Kenali Kolej Teknologi Timur KTT Sepang

Entry ini ditulis pada bulan Ramadhan yang mulia. Jadi nak tanya sikit, pergi tak terawih tadi? Aku tak pergi tadi. Sudah mula rindu buat malam pertama. Ada 25 malam lagi. Ahakss.

Ok. Dalam entry ini aku nak membawa korang mengenali latar belakang kolej teknologi timur KTT yang terletak di Sepang. Basically, KTT adalah sebuah kolej sangat biasa tapi pelajarnya mantap. Bukan aku, tapi dieorang. Bunyi macam membodek pulak. Mana ada, mula-mula, kena puji dulu nak bagi impression tinggi sikit. Jahat kan.

Kolej Teknologi Timur
Kolej Teknologi Timur

Kalau korang nak tahu, KTT ni bukanlah besar sangat pun. Tak dapat dibandingkan dengan MSU? Taylor college? Sunway college? Kolej ape lagi ek yang ada? Tak kisahlah, sangatlah jauh bezanya jika nak dibandingan dari segi saiz. Kalau korang survey blog orang lain yang cerita pasal KTT pun, mesti dieorang akan cakap jugak yang KTT ni macam rumah kedai yang ada tangga kat celah-celah yang boleh membawa korang semua ke dimensi lain.

Ya. Betullah yang dieorang cakapkan tu. Jadi, bila korang yang nak datang ke KTT ni, janganlah culture shock sangat. Biasanya yang terkejutnya adalah pelajar tajaan JPA atau MARA sebab dieorang datang dari pelusok negeri, ada Kelantan, Johor, Penang, Borneo dan lain-lain. Kalau student diploma kerjasama dengan UPM atau universiti lain, rasanya dieorang dah tahu secara details kot tentang KTT ni.

Kat sini, bagi sesiapa yang makanan rujinya adalah SUBWAY, KFC, McD, Pizza Hut dan lain-lain. Aku nasihatkan sila makan sepuas-puasnya di rumah korang sebab kat sini, untuk menikmati hidangan sebegitu memang tidak ada. Kalau macam kes darurat macam tak tahan sangat, bolehlah pergi KFC bandar baru salak tinggi ke, KFC Giant Nilai ke. Kat sana ada.

Tapi jangan risau. Cool blog pasti akan dapat memenangi hati korang bila korang belajar kat KTT nanti. Cewah. Mentang-mentanglah aku ni pelanggan cool blog tegar. Eh. Bukan aku. Aidid and the geng. Hehe. Dieorang lagi tegar. Tiap hujung minggu, confirm keluar ke Giant Nilai untuk memlempiaskan hawa nafsu mereka, (aku pun join juga) Akekeke. KTT sangat dekat dengan bandar Nilai di Negeri Sembilan. Jadi, kalau nak beli pape, kiteorang selalu serang Giant Nilai atau Tesco Nilai.

Soal Tentang Makan

Soal makanan aku rasa tidak akan menjadi masalah sebab di KTT terdapat banyak makanan halal. Antaranya kafe mamak, kafe ayahanda dan makcik kancil a.k.a makcik ‘hehehe’ (gelaran yang berjaya kami berikan sepanjang 1 tahun berada disana) makcik tu tak tahu pun kiteorang panggil camtu kat dia sebab dia sangat sporting. Kalau ditanya, aku prefer makan kat makcik kancil sebabnya harganya lebih murah.

Kalau ingin nak jimat, beli je ayam 1 ketul RM1, pastu masak nasi sendiri kat rumah. Lagi jimat. Yang ni aku buat masa semester 2 sebab time tu elaun JPA dah habis bayar repeat paper AS. sob3. Haha. Berapa ek? Emm.. RM300+ kot. Wakaka! Padan muka. Siapa suruh tak buat betul-betul masa AS. Asyik balik Gombak je keje, maklumlah ada pemandu peribadi. Haha. Thanks Kak Nor for being such a good sister to me!

Kat kafe ayahanda dan mamak pun ok gak. Oh ya. Lupa nak beritahu yang makcik kancil tu hanya beroperasi waktu siang je. Malam, terpaksalah korang menjamu selera di kafe ayahanda atau kafe mamak. Ok. Soal makanan sudah selesai.

Pembelajaran

Cara pembelajaran? Apesal akhir-akhir entry baru nak cerita ni. Haha. Biasalah, budak ngeng kan. Kejap ‘ngeng’ tu trade mark syazwan hazim! eh.. bukan ker ‘shut up’ ke trade mark dia? Either one lah kot. Cara pembelajaran dia macam university lain lah kot. Masuk kuliah, tadah telinga dengar lecturer yang berhati mulia mengajar.

Selain itu, jika anda merasakan terpinggir dengan kemajuan luar, anda boleh keluar dari kepompong itu dengan menaiki teksi ke bandar berhampiran yakni nilai, bandar baru salak tinggi. Atau pun ke Alamanda Putrajaya. Bayaran sangat mahal jika naik seorang. Nak jimat lagi, silalah mengajak kawan anda untuk menemani anda selain dapat mengelakkan membazirkan tempat duduk kosong.

Gambar Nora Danish Mengerjakan Umrah
Gambar Nora Danish Mengerjakan Umrah

Nak beli buku kat mana? Biasanya semasa sesi pendaftaran mesti senior akan menjual buku-buku terpakai. Dan kalau tak pun, kitorang ada Uncle Beh. Dia ni tukang amik order pelajar. Let say korang tak ada buku application untuk bio yang in fact (tak guna pun), korang call je dia. Malam nanti, dia akan datang hantar bersama kereta BMWnya. Kadang-kadang naik motor je.

Itulah saja. Selamat bersahur. Disebabkan aku tak sempat nak transfer gambar KTT daripada hanset ke dalam laptop ni, secara tiba-tiba muncul gambar Nora Danish kat tengah-tengah entry ni. hahaha.

Artikel berkaitan:
Saya menyesal belajar di luar negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *