Hari Pertama Untuk Warm Up

Hari pertama semalam tidak memberansangkan. Apa yang di plan tidak menjadi. Niat nak berjogging pada waktu pagi terbatal dengan sendirinya apabila bumi Johor Bahru di basahi hujan. Iya… semalam adalah hari hujan menangis sebab hujan tak berhenti sampailah ke petang.

running foot shoe
running foot shoe

Jadi tindakan selanjutnya aku pun buatlah kerja seperti biasa. Sedang leka buat kerja… breakfast pun terlepas… so terus makan tengah hari. Makan tengah hari pun pukul 3 petang… tapi apa yang aku makan?

Emak aku masak lauk singgang ikan tongkol. Aku amik satu senduk nasi buang air (nasi yang telah dibuang air kanjinya), buat cili padi kicap… cecah dengan ikan, makan sampai habis. Air pulak air teh O panas.

Then aku pergi bayar duit kereta dan semua bil yang patut di bayar sampailah ke petang. Tapi malangnya kerja tu semua tak mendatangkan peluh dan senaman yang aku perlukan. Takperlah… ini baru hari pertama.

Lepas tu, tengok jam dah pukul 6.30 petang… perut dah mula lapar. Aku amik satu senduk nasi, makan lagi sebab nak elakkan makan malam.

Lepas maghrib, aku terus bertolak ke Taman Dahlia Pasir Gudang untuk tutorial blogging. Sampai rumah orang tu, aku terus buat tutorial… lepas sejam bercakap, aku haus giler. Tuan rumah buatkan air oren Sunquick. Kira okaylah tu kan. Weyyy…. ingat tak kering ke tekak bila bercakap?

Tapi tetiba ada masalah timbul. Rupanya tuan rumah tu bermurah hati orangnya. Dia siap belikan Pizza… hadoi. Bukan nak menolak rezeki, tapi kalau tak makan… kecik hati dia pulak. Tapi kalau aku makan, aku tau mood aku akan berubah. Apa pun, makan jugalah… nak buat macam mana kan…

Dah makan malam le jadinya ni… sebab jam dah pukul 10 masa tu. Huhu.. tapi nak sedapkan hati, aku cakap “oraitlah jugak sebab makan benda yang di bakar, bukan bergoreng dengan minyak yang banyak”.

Kalau kalian nak tau, dulu waktu malam macam ni kalau aku tak layan roti telur dengan teh tarik… confirm aku layan Tom Yam dengan ais limau.

Okay berbalik pada mood aku malam tadi, dalam hati aku harap sangat yang segala yang di makan dapat dibuang semula. Sebab kalau sampai esok pagi aku tak buang juga, maknanya perut aku akan berasa sebu. Dah tau sangat dah.

Alhamdulillah…. pukul 2.00 hingga pukul 3.00 pagi, perut aku memulas-mulas. 4 kali aku keluar masuk tandas, sampai dah takde tenaga lagi dah… syukur sangat, sebab bangun Subuh badan terasa ringan. Kalau tak, memang leceh…
So kengkawan, aku just nak buat kesimpulan yang semalam bukanlah satu permulaan yang baik. Bermakna hari ini perlu ada peningkatan. Cuaca pun baik.. so bolehlah jogging dan buat exercise kardio apa yang patut hari ni. Tempat tak boleh di beritahu… sebab aku tak nak sesiapapun di JB yang membaca entri ni datang join aku.

Yup, aku paling benci bila masa aku bersenam terjumpa/terserempak pulak dengan orang yang aku kenal… nanti mulalah berbual. Masa di gym pun dulu aku avoid untuk pergi sama waktu dengan member yang lain. Ada je benda yang nak dibualkan. Kang kalau tak layan, nanti orang cakap sombong.

p/s; harap hari ni mood aku akan happy bila dapat berjogging… dan buat sket exercise.

Artikel berkaitan:
10 sukan berkesan untuk penurunan berat badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *