Jual Mobile Data Jika Tidak Dapat Habis Guna

Pertandingan antara syarikat telekomunikasi kebelakangan ini semakin menghadapi saingan yang hebat. Ini juga mengakibatkan pemotongan harga untuk kos bagi pengguna akses Internet. Jika anda sering berakhir dengan terlalu banyak data yang tidak dapat habis guna, maka sekarang anda boleh menjualkannya kepada pihak lain untuk membuat duit.

simplify network
simplify network

Tentang Simplify

Syarikat Simplify di Malaysia telah mencipta rangkaian pertama di dunia yang memudahkan perkongsian mobile data antara satu sama lain. Anda sekarang boleh bebas berkongsi perkhidmatan data internet, dan anda juga boleh menetapkan harga sendiri untuk menjualkan data kelebihan kepada pengguna lain.

Simplify memperkenalkan Apps baru yang bukan saja memudahkan proses untuk akses Internet, tambahan dengan tidak payah ada kata laluan, tetapi mempunyai keselamatan penyulitan dua lapisan, dan juga sistem pembayaran yang cukup selamat. Aplikasi sistem secara automatik akan menetapkan SSID (nama rangkaian Wi-Fi) dan menjana kata laluan Wi-Fi, dengan penambahan kata laluan penyulitan lapisan kedua.

sell mobile data

Cara Penggunaan

Aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan. Anda boleh pergi ke Google Play untuk memuat turun dan memasang aplikasi Simplify dan masukkan maklumat mudah untuk mendaftar satu akaun (pembeli dan penjual perlu mendaftar akaun untuk tujuan membuat bayaran selepas tu). Lepas daftaran akaun, buka aplikasi Simplify dan anda akan nampak dua butang: “Scan to Connect” adalah butang untuk menyambung hotspot Wi-Fi dari Simplify untuk akses Internet, “Sell Mobile Data” adalah butang untuk anda jual data anda.

Jika anda klik “Sell Mobile Data”, anda akan dibawa ke halaman harga. Penjual boleh menetapkan harga, seperti 1GB data untuk dijual dengan harga RM10. Simplify akan menjana hotspot Wi-Fi yang selamat secara automatik, apa yang perlu penjual buat cuma menunggu pembeli kunjungi dah beli data. Disebabkan tetapan asal Android hanya membenarkan maksimum 8 sambungan serentak untuk Wi-Fi hotspot, ini juga bermakna bahawa penjual cuma boleh menjual data kepada 8 pengguna pada masa yang sama.

bayaran simplify

Pengguna Internet yang ingin membeli rangkaian data melalui Simplify, mereka cuma perlu buka aplikasi Simplify dan klik “Scan to Connect”. Jika telefon mengimbas ada penjual yang sedang online untuk menjual data mereka, anda akan melihat maklumat tentang harga dan data kelajuan rangkaian penjual. Jika anda berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh penjual, boleh anda klik butang tu dan anda akan segera sambung ke Internet. Anda cuma akan kena caj bayaran untuk data yang anda gunakan sahaja. Simplify akan membuat pengiraan tepat tentang penggunaan data yang telah anda pakai, dan kemudian mengenakan bayaran dengan menolak amaun yang terdapat dalam akaun pembeli.

Pada masa kini Simplify cuma sokong 5 jenis mata wang antarabangsa, termasuk Ringgit Malaysia, Singapura Dollar, Euro, U.S Dollar dan Sterling Pound.

Artikel berkaitan:
Tutorial Untuk Tukar Kata Laluan Unifi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *