Demam Denggi Pengancam Nyawa

Demam denggi berlaku oleh virus denggi yang merebak menerusi gigitan serangga nyamuk aedes. Terdapat lebih 100 juta kes melibatkan denggi di seluruh dunia setiap tahun. Ia merupakan pembunuh manusia nombor satu di dunia. Itulah sebabnya demam denggi pengancam nyawa yang paling utama. Anda perlu mengenal pasti tanda-tanda dan gejala demam denggi sebagai langkah keselamatan.

mosquito
mosquito

Tanda dan gejala demam denggi

Anda perlu mengambil tahu bagaimanakah tanda dan gejala demam denggi boleh mengancam nyawa anda. Kemungkinan anda bakal menjadi penghidap demam denggi. Selepas digigit nyamuk aedes 5 ke hari, anda akan didatangi tanda atau gejala seperti berikut :

1. Demam panas melanda pada hari ke 3 hingga 14 selepas digigit nyamuk aedes
2. Ditumbuhi ruam pada hari ke 3 demam sehingga kulit menjadi merah
3. Sakit pada biji mata
4. Muntah-muntah
5. Berasa loya
6. Sakit kepala
7. Sakit sendi
8. Sakit di bahagian tulang belakang
9. Kurang selera makan
10. Demam boleh mencapai suhu 40°C dan boleh mengakibatkan sawan pada kanak-kanak berusia bawah 6 tahun
11. Demam denggi turut dipanggil sebagai breakbone fever

Risiko demam denggi yang tidak dirawat

Demam denggi berdarah dan demam denggi biasa boleh menyebabkan maut. Ianya dapat dikesan menerusi tanda-tanda seperti di bawah :

1. Mudah lebam
2. Berlaku pendarahan di bahagian bawah kulit, gusi atau hidung
3. Pendarahan boleh berlaku di seluruh badan yang mampu menyebabkan kematian

Rawatan untuk demam denggi

Tiada rawatan khusus untuk penghidap demam denggi. Ubat demam boleh diberikan pada pesakit dan pesakit yang terlibat perlu berehat dan minum air dengan kerap. Jika pesakit didapati menghidap demam denggi, dapatkan rawatan lanjut dengan segera menerusi pihak hospital.

Pencegahan demam denggi

Demam denggi boleh dicegah menerusi cara-cara yang telah terbukti iaitu :

1. Mengelakkan nyamuk bersarang di suatu tempat
2. Membuang bekas yang boleh menyebabkan air bertakung
3. Tutup bekas tadahan hujan dan tangki air
4. Bersihkan pasu bungan dan piring tadahan air seminggu sekali
5. Pastikan saliran air di atap bumbung tidak tersekat atau tersumbat
6. Bela ikan di dalam kolam bagi mengelakkan pembiakan jentik-jentik
7. Gunakan penyembur serangga untuk menghapuskan nyamuk

Ambil langkah perlindungan untuk menjauhi gigitan nyamuk seperti :

1. Tutup pintu dan tingkap di waktu malam
2. Sapu krim atau ubat yang boleh menghalau nyamuk pada badan
3. Pakai baju berwarna terang, lengan panjang dan berseluar panjang ketika berada di luar rumah
4. Nyalakan lingkaran nyamuk atau pad nyamuk elektrik di dalam rumah
5. Memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik di kolah, kolam dan bekas simpanan air
6. Pasang kelambu ketika tidur
7. Pasang jaring halus di tempat laluan angin rumah, tingkap dan pintu

Jangan Telan Panadol bila Demam!

Minggu lepas saya bertolak dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk urusan pekerjaan dan bertemui pelanggan untuk perbincangan. Nak dijadikan cerita saya betul-betul terlupa untuk bawa sekali bekalan vitamin C yang jadi supplement yang penting bagi saya.

Saya dah mula cuak sebab badan sudah rasa lain macam dan hidung saya pun sudah mula berair tanpa sebarang kawalan. Saya harap sangat supaya tidak jadikan badan menghidapi demam sebab dalam masa terdekat saya masih ada event yang perlu dihadiri. Tambah-tambah sekarang macam musim di mana semua orang pun mengalami sakit demam, saya bertambah cuak. huhu.

Tapi macam mana pun, nasib saya kurang baik di mana akhirnya saya jatuh demam juga. Sebelum itu, sudah memang masa lama sebenarnya saya tidak dapat penyakit demam.

Sebab biasanya pada masa berada di kampung, saya akan pastikan saya ada telan sekurang-kurangnya 1 biji vitamin C 500mg selepas makan sarapan setiap pagi. Tapi sekarang disebabkan bekalan supplement vitamin C saya tertinggal di kampung, nampaknya saya terpaksa minta vitamin C dari kakak saya. hihi.

Nasib baik dia pun ada makan vitamin C juga. Setahu saya, dia telan vitamin C bukan sebab kesihatan tapi cuma untuk nak kulit kelihatan cantik. Ini memang biasalah bagi perempuan kan, siapa gadis yang tidak ingin nak cantik.

Tidak seperti dulu, bila demam, saya akan pergi ke farmasi dan beli panadol saja. Telan 1 atau 2 biji untuk menyembuh. Tetapi sekarang semakin takut panadol boleh membawa kesan sampingan yang tidak baik, saya sudah tukar dengan makan vitamin C.

panadol
panadol

Tapi disebabkan saya sudah menghidapi penyakit demam, jadi saya kena tambah pengambilan vitamin C iaitu saya ambil 2 biji sehari. Kalau ikutkan dos yang dibenarkan maximum dalam 1200mg sehari untuk orang dewasa. Jadi 2 biji yang ditelankan oleh saya adalah 2 x 500mg = 1000mg. Masih kira ok la.

Saya telan 3 hari berturut-turut sebab memang saya ingin demam itu sembuh dengan cepat. Bila demam rasa macam satu nikmat ditarik. Apabila nak uruskan bisnes saya pun rasa sedikit terbantut juga.

Selepas 3 hari saya telan vitamin C secara berturut-turut, boleh saya rasai bahawa dahi saya sudah tidak berapa panas. Hingus pun dah tak payah kesat guna tisu. Selain daripada itu, seluruh badan pun rasa jadi semakin baik. Alhamdulillah. Nikmat kesihatan saya diberi kembali dan saya jadi kuat sekali lagi.

Lagipun menurut doctor, pengambilan panadol amatlah tidak disarankan sebab ianya sekadar untuk tahan rasa sakit sahaja. tapi jika ambil vitamin C, ianya berfungsi untuk meningkatkan immunisasi badan kita dan badan kita sendiri yang akan melawan demam itu.

Lepas tu kan, satu lagi tips yang saya dapat. Bila anda diserang demam, fikiran anda mestilah positif yang mana anda berfikir yang badan anda mampu untuk melawannya dan anda kuat. Jika psikologi dalaman kita positive, insyaAllah akan lebih cepat sembuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *