Saya percaya semua orang telah tukar ke kad ATM terkini juga dengan kad debit dan kad kredit, bukan? Tetapi adakah anda perasan terdapat satu logo baru yang wujud atas kad itu? Terutamanya logo yang seperti gelombang bunyi?
Apa maksud logo gelombang ini?
Ia merupakan satu teknologi baru yang dinamakan “sistem pembayaran tanpa sentuhan” CPS (Contactless payment systems)terkini yang digalakkan untuk kegunaan seluruh dunia.
Syarikat yang menggunakannya teknologi ini termasuk PayWave Visa, MasterCard PayPass dan ExpressPay dari American Express. Pada dasarnya semua syarikat ini mempunyai kad yang berfungsi dengan cara yang sama, cuma mereka mempunyai nama yang berbeza sahaja.
Apa kegunaan teknologi ini atas semua kad-kad baru?
Kegunaannya sebenarnya amat luas. Sistem ini membolehkan pengguna untuk membuat bayaran kepada pedagang yang tertentu. Apa yang pengguna perlu buat cuma ambil keluar kad kredit atau kad ATM mereka, dan imbas dalam mesin pembaca kad di kaunter. Pembayaran akan dibuat dengan serta-merta, memang senang dan mudah kan?
Tetapi adakah anda tahu bahawa kad ini sebenarnya terdapat juga satu fungsi yang tersembunyi?
Transaksi boleh dilaksana tanpa perlu kata laluan
Apabila anda menggunakan kad untuk membuat bayaran dengan imbaskan kad ke atas masin, dan jumlah bayaran adalah RM250 atau kurang, anda tidak perlu memberikan apa-apa kata laluan dan tandatangan! Ya, betul, RM250!
Ia tidak sama dengan kad kredit yang tidak ada Pay Wave di mana kita kena masukkan 6 digit kata laluan baru transaksi dapat diproseskan. Tetapi dengan Pay Wave, imbas saja transaksi akan diproses dan dilaksanakan dengan segera.
Dapat anda mengenalpasti apa yang salah? Ini bermakna jika kad anda jatuh di tangan orang lain, dia boleh gunakan kad anda untuk membuat bayaran tanpa kesedaran anda.
Boleh awak bayangkan betapa bahaya jika anda kehilangan kad ini dan diambil oleh orang lain? Adakan anda diberitahu atau diberi amaran apabila anda pergi bank untuk menukar kad yang baru ini? Sudah pasti tidak.
Kita semua tahu macam mana servis kualiti yang ada di Malaysia ini. Dan kini apa yang merupakan salah satu masalah yang paling besar adalah bahawa fungsi ini adalah lalai. Apabila kat ini dihantar ke tangan mu, fungsi ini sudah diaktifkan!
Sekarang, terdapat banyak tempat di Malaysia yang telah menyokong kaedah pembayaran ini, antaranya termasuk:
- AEON BiG
- AEON MaxValu
- AEON Stores
- AEON Wellness
- Ben’s Independent Grocer
- Borders
- Chatime
- Golden Screen Cinemas
- HERO
- Jaya Grocer
- KLIA Ekspres 12. Krispy Kreme
- Krispy Kreme
- McDonald’s
- MYDIN
- NSK
- RadioShack
- SOGO Kuala Lumpur
- Starbucks
- TGV Cinemas
- The Coffee Bean & Tea Leaf
- Village Grocer
Jika anda ada upah pembantu rumah di dalam rumah, membayangkan jika satu hari kad anda diambil olehnya. Maka pada hujung bulan bila anda semak wang di akaun bank anda, anda akan pening dan pengsan terus di kaunter ATM tu.
Jadi, Apa Yang Boleh Saya Buat?
Jika anda mempunyai pembantu rumah di rumah, membayangkan bahawa kad anda diambil olehnya. Maka pada hujung bulan bila anda semak wang di akaun bank anda, anda akan pening.
Tapi anda tidak perlu panik dan jangan pergi gaduh atau mengkritik bank berkenaan. Sebab semua ni hanya akan sia-siakan tenaga anda sahaja.
Untuk mengelakkan salah guna kad dan juga untuk menjaga keselamatan wang anda, sekarang di sini kami akan mengajar anda cara bagaimana untuk tutup fungsi yang tidak selamat ini (di sini kami pakai kad Maybank sebagai contoh, tetapi bank-bank lain lebih kurang boleh pakai dengan cara yang sama juga.)
1. Anda boleh pergi ke ATM mesin, dan masukkan kad. Lepas tu pilih “LAIN-LAIN URUSNIAGA” (OTHER TRANSACTION).
2. Pilih “CHANGE LIMIT / LANGUAGE / MAYBANK ONE”
3. Pilih “PURCHASE LIMIT”
4. Pilih “NO PURCHASE”, dan kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda di atasnya.
Dengan cara ini semua dah selesai. Cuma 4 langkah yang cepat dan mudah. Sekarang wang anda telah selamat duduk dalam akaun bank anda tanpa risiko.
Selepas menutup fungsi imbasan automatik itu, anda tidak perlu lagi bimbang mengenai kad bank dan kad kredit anda akan dipakai oleh orang lain tanpa kesedaran. Adalah baik anda berkongsi dengan ahli keluarga dan kawan-kawan anda cara ini untuk memastikan keselamatan wang simpanan mereka.
Apa kata jika saya ingin pakai Pay Wave?
Untuk mengurangkan risiko urus niaga tanpa izin yang timbul daripada kad yang hilang atau dicuri, terdapat langkah-langkah keselamatan tambahan seperti isyarat transaksi pengguna, pemeriksaan transaksi masa sebenar untuk mengesan dan mencegah urus niaga tidak teratur atau mencurigakan, keupayaan untuk menyekat kad secara real time untuk mengelakkan sebarang transaksi selepas laporan kehilangan kad dari pemegang kad.
Oleh itu, bank-bank menggalakkan pemegang kad untuk mendaftar untuk mendapatkan makluman tersebut. Di samping itu, pemegang kad perlu segera memaklumkan bank mereka sebaik sahaja mereka menyedari kehilangan kad mereka.
Artikel berkaitan:
Skim Pinjaman TEKUN
thanks…bagus tips ni nak elakkan daripada senang-senang orang guna kan
tp bagaimana kita plak nak gunaakan utk online…boleh ke?
Purchase ni untuk belian kat supermarket saja ka? Online payment bagaimana?