Giant Teluk Intan!!! Tolong Sediakan Paip

Kali ni biarlah aku bercerita, kisah ni jadikan tauladan supaya ianya dapat menjadi pengajaran dan iktibar. Walaupun nampak seakan – akan remeh tapi jika tidak dibendung akan datang masalah yang besar. Mungkin tidak bagi sesetengah individu, tetapi bagi sesetengah individu lagi amat memerlukan. Semuanya berkaitan dengan kita dan hak kita sendiri sebagai pengguna.

giant logo
giant logo

Apa yang dipaparkan bukanlah dongengan semata – semata tetapi sebuah kisah yang benar – benar terjadi, selalu aku akan bercerita mengenai masalah – masalah rakan – rakan atau sahabat – sahabat yang mengadu atau mendengarkan masalah mereka pada aku, tapi sekali ini biarlah aku bercerita mengenai apa yang berlaku ke atas aku, dan aku pulak tak mengharapkan sebarang simpati, kerana bagi aku perkara lepas biarlah lepas bukan sekadar melepas batuk ditangga..

Korang tau kat mana tempat diatas tu? hah! ni lah dia Giant Teluk Intan, tempat baru aku selalu beli barang – barang dapur sekarang ni, kalau keluar rumah je mesti anak akan tanya ” Abah! abah nak g giant ke?” Lalu aku balas pertanyaan anak dengan jawapan biasa ” tak. abah nak pergi work” “abah nak g work ke?’ tanya anak aku yang berumur 2 tahun tu, “abah nak g work kan!”, ” nanti abah work ye”.. banyak pulak tanya dia .. Last – last aku tanya dia balik ” qimie nak ikut abah g work ke?” (aku pulak yang terikut pelat dia) “tak naklah!” sahut dia… padahal kalau aku hulurkan tangan mau dia ikut aku tu. Hakimi memang macam tu, aku kalau bawak dia jalan2 di pusat membeli belah tak risau apapun, sebab dia tak ada minta – minta, kalau dia tengok permainan motorsikal kuasa letrik tu dia akan cakap ” abah! motor power” aku pun saja menyakat dia balik ” qimie nak ke?” dan aku dah pasti jawapan dia apa ” taknaklah bah” hahaha.. tu sebab aku berani tanya.. walau sebenarnya dia nak.. Jadi sebenarnya qimie tu nama anak dan blog ni di ambil sempena nama anak aku ni tadi.. Muhammad Amirul Hakimi , dan hakimi ada adik sorang lagi bernama Nur Amni Hadhirah bt Nor Azhari. Oppps dah off topic pulak ni..

Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas aku pergi ke Giant ni bersama – sama dengan anak – anak dan juga isteri yang tercinta, Nak beli kolam mandi plastik untuk anak – anak nak main air, maklumlah earning daripada NUFFNANG baru sampai jadi saja nak belanja anak dan isteri, sambil – sambil dah sampai Pasaraya Giant ni apa lagi, nak beli barang dapur le jawapnya..

Aku dan keluarga pergilah mencari kolam tu..dan jumpa harga dia dalam 12 ringgit apaa, tak pasti pulak aku, tengah syok ronda tiba – tiba perut aku sakit.. kata orang perak ‘nak ke ayor’, sakit sangat pulak perut aku dan yang pasti aku taknak melepaskan hajat di giant ni, sebabnya aku pernah terkena dulu, masa tu Giant teluk intan ni baru bukak, aku pergi sana tau – tau paip air takde, boleh lah aku bertolak ansur, sebab baru le katakan, ‘berambat aku lari pergi McD berhampiran’ sampai sana kena beratur pulak.. tak pasal2.. agaknya ramai yang sakit perut masa tu kot..

Aku pun cakap kat orang rumah aku suruh cepat sikit, tapi dia nak pergi beli barang dapur jap, aku pulak dah terkulat 2 kat situ, hidup atau mati aku mesti bertindak.. nak atau taknak aku terpaksa pergi.. aku pun pergi toilet yang disediakan, korang tau apa yang aku nampak? rujuk gambarajah dibawah :-

– Korang tengok! korang nampak sendiri.. usahkan pili getah, timba dengan cedok pun tak disediakan.. macamana pusat membeli belah yang besar macam ni tak boleh menyediakan prasarana yang lengkap.. ni penting ni.. aku yang sakit perut angin satu badan, kalau dulu bolehle kata baru, tapi sekarang dah berapa bulan? Kalau kerje gomen orang kata dah kompom dah.. aku terus tak selera tengok macamni.. Apa Giant Teluk Intan tak bagi orang buang air ke? apa pun takda! apa gila nak menonggeng kat situ.. ngarut – ngarut.. paip pun tak boleh sediakan ke? Aku tak ada nak komplen – komplen.. ambik gambo tulis dalam blog je.. Giant Teluk Intan Tolong Sediakan Paip dekat Tandas Anda… kalau tak boleh juga tolong sediakan batu atau kertas recycle.. boleh le instinjak.. apada kompeni besor macam ni.. benda ni pun tak boleh sediakan..

Aku pun telefon orang rumah suruh bayar apa yang dah ambik, jom balik.. menyampah aku… benda macam ni pun dah berbulan tak ada.. Tapi bukan semua Giant macamni.. aku duduk pulau pinang, giant tu punya toilet tidur pun boleh, dah le bersih, aircond lagi, kipas lagi memang best dan selesa aja giant penang tu.. tak macam Giant Teluk Intan.. Orang nak buang air besar pun tak bagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *