Web Analytics
Farm In The City

Farm In The City : Tempat Menarik yang Wajib Dikunjungi

Semalam, saya mempunyai kesempatan untuk mengunjungi satu lokasi yang baru dan cukup menarik untuk dilawati. Tempat ini adalah Farm In The City yang terletak di kawasan Seri Kembangan di Selangor.

Tempat ini merupakan satu zoo mini yang hanya ada di Seri Kembangan. Mengikut informasi yang saya dapat semalam dari salah seorang pekerja di zoo tersebut, Farm In The City baru beroperasi pada tahun 2013. Untuk pengetahuan anda, tempat ini terletak di Prima Tropicana, belakang Giants Seri kembangan.

Ia merupakan satu tempat yang sesuai untuk semua orang terutamanya keluarga dengan anak-anak kerana anda boleh mempunyai peluang untuk interaksi rapat dengan haiwan dengan memberi makanan kepada mereka dan membelai haiwan-haiwan itu pada masa yang sama.

Farm In The City
Farm In The City
main entrance
main entrance

Jika anda ingin memasuki ke zoo ini, anda perlu beli tiket masuk terlebih dahulu. Kadar bayaran dikenakan adalah cukup murah dan berpatutan.

Jika untuk orang dewasa, bayaran yang dikenakan adalah RM30.00 , manakala kanak-kanak adalah RM25.00 dan warga emas adalah RM25.00 bagi pemegang Mycard.

Jika anda bukan warganegara Malaysia, bayarannya tidak sama seperti pemegang Mycard. Bagi dewasa adalah RM48.00, kanak-kanak RM38.00 dan warga emas RM38.00.

Pekerja di zoo ini memang ramah habis dan sedia membantu anda buat bila-bila masa sahaja. Jadi, anda pasti tidak kekok bila beradad di dalam zoo tersebut.

Farm in the city 3
Farm in the city 3

Aviary Burung

Salah satu tempat kegemaran orang ramai di dalam Farm In The City ialah Aviary Burung. Sebab anda boleh memberik makanan kepada burung-burng yang terbang di sekitar sini.

Anda boleh letak makanan di telapak tangan anda dan burung-burung itu akan terbang ke atas telapak tangan anda dan makan makanan yang ada di atas.

Tetapi bagi peringatan anda bahawa terdapat sesetengah burung yang mempunyai cakar yang agak tajam (terutamanya burung yang lebih besar). Jadi anda mungkin akan rasa sakit apabila paruh burung itu kena dengan telapak tangan. Ini tidak akan jadi masalah selepas anda sudah membiasakannya.

burung nuri
burung nuri

Konsep zoo yang diterapkan oleh pemilik Farm In The City ini adalah berkonsepkan zoo terbuka. Jadi, anda boleh memegang dan membelai haiwan di dalam dengan diawasi oleh pekerja zoo tersebut.

Anda jangan risau, zoo ini tidak mempunyai haiwan liar seperti harimau, gajah, singa dan haiwan liar yang lain. Jika anda datang tepat pada waktunya, anda boleh melihat pertunjukkan burung kakak tua.

Haiwan di sini memang jinak. Yang menariknya, anda boleh melihatnya dengan lebih dekat. Haiwan-haiwan di sana yang boleh anda jumpa adalah seperti rusa, kancil, kambing, itik, pelbagai spesis burung, Kanggaro, Labi-labi, kura-kura, arnab dan macam-macam lagi. Selain itu juga, anda boleh juga menunggang kuda.

apa binatang ini
apa binatang ini

Tahap kebersihan pada zoo ini memang ada pada tahap yang terbaik pada pandangan saya. Restoran dan cafe juga terdapat dalam zoo ini. Jadi, jika anda kelaparan sewaktu bersiar-siar di dalam zoo tersebut, bolehlah singgah sebentar di cafe tersebut.

Anak saya suka dengan keadaan zoo ini. Sambil melihat haiwan pertama beliau sambil itu juga beliau dapat belajar dan merasa haiwan yang berada di hadapannya. Pengalaman anak saya untuk memberi makanan kepada haiwan cukup membuatkan beliau begitu teruja. Saya tidak sempat untuk merakam video pada waktu ini tetapi gambar yang saya ambil sudah dapat membuktikan zoo ini cukup menarik.

Beri Makanan Kepada Kura-Kura

Apabila anda masuk ke dalam zoo, tempat pertama yang dapat anda lihat ialah kawasan kura-kura. Anda boleh nampak kura-kura yang bersaiz besar jika anda pijak masuk ke kawasan yang dekat dengan haiwan itu.

Kura-kura itu akan berjalan ke arah anda jika mereka merasakan anda ada pegang makanan dan sayuran di tangan anda. Bagi makanan untuk dimakan oleh kura-kura boleh menjadi satu perkara yang amat menyeronokkan biarpun kanak-kanak atau orang dewasa.

kura kura
kura kura

Tangkap Ikan di Longkang

Ini merupakan tempat yang disukai oleh semua kanak-kanak. Boleh anda bawa anak anda untuk menangkap ikan di ‘longkang’ di dalam zoo ini.

Dulu semasa kecil, kita memang biasa untuk menangkap ikan di sungai di kampung kita. Tapi dengan kehidupan moden di bandar sekarang, terdapat banyak kanak-kanak sudah tiada peluang untuk merasai pengalaman sedemikian.

Jadi dengan kewujudan zoo ini yang menyediakan longkang tangkap ikan, maka kanak-kanak berpeluang untuk membuat aktiviti yang dibuat oleh kita semasa kecil, Kan ini satu kenangan yang baik dan juga satu aktiviti yang banyak dinikmati oleh semua orang. Bagus sangat.

Jadi, jika anda mempunyai kelapangan untuk mengunjungi Farm In The City ini, saya mengesyorkan anda untuk habis jalan tempat ini. Tempat ini masih belum dikenali lagi tetapi sudah dikunjungi oleh ramai orang tempatan setakat ini. Sebelum balik, anda boleh mendapatkan cenderahati sebagai satu kenang-kenangan untuk anda kunjungi di tempat ini.

Lokasi
Lokasi

Waktu Operasi :

Isnin : 10am till 6pm
Selasa : Tutup
Rabu – Jumaat : 10am hingga 6pm
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah / Public Holidays : 9.30am hingga 6pm

Video dari Seorang Pengunjung :

Artikel berkaitan:
Padang MPK 1 Kuantan – Lokasi Berbuka Puasa Menarik

Leave a Comment