Jangan Panggil Aku Kakak

Lama benar rasanya saya tidak mengumpat dalam blog ini. Kalau tidak silap kalendar masihi yang tergantung di dinding, kali terakhir saya berbuat demikian sekitar 4 bulan yang lepas. So rindu punya pasal, hari ini saya akan ‘mengumpat’ seseorang dengan menulis peristiwa lucu yang berlaku kepada saya sebelum bergerak ke Padang Indonesia tidak berapa lama dahulu.

Ceritanya dijalankan macam ini.

Saya bersama suami dan anak ketika itu. Menguruskan beberapa hal penting berkaitan perbankan sebelum membuat perjalanan jauh ke negara orang. Tiba giliran kami untuk menyelesaikan urusan yang dimaksudkan, saya pun duduklah di kerusi yang disediakan.

kakak

Okey tentang lain-lain percakapan yang sama waktu dengannya saya skip ek, malas nak bebel panjang-panjang di sini. Lagipun saya tau, korang bukannya nak baca pun. Saya langkau terus kepada babak di mana salahfaham ini berlaku.

Saya: “Kak, kalau saya keluarkan duit kat sana, nilainya sama dengan Ringgit Malaysia tak?”

Cik adik jaga kaunter tu buat muka ketat. Tapi masih berupaya menjawab pertanyaan saya,

Cik adik jaga kaunter: “Jangan risau kak, nilai tu akan diconvert dengan sistem kadar tukaran matawang asing. Sekejap lagi aku akan beri kertas kadar tukaran”

Saya: “Oh… jadi saya tak perlu gi money changer. Betul tak kak?”

“Ya kak!” kata cik adik tersebut dengan nada sedikit tegas berserta dengan body language yang menunjukkan dia tidak selesa.

Jujur saya katakan, mulanya saya tak faham langsung body language cik adik ni, saya ingatkan itu adalah reaksi rimas beliau kepada pertanyaan-pertanyaan bodoh saya. Sehinggalah pada satu tahap dia sendiri yang mengatakannya pada saya. Mungkin sebab dah tak tahan menanggung derita.

“Minta maaf kak, tolong jangan panggil aku kakak boleh? Sebab aku ni lebih muda daripada kakak”

Saya terdiam sejenak lepas mendengar ayat berani mati Cik adik jaga kaunter tu.

Oh… patutlah beriya-iya sangat panggil saya kakak. Patutlah ada nada tegas pada ungkapan tersebut. Rupa-rupanya dia nak duk habaq yang dia tu lebih muda daripada saya!

Lepas tu baru saya tahu yang orang Sabah ini memang sangat menarik. Menarik kerana panggilan “Kakak” didefinasikan betul-betul kepada maksudnya seperti yang tertera di dalam kamus dewan. Setuju tak? Bagi mereka kakak ialah panggilan khusus yang menggambarkan perbezaan usia seseorang. Memanggil seseorang dengan panggilan kakak sama seperti menunjukkan isyarat bahawa kita lebih muda daripada mereka. Sesuatu yang amat berbeza dengan budaya di semenanjung kerana seperti yang kita sedia maklum, panggilan tersebut lebih berat kepada ungkapan yang menunjukkan perasaan hormat kita terhadap lawan bicara.

Sama halnya dengan perkataan aku. Bagi orang Sabah, ungkapan aku menggambarkan diri mereka. Fullstop. Tiada maksud yang lain dan had batasan untuk ungkapan tersebut. Ini bererti mereka bebas untuk menggunakan ungkapan tersebut, walau ketika itu mereka sedang berbicara dengan orang yang lebih tua or their parents! Sesuatu yang amat janggal dan sedikit taboo untuk dilakukan oleh penduduk di Semenanjung Malaysia.

No wonder adik jaga kaunter tu naik angin. No wonder saya juga turut tersinggung.

Perbezaan pemahaman yang gampang ini menimbulkan salah faham.

Lepas tu saya mengambil keputusan untuk terangkan secara panjang lebar maksud kedua ungkapan tersebut dari perspektif West Malaysian kepada adik jaga kaunter tersebut. Dan syukur Alhamdulillah, nampaknya dia juga boleh menerima penjelasan tersebut disamping pelbagai lagi pertanyaan bodoh daripada saya selepas itu. Jadi adik-adik dan abang akak sekalian, nampak tak apa yang cuba saya sampaikan dalam entri ini? Tak nampak? Ya… ya saya tau. Saya suka tulis benda-benda yang tersirat. Begini, korang

1. Jangan sesekali panggil seseorang dengan gelaran kakak atau abang sekiranya dia lebih muda daripada korang ketika berada di Sabah.

2. Jangan terperanjat beruk atau melenting sekiranya budak seawal usia 5 tahun, menggunakan perkataan “aku dan kau” ketika berbicara dengannya. Itu adalah budaya mereka.

Artikel berkaitan:
Awek melayu bertudung yang amat cun dan cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *