coklat. Lepas pembicangan ini mungkin baru anda dapat sedar mengapa anda boleh bertindak begitu terhadap coklat.

Antara sebab kenapa seseorang boleh mengidam untuk makan coklat adalah:

1. Stok gula dalam darah berkurangan.

Jadi, rasa nak makan benda yang manis-manis. Kalau anda pernah makan coklat sebelum ni, badan anda dah sedia tahu yang coklat boleh atasi masalah yang sedang dihadapi. Boleh tahu tu..

2. Hormon menjadi semakin nakal semasa proses period sorang perempuan.

Sesetengah pendapat pula menyatakan yang mengidam coklat semasa haid cuma satu fenomena yang disebabkan oleh budaya. Tambahan pula, simptom sebelum haid menyebabkan seorang perempuan inginkan makanan yang manis, tinggi kandungan lemak dan mewah. INDULGENCE! cewah.

3. Hormon cucuk nafsu makan.

Hormon yang mencucuk-cucuk nafsu makan semasa stress atau semasa sedang bersemangat. “Awak yang cantik, makanlah coklat. Awak nampak makin cantik bila stress, makanlah coklat..”.. “Hai gadis, aku nak coklat.. Boleh tak? Kalau tak aku merajuk” Kata hormon serotonin.

4. Ketagihan alkaloid.

Mempunyai sedikit kesan ketagihan yang disebabkan oleh bahan alkaloid dalam coklat. (bahan yang sama yang menyebabkan ketagihan alkohol.)

5. Suka makan sebab ia sedap.

Simply because coklat adalah satu makanan yang baik, memberi perasaan yang baik dan kesan yang baik kepada seorang individu.. (tertakluk kepada terma dan syarat alahan coklat.. hahaha)

6. Coklat dapat bantu melegakan tekanan.

Ini adalah kerana dopamin yang dikeluarkan ke dalam otak anda apabila anda makan coklat, ia sebenarnya dapat menurunkan tahap tekanan anda. Inilah sebabnya orang sering mengidamkan coklat dalam keadaan yang tertekan, atau mengidamkannya apabila mereka memerlukan keselesaan atau melegakan diri.

Jelas sekali, emosi memainkan peranan dalam beberapa bahagian pengidaman di dalam badan anda. Ini adalah sama seperti orang mengidamkan sup ketika mereka sakit. Jadi sebab mengapa saya mengidamkan coklat adalah kerana saya mengaitkan coklat dengan makanan yang selesa – saya memakannya sebagai penggalak mood ketika saya rasa sedih atau sakit hati, atau ketika saya hanya memerlukan galakan gula darah saya pada pertengahan hari selepas makan.

7. Tabiat mati keras.

Tabiat boleh menjadi perkara yang sukar untuk ubah. Bagi sesetengah orang, makan coklat pada waktu tertentu menjadi tabiat, tetapi kehabisan atau tidak mempunyai akses kepada coklat pada masa itu boleh meninggalkan mereka dengan nafsu. Sebagai contoh, jika anda sentiasa ambil sekeping coklat semasa anda menonton televisyen atau sebatang snek coklat ketika anda memandu ke pusat membeli-belah, tetapi suatu hari menjalankan aktivi ini tanpa sebarangan coklat, anda akan sangat mengidam kepadanya.

2 Comments

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh