Web Analytics
ilmu pelaris

Ilmu Pelaris Bisnes Yang Mujarab

Bila kita sebut tentang ilmu pelaris, tentu ada di kalangan kalian mungkin rasa seram sejuk kaki dan tangan. Maafkan saya jika ada apa-apa yang cakap salah di sini.

Ilmu pelaris yang saya maksudkan di sini bukan ilmu sihir atau guna-guna. Ia adalah satu ilmu psikologi yang popular dalam bidang pemasaran dan perniagaan. Bagi mereka yang ingin tahu dengan lanjutnya boleh layan untuk baca lagi untuk mengetahui apa maksud sebenarnya.

Bisnes merupakan satu bidang yang sangat mencabar tetapi menyeronokkan. Pada sesetengah orang bisnes merupakan sesuatu yang penuh dengan sepak terajang atau teknik tipu daya yang licik. Itu adalah persepsi yang agak negatif untuk mereka yang mempunyai fikiran macam ini.

ilmu pelaris

Pasti sekali saya tak setuju dan tak berkenan dengan pendapat seperti ini. Hakikatnya bisnes adalah bidang yang membolehkan seseorang berpeluang untuk menjadi jutawan jika berusaha ke arahan yang betul. Misalnya bisnes telco seperti Maxis dan Digi.

Berbalik kita kepada pengisian tajuk pula. Saya takut kalau dikatakan tajuk je hebat tapi isi entri pula hampas. Keadaan ini akan jadi malu sungguhkan.

Memang ilmu pelaris moden tertumpu kepada perkara yang saya kongsikan di bawah. Orang kata sharing is caring dan tertentunya saya amat sayang dengan pengunjung yang membaca blog ini. Sebab itu saya nak ‘sharing’ dalam entri yang ada bau –bau pelaris ini.

1. Produk kualiti tinggi

Produk yang mempunyai kualiti yang tinggi tidak semestinya harganya akan jadi mahal sangat. Ada juga banyak produk yang berkualiti di pasaran tetapi dibekalkan dengan harga yang berpatutan.

Jangan juga anda rasa hairan jika ada produk yang berkualiti yang diberi secara percuma sebagai teknik pelaris. Sekali cuba nak lagi dan lagi. Kebiasaannya diberi percuma dalam bentuk sachet yang kecil dan terhad.

Apabila pelanggan sudah tahu tentang kualiti produk yang mereka cuba itu maka ilmu pelaris akan berlaku dengan sendirinya. Produk yang bagus akan mendapat pengulangan pembelian dari para pembeli yang sudah cubakannya diri sendiri. Cuma tanggungjawab pengeluar mesti mementing kualiti terhadap barangan mereka.

Apa yang perlu para pembaca fahami adalah produk yang berkualiti sememangnya akan terjual sendiri apabila kepercayaan pelanggan terhadap produk diperolehi. Servis yang bagus juga dapat memuaskan hati pelanggan dan dengan sendirinya mendapat kesetiaan mereka.

Namun semua itu perlu juga servis promosi yang berterusan supaya lebih ramai pengguna tahu kewujudan produk ini. Cuma bila produk itu berkualiti, kita tidak memerlukan promosi yang berlebihan kerana ianya akan disebarkan dari mulut ke mulut. Bak kata pepatah, Sharing is Caring.

2. Layanan kelas pertama

Pembeli akan rasa dihargai jika mereka diberi layanan yang terbaik dan kelas pertama. Dalam soal begini jangan mengukur nilai barangan yang dijual sebaliknya memberi lebih servis kepada para pembeli. Mereka yang terkesan dan berpuas hati pasti datang lagi. Bukan itu sahaja turut memberi promosi viral melalui media sosial.

Wah sungguh beruntung kepada para pengusaha jika soal layanan menjadi keutamaan. Perlu diingatkan juga bahawa bukan semua kepuasan pelanggan dapat dipenuhi. Ada di antara pengguna yang cacat celanya yang wujud di dunia ini. Cuma jangan diperbesarkan seperti kesalahan tersebut dengan terlalu berat.

3. Promosi tanpa henti

Inilah ilmu pelaris yang mujarab. Sesuatu produk yang berkualiti perlu kita buat promosi dan terus promosi. Biar satu dunia tahu tentang produk ini.

Produk berkualiti pun kalau kurang promosi, pengguna takkan tahu pasal produk tu. Tapi kalau promosi besar-besaran tanpa kualiti produk, pengguna akan beli sekali saja. Tetapi kebanyakan daripada mereka mungkin cuma akan buat belian satu kali saja dan hilang. Pendek kata, kualiti untuk sesuatu produk perlu sentiasa dijaga dan promosi mesti dibuat dengan cara yang betul.

Tidak kisah cepat atau lambat kesannya. Apa yang penting kesan promosi secara berterusan akan meresap masuk dalam minda separa sedar bakal pembeli. Segala tindak tanduk dan cara berfikir akan terpengaruh kerana kesan promosi yang agresif.

Dapat kita lihat sekarang ini promosi oleh restoran ayam goreng uncle janggut putih tidak pernah berhenti. Lihat bagaimana pelanggan yang mengunjunginya tanpa henti juga. Jangan tanya saya berapa untung mereka dalam sehari ya. Sebab yang saya tahu memang restoran ini beruntung dengan banyak.

Sekarang kalian boleh faham bahawa ilmu pelaris bisnes bukan terletak jampi serapah dan pengeras. Ia sangat semulajadi kerana berada dalam diri manusia itu sendiri.

Produk dan perkhidmatan yang berkualiti serta ikhlas dalam segala urusniaga akan menjadi pelaris yang paling berkesan. Kehidupan pun pasti akan sentiasa diberkati.

Kalau amalkan setiap ilmu pelaris yang disenaraikan di atas ini, maka sesuatu bisnes automatik akan terlaris sendiri. Tambahan pula, memang produk yang berkualiti tinggi serta perkhidmatan bagus yang diberikan yang merupakan apa yang dijangka dari para pengguna.

Leave a Comment