Hati Unta Penawar Penyakit Asthma

Zaman sekarang ni penyakit Asthma atau lelah merupakan penyakit yang sudah dianggap biasa di kalangan masyarakat, faktor pemakanan, kualiti udara dan persekitaran, kelebihan berat badan serta faktor keturunan merupakan sebahagian penyebab penyakit asthma. Asthma juga menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina sekarang ni, dari sekecil kanak-kanak sehingga golongan warga emas, semuanya terdedah dengan risiko sakit asthma.

hati unta
hati unta

Tomyam junior juga terkena penyakit asthma sejak berumur tiga tahun lagi, memang tidak dinafikan saya sendiri di zaman kanak-kanak juga menghidapi asthma dan hanya hilang pada usia belasan tahun. Tomyam junior pulak sekarang ni tiap-tiap malam diserang asthma, biasanya antara jam 2 hingga 3 pagi, walaupun serangan asthmanya tidak lama, cuma dalam masa 2 hingga 3 minit namun cukup menyukarkan pernafasan.

Masa kecil dahulu setiap kali kena serangan asthma terpaksalah saya bawa ke bilik kecemasan hospital berdekatan untuk ‘sedut’, sampaikan ramai doktor dan staff sudah mengenali tomyam junior dek kerana terlalu kerap ke sana. Bila dah besar sikit sekarang ni doktor bagi personal inhaler dan chamber sekali. Jadinya tidak payah lagi berulang ke hospital bila di serang asthma.

Pernah juga saya cuba dapatkan nasihat doktor bagaimana nak hilangkan sakit asthma ni, setakat ni doktor cuma mengatakan ianya hanya akan hilang dengan sendiri dan tidak ada ubat khusus untuk menghilangkan serangan asthma.

Mengenangkan cucunya yang sentiasa diserang lelah, semasa mengerjakan umrah di bulan Ramadan yang lepas ibu saya membelikan hati unta yang telah dikeringkan yang dikatakan sebagai penawar bagi sakit lelah.

Berdasarkan nota di paket hati unta tersebut rasanya ianya diusahakan oleh orang Indonesia dan dijual kepada jemaah umrah dan haji di tanah suci mekah.

Jadinya buat masa ni saya sudah memberikan tomyam junior makan hati unta yang digoreng tersebut sekali, rasanya agak pahit sedikit. Sudah dua hari dia makan hati unta tersebut dan saya sedang memerhatikan kesan sebenar penawar tersebut dari masa ke semasa.

Sekiranya hati unta tersebut berjaya mengurangkan serangan asthma terhadap tomyam junior saya akan kemaskini semula perkembangannya dalam blog ini.

Artikel berkaitan:
8 faedah yang luar biasa tentang nenas batu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *