Hotel De Art Shah Alam – Cantik, Murah dan Selesa

Siapa yang tidak teruja bila diberi peluang menginap di hotel lain dari yang lain. Hotel De Art Shah Alam sememangnya layak mendapat gelaran “Malaysia’s 1st ART themed hotel”. Kalau dilihat dari luaran nampak biasa-biasa sahaja.

Hotel de Art di Shah Alam
Hotel de Art di Shah Alam

Tetapi apabila menjejak kaki ke ruang lobi, perkataan pertama saya adalah WOW!. Walaupun ruang lobi agak kecil, tetapi sangat cantik dengan tema putih, seakan-akan tema Inggeris. Ketika berkongsi gambar dengan rakan-rakan di Facebook, semuanya memuji hiasan di lobi hotel ini.

ruang lobi

Bagi yang tidak tahu, hotel ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam Selangor. Berhadapan dengan tasik dan juga berdekatan dengan I-City, UITM, Bandar Baru Kelang dan Gedung Kain Jakel. Selain dari itu, hotel ini tidak jauh dari pusat bandar Shah Alam. Jika anda ada urusan di sekitar Shah Alam. Hotel ini adalah pilihan terbaik untuk penginapan.

i-City

Lebih kurang jam 10.00 malam, kami daftar masuk, memandangkan hotel sudah penuh, kami menginap di blok bersebelahan dengan lobi utama. Pintu masuk ke blok kami menginap mempunyai ciri keselamatan yang baik. Hanya yang mempunyai kad sahaja boleh akses ke blok ini.

Sebaik sahaja menjejak kaki ke bilik, anak-anak begitu teruja melihat hiasan dalamanya. Sebelum masuk, kami sempat meninjau 2 buah bilik untuk melihat hiasan dalam. Ternyata hiasan dalaman setiap bilik adalah berbeza.

bilik star warsBilik bertemakan “Star Wars”

Untuk pengetahuan, Hotel De Art Shah Alam, mempunyai 58 bilik dengan hiasan berbeza. Setiap bilik mempunyai tema khas seperti, fairy tales, flower and nature, fantasies, movies. Tema seperti bandar Paris, New York, Egypt, Europe dan tema kartun Mickey Mouse, Hello Kitty turut menghiasi ruang bilik. Agak teruja bila mana dapat tahu ada bilik yang bertemakan legenda superstar seperti Elvis Presley, Micheal Jackson dan juga Lady Gaga.

Kami menginap di bilik 302 yang mana bilik kami bertemakan Star Wars. Bilik kami mempunyai 2 katil bujang, TV LCD, alat pemanas air serta kemudahan untuk membuat kopi. Ruang almari yang luas serta 3 buah laci untuk menempatkan baju dan peralatan lain.

Ruang tandas yang cantik dan bersih dan dihiasi dengan bunga yang membuatkan kami teruja dan rasa seperti menginap di hotel 5 bintang. Wifi berkelajuan tinggi juga disediakan kepada tetamu. Di luar bilik penginapan air panas dan air sejuk turut disediakan.

bilik forbidden forestBilik bertemakan “Forbidden Forest”

Di bilik mandi shampoo dan sabun serta air panas turut disediakan bagi yang tidak suka mandi dengan air biasa. Perkhidmatan room servis juga disediakan dengan harga yang berpatutan. Kami bersarapan di Hailam Kopitiam dengan mengunakan voucher.

Menu seperti nasi lemak, sandwich, telur 1/2 masak dan lain-lain turut disediakan. Diskaun 10% peratus turut diberikan kepada pengunjung hotel dengan menunjukan kunci kad bilik.

Bilik bertemakan Earn Your StripesBilik bertemakan “Earn Your Stripes”

bilik tema mickeyBilik bertemakan “Hey Mickey”

bilik tema hello kittyBilik bertemakan ” Hello Kitty “

Bilik di hotel ini sangat bersih dan terawat dengan baik. Bila anda masuk ke dalam lobi hotel itu, boleh anda nampak banyak lukisan dan hiasan yang sangat cantik dan menarik. Saya ingat hotel ini sangat sesuai untuk diduduk oleh pasangan dengan 1 anak.

Bila check in ke hotel ini, kakitangan di counter lobi juga sangat mesra dan uruskan check in saya dengan cepat. Bila check in, anda perlu bersedia wang RM50 untuk bayaran deposit semasa daftar masuk. Deposit itu akan dikembalikan semasa anda dafktar keluar dari hotel.

Harga di setiap bilik adalah berbeza mengikut keluasan serta jenis katil. Sebelum balik, kami sempat dapatkan harga bilik yang disediakan dalam bentuk brosur. Harga bilik tersebut seperti dibawah.

Jenis Bilik

Standard – 1 Katil bujang ( tiada tingkap) rm 88.00 Ahli rm 78.00.
Superior – 1 Katil Queen ( tiada tingkap) rm 138.00 Ahli rm 128.00.
Superior Deluxe/ Twin Superior – 1Katil Queen / 2 Katil Bujang (bertingkap) rm 158.00 Ahli rm 148.00.
Superior Deluxe Partial Lake View – 1 Katil Queen Partial Lake View rm 168.00 Ahli rm 158.00.
Twin Superior Partial Lake View – 2 Katil Bujang (Partial Lake View) rm 168.00 Ahli rm 158.00.
Triple Room – 1 Katil Queen + 1 katil bujang ( tiada tingkap) rm 188.00 Ahli rm 178.00.
Family/ Vip – 2 Katil Queen ( bertingkap) rm 218.00 Ahli rm 208.00.

* Semua harga di atas termasuk cukai dan caj perhidmatan.

* Tambahan rm 10.00 ketika hujung minggu ( Jumaat & Sabtu) dan cuti sekolah.

* Tambahan rm 20.00 waktu sibuk ( malam perayaan dan cuti umum, UITM Konvokesyen).

* Harga AHLI hanya diberikan kepada tetamu yang pernah menginap. (hari biasa sahaja).

* Harga termasuk, sarapan pagi, WIFI dan 10% diskaun di Hailam Kopitiam.

Sesiapa yang berminat untuk menginap di sini, boleh hubungi nombor telefon yang tertera seperti di bawah:

Tel: 03 5518 0975 / 03 5518 0976

Website : www.hoteldeart.com.my

Facebook : Hotel De Art

Alamat :
No 3, Jalan Kristal AS7/AS
Seksyen 7
4000 Shah Alam
Selangor

Memori – Shah Alam – Wet World

Shah Alam Sec 2 – Tempat yang terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang berlaku dalam hidup. Di sini ada cinta yang pernah bertaut dan juga ada cinta yang pernah tenggelam di dalam tasik buatan. Biarkan sahaja cinta itu berkubur, tak perlu di selami lagi untuk menggali bukti yang sudah lama berkubur- biarkan ia menjadi sejarah yang terindah dan ramalan dulu tidak benar belaka.

Sewaktu dulu adalah lubuk mencari cinta yang tak pasti, ianya ibarat cinta semusim dan akan sentiasa berubah untuk semester yang seterusnya. Banyak cinta murahan disini yang sedia untuk dipancing oleh sesiapa sahaja. Mungkin dulu ianya begitu – sekarang tak pasti kerana sudah 16 tahun ianya berlalu. – MEMORI

*terjiwang sikit bila sampai sini 🙂

shah alam 1
shah alam 1

WET WORLD

Dari pagi dah ramai orang berpusu-pusu datang, maklumlah cuti terakhir persekolahan, jadi ibu bapa yang mempunyai budget kecil seperti saya boleh berkunjung ke sini. Agak terkejut juga harga untuk orang dewasa sudah naik ke RM 20.00 dan untuk kanak-kanak RM 16.00 dan mereka tidak berkompromi walau pun lebih beberapa cm (tinggi) di kira harga dewasa. -ouch!

Pandai mereka berniaga!. Mungkin disebabkan tempat ini sudah di upgrade jadi harga itu sangat berpatutan dengan kemudahan yang ada. Tetapi bab makanan saya rasa sangat failed! – makanan tak sedap dan tak padan dengan harga, pihak pengurusan harus ambil tindakan secepat mungkin. – segera!

shah alam 4Gambar no 4 ada iras-iras Ariff Shah tak?

Seperti biasa anak-anak paling teruja, tak sabar nak main air sepuas-puasnya, saya bagi mereka peluang bermain air sampai muntah! – bagi mereka balas dendam kerana percutian ke pantai tidak jadi.

Anak-anak makan mee cawan, benda lain mereka tak selera sangat, nak tak nak bagi lah. Pagi tadi dah melantak nasi lemak!. Balik karang sure kena cari nasi campur kat SEC 2 – suka sangat pergi situ hehehe…. lubuk ikan tu!

Dalam pada itu ada perkara yang membuat mata anak saya terjojol dan bapanya turut sekali tutup mata, tapi jari masih terbuka – start dah!. Inilah sebabnya yang buat saya suka datang sini – (awek lentik)

Saya selalu pergi sini bawak family… bab makanan tak sedap tu boleh terima lagi (bawa masuk bekal sendiri) tapi bab remaja beromen dalam air tu yang buat jadi tawar hati.

Saya ada kenangan kat sini, bila anak masih kecik so bawak ke mari, mereka memang suka, tapi masa tu tak seteruk sekarang kot, rasanya tak ada remaja romen dlm air opsss terlebih sudah….sekarang nampak dah well upgraded….masa tu bapak2 budak ingat akak bawak adik so depa cuba jugak curi-curi main mata bila isteri sibuk layan anak-anak.

Artikel berkaitan:
Berkunjung ke Taman Botanikal Labuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *