Kelebihan Status Glitterati Nuffnang

Semalam aku ada cerita sket (sket ke?) tentang status Glitterati aku digugurkan oleh Nuffnang akibat kecurangan aku sendiri. Dan ini pula respon daripada Nuffnang berkenaan dengan masalah tu. Penting status Glitterati ni kalau nak generate earning yang lebih banyak compare dengan ahli biasa. Nak beli Lotus Evora dengan duit Nuffnang mesti kena kerja keras sket hehe.

nuffnang gliterati
nuffnang gliterati

Ada lagi 3 hari. Harapnya marah Nuffnang dah reda. Tak tido malam aku dibuatnya huhu. Mana taknya, tanpa Glitterati banyak kelebihan aku ditarik semula. Berikut adalah kelebihan-kelebihan yang kamu akan dapat sebagai blogger berpangkat Exclusive Nuffnanger:

Payment Rate untuk Cost Per Unique dan Cost Per Click
Secara ringkasnya Glitterati menerima income 20-40% extra jika dibandingkan dengan ordinary membership

Pembayaran
Ahli Glitterati dibayar dalam tempoh 30 hari berbanding ahli biasa selama 60 hari.

Peluang untuk Advertorial
Hanya ahli Glitterati berpeluang untuk dapat advertorial, yang mana incomenya sangat tinggi jika dibandingkan dengan iklan biasa. Ianya bergantung kepada pengiklan, jumlah trafik dan komitmen

Community Events
70% daripadanya diperuntukkan kepada ahli ekslusif dan guest; selebihnya untuk ahli biasa. Banyak events yang diadakan seperti movies, perjumpaan bloggers dan macam-macamlah.

Contest
Ini memang seronok sebab banyak peraduan yang diadakan dan hadiahnya sangat lumayan. Again 70% VS 30%. Sebab tu aku nak join satu contest yang sedang berlangsung sekarang. Harap-harap sempat huhu.

Innit
Hanya ahli Glitterati je yang ada Innit. Kamu boleh promote entri terbaru kat Innit ni untuk dapatkan trafik ke blog kamu. Salah satu trafik yang membondong-bondong datang ke blog aku dalam 4 hari percubaan baru ni adalah dari Innit.

Terima kasih diucapkan kepada Nash Fahrenheit atas perkongsian ni. Memudahkan kerja aku hehe. Kecik mata weh nak baca penerangan dalam Bahasa Inggeris kat web Nuffnang tu.

Kalau kamu perasan aku dah buang iklan daripada YourPartTime.com sebab aku rasa tak sesuai letak iklan tu kat blog macam aku ni. Jadi sekarang yang ada cuma iklan Nuffnang. Ini adalah tanda cintaku terhadap Nuffy hehe.

Ada yang kurang faham dengan entri yang lepas. Entah apa aku mencarut mengarut dalam entri tu diorang cakap haha. Ada jugak yang marah-marah sebab terasa tertipu. Aku minta maaf dari hujung rambut sampai ke kaki. Takde niat sikit pun nak menipu. Cuma silap faham je. Apa yang aku maksudkan adalah masalah rumahtangga aku dengan Nuffnang, bukan dengan isteri aku sekarang ni. Memang itu yang aku jangkakan. Dan hasilnya referral trafik melonjak ke tempat pertama paling banyak akses ke laman ini menurut Google Analytic. Memang ternyata promosi melalui Facebook memang berbaloi. Tapi cara yang aku gunakan hari tu tak berapa elok sebenarnya. Maaf sekali lagi ye kawan-kawan. Sekadar bereksperimen. Bagi sape-sape yang menganggap status macam tu sebagai satu gurauan, aku akui ianya bukanlah gurauan yang bagus.

Entri akan datang aku akan jelaskan apa dan siapakah Nuffnang. Aku akan explain sekali kenapa ramai blogger pasang Nuffnang kat blog masing-masing. Jadi kalau tak nak ketinggalan bolehlah subscribe ke laman ini melalui email. Bila ada entri baru nanti kamu akan entri tersebut direct dari email. Tak tahu lagi bila hari yang sesuai untuk aku buat entri tu.

p.s: ketika entri ini ditulis, aku dah dapat semula status Glitterati tak sampai 4 hari pun. trimas Nuffnang!!

Terima Cek Nuffnang Pertama!!

Alhamdulillah…akhirnya merasa juga terima cek pertama daripada Nuffnang sejak mula daftar akaun Nuffnang pada Januari 2009 eheh. Dua tahun lima bulan ‘menabung’ barulah sekarang rasa nak pecahkan tabung tu.

Seperti yang aku bagitau sebelum ni pendapatan aku dengan Nuffnang mula meningkat secara drastik bombastik sejak bulan Ogos tahun lepas. Sebelum-sebelum tu memang berjanggut ubanlah rasanya nak cashout, terlalu ciput.

Entah kenapa bulan 8 tahun lepas segalanya berubah. Disebabkan bulan 8 tahun lepas jugalah aku dapat kumpul sehingga RM53.20. Sebelum bulan 8 tahun 2010 pendapatan terkumpul aku hanya RM12 sahaja.

Dah layak untuk cashout tapi rasa malas pulak, kurang berbaloi. Baik peram dulu, dan hasilnya dapat beratus-ratus macam sekarang hehe.

nuffnang payment
nuffnang payment

RM53.20 taklah banyak sebab ini adalah pendapatan aku sejak awal tahun 2009 lagi. Ada blogger lain dalam sebulan dah dapat RM1,000 macam Yuyu Zulaikha. Paling koman pun ada blogger yang dapat RM300 sebulan. Dah boleh buat bayar bil elektrik dah tu.

Tarif bil elektrik naik sekarang ni pun tak jadi beban sangat nak bayar kalau pendapatan sampingan daripada Nuffnang ni maintain je dapat ratus-ratus sebulan. Kan best macam tu, update blog je dapat duit hehe. Bila agaknya aku nak merasa earning beribu-ribu daripada Nuffnang ni..?

Tips Cashout:

Make sure korang cashout pada hujung bulan contohnya pada 29 atau 30 haribulan. Check korang akan sampai dalam tempoh sebulan lepas cashout.

Kalau cashout awal bulan, korang terpaksa tunggu 2 bulan untuk check sampai ke rumah. Make sure juga korang berstatus Glitterati, banyak kelebihannya. Sila baca kelebihan status Glitterati.

Mungkin ada orang akan cakap dapat duit dari blog beratus-ratus ni apalah sangat, tak cukup nak tampung hidup pun. Ok, meh aku bagi lampu supaya terang sikit. Income sedia ada daripada hasil titik peluh kerja tu dah semestinya income yang boleh menampung perbelanjaan hidup.

Tak dinafikan. Namunnn…eheh…macam Mamat Khalid lak Namun pendapatan melalui blog walaupun sikit tapi kepuasannya berganda-ganda daripada gaji yang kita dapat. Sebab? Masing-masing ada jawapan sendiri.

Tapi bagi aku, jawapannya adalah kerana blogging ni hanyalah untuk sharing sama ada info, pengalaman atau pengajaran kepada sesiapa saja tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Earning daripada Nuffnang atau iklan lain hanyalah habuan yang kita dapat tanpa kita sendiri menyedarinya. Check check, RM1,000 dah dikreditkan dalam akaun Nuffnang kita. Tak ke best namanya tu hehe. Kira macam dapat durian runtuhlah. Bukan durian biasa, tapi durian gred D24 hehe.

Tapi jangan tak percaya ada blogger yang pendapatan hasil daripada blog beliau jauh melebihi gaji korang sampaikan sanggup menjadi full-time blogger. Sebab tu la sekarang ni ramai orang buat blog sebab blogging dah jadi macam satu kerjaya dah sekarang ni.

Silap-silap nanti bila dah dapat anak, kat sekolah cikgu tanya ayah atau mak kerja apa dia akan jawab “Blogger, cikgu.”. Cikgu pun sekadar tersenyum sebab masa tu dah tak heran dah kerjaya sebagai seorang blogger.

Ada kemungkinan tak? Hehe. Sekarang ni pun dah ramai cikgu yang ada blog sendiri macam cikgu dahlia, cikgu Den dan ramai lagi termasuklah isteri aku sendiri…tapi dia tak update sangat je hehe.

Kecewa
Taip aku kecewa sikit semalam. Semalam aku ke Parkson KB bawak anak isteri dengan adik-adik ipar aku, Asmaa dan Azy. Niat di hati nak beli jaket hitam yang aku berkenan sangat-sangat sejak dua bulan yang lepas. Tapi masa tu aku tak nak beli lagi sebab harganya RM400 lebih.

Dah niat masa tu nak guna duit Nuffnang ni untuk beli jaket tu. Kebetulan pula Parkson buat sale extravaganza bermula kelmarin. Harga RM400 tu mungkin akan jatuh sampai RM200 paling kurang. Dah lebih daripada cukup kalau nak beli dengan duit Nuffnang ni.

Tapi malangnya jaket tu dah takde, Puas dah pusing-pusing bahagian pakaian lelaki, memang tak ada dah jaket tu. Sekarang ni aku ibarat ibu Melor yang kempunan telur tembakul huhu. Batu belah takde, masuk lif pun jadilah haha.

Tapi takpelah, yang penting ‘Iffah happy dapat stroller baru yang kami beli tanpa dirancang. Kebetulan ke baby corner tadi lepas tu ternampak stroller yang bersaiz kecik dan ringan ni.

Apa lagi…terus angkat hehe. Sakit pinggang bila nak dukung ‘Iffah lama-lama sejak dah mula makan banyak sekarang ni. Stroller kat rumah agak besar dan berat. Yang tu kalau letak dalam bonet memang makan banyak ruang.

Tapi yang ni bila dilipat jadi macam set kayu golf, taklah besar mana, nak letak beg 20 inci pun boleh. Itupun ada space lagi. Memang berbaloilah eheh. ‘Iffah pun teruja je bila mula-mula duduk dalam stroller ni. Sengih-sengih bila dapat barang baru hehe. Hati mak ayah mana tak gembira bila tengok anak happy, kan?

Seronok dia dapat teddy bear baru lagi yang lagi tinggi daripada dia hehe. Saje bawak ‘Iffah masuk pasaraya, nak tengok reaksi dia ok ke tak tanpa buai. Keputusannya, ‘Iffah lulus ujian saringan sebelum ke KL tak lama lagi lawat saudara-mara yang duk kat sana.

Hari tu bawa ‘Iffah ke Terengganu, pun takde masalah 5 jam duk dalam kereta. Harap-harapnya janganlah ‘Iffah meragam on the way nak ke KL nanti…amin.

Terima Kasih Nuffnang

Anda dinasihatkan untuk membuka minda dan berlapang dada untuk membaca entri kali ini kerana entri ini bukanlah yang berbayar ataupun mengampu dan sebagainya, sebaliknya ianya hanya sebuah ekspresi diri penulis blog ini.

nuffnang logo

Ramai kalangan blogger kita yang bercerita mengenai kisah nuffnang mereka, pendapatan mereka dengan nuffnang dan juga buffered earnings yang mereka dapat dari nuffnang. Aku tahu ada dikalangan blogger yang cukup sensitif apabila blogger lain bercerita mengenai nuffnang dan hasil yang mereka dapat, aku pula lebih suka mengambil sikap neutral ataupun dengan kata lain aku tidak kisah kepada blogger yang bercerita mengenai nuffnang kerana ianya milik mereka.

Hormati hak orang lain

Aku lebih suka menghormati dari mencaci dan juga aku lebih suka melihat dan mengkaji daripada melihat dan mengutuk orang lain. Pada aku blog yang wujud disekeliling kita adalah milik mereka, jadi aku menghormati hak mereka untuk mereka membuat apa sahaja yang mereka mahu terhadap blog mereka. Kalau tak suka dengan apa yang mereka tulis aku klik sahaja X dan menjelajah lagi ke blog lain.

Jangan kerana kita tidak suka pada blogger lain kita mengutuk mereka, mencaci mereka kerana cerita nuffnang yang mereka buat. Itu bukan budaya dan adat kita. Tunjukkan sikap dan kebijaksanaan apabila berkata-kata ataupun dalam blog kita panggil kebijaksanaan dalam menulis sesuatu topik.

Aku dan Nuffnang

Nak kata baru tak baru tapi aku kenal nuffnang ni agak lama sebenarnya iaitu semenjak tahun 2007 kalau tak silap aku, tetapi sampai sekarang terus terang aku tidak pernah dapat cash out walaupun sekali dari hasil nuffnang.

Kenapa ianya terjadi? Tiada sebab dan alasan yang kukuh untuk aku nyatakan disini tetapi bukanlah buat blog disebabkan nuffnang. Pada aku kalau kita asyik terkejar nuffnang sahaja maka hasilnya pasti tidak seperti yang kita jangkakan. Aku menggunakan nuffnang sebelum nuffnang wujudkan status Geli-geli mereka tu sehingga mereka perkenalkan sistem yang baru dan ada kelebihan serta kekurangan setiap kali sesuatu sistem diperkenalkan.

Suatu ketika dahulu terlalu excited untuk meletakkan kod pengiklanan daripada nuffnang dan setiap hari menunggu iklan nuffnang dipaparkan di blog sendiri. Bila mula-mula iklan nuffnang keluar dalam blog terasa satu kepuasan. Sebenarnya aku silap disebabkan aku tidak pernah pun mengkaji kenapa iklan nuffnang boleh keluar dalam blog aku.

Sehinggalah hari ini barulah aku sedar bahawa untuk mendapat iklan nuffnang banyak benda yang perlu kita lihat. Antaranya ialah trafik, halatuju blog, pengunjung setia, sentiasa update kriteria blog di nuffnang dan juga profil di nuffnang kita.

Trafik yang tinggi tidak juga menjamin iklan nuffnang akan terpapar di blog kita sebaliknya ianya perlukan aliran trafik yang berterusan, walaupun sedikit tetapi ianya konsisten setiap hari. Jadi jangan terlalu ghairah untuk mengejar trafik supaya iklan nuffnang datang ke blog kita.

Ok sekian sahaja entri yang tengah mabuk daging pada kali ini. Aku pun tak tahu apa yang aku ceritakan di atas tetapi aku hanya nak merakamkan ucapan terima kasih aku kepada nuffnang yang sentiasa memberikan aku BE walaupun blog aku semenjak dua menjak ni jarang update.

Artikel berkaitan:
Baru Join Seminggu Dah Naik Pangkat..Apa Hal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *