Elakkan Dicop Sebagai Blogger Sombong

Sebenarnya sudah lama bagi saya fikirkan untuk taip entri dengan tajuk ni. Kisah ni ada berlaku ketika saya mula nak tahu dengan lebih dalam lagi mengenai bidang blogging ni.

blogger sombong

Pada masa tu pengetahuan saya tentang blogging memang kosong dan saya langsung tidak tahu macam mana nak ada blog sendiri.

Jadi saya selalu membuat carian di internet untuk dapatkan informasi untuk belajar sendiri macam mana untuk membina blog sendiri. Selalunya sebagai seorang pembaca yang senyap, memang saya tak akan beri komen atau membuat apa-apa pertanyaan bila singgah baca di sesuatu blog yang saya minat.

Blogger Baru, Blogger Lama

Saya lebih suka merujuk informasi atau tips dari blog baru atau blog yang tidak terlalu menonjol, kira duduk bawah tanahlah. Blog yang popular pun saya masuk juga.

Selalunya apa yang saya nak cari saya boleh dapat cari di blog yang kita gelar bawah tanah ni berbanding dengan blog yang sudah banyak berpengalaman dan popular.

Sebabnya blog yang berpengalaman atau popular ni tentulah basic tips blogging mereka sudah tulis dengan masa yang lama yang mungkin sudah 2 atau 3 tahun lepas, bayangkan berapa lama pula kita nak buat carian.

Terdapat juga blog yang memang popular tetapi keyword entri tips untuk blog mereka tak ada di page hadapan di Google. Itu merupakan kelebihan Google rank, apa yang orang akan search paling kuat pun sampai ke page 4 saja. Ini adalah berdasar pada teori sayalah sebab saya pun cari macam tu saja.

Salah Ke Bertanya?

Lebih kurang setahun yang lepas, saya ni memang naive pasal tip dan cara blogging ni, jadi saya ada search keyword tentang Blogger Baru dan Blog Baru. Memang tidak dinafikan terdapat banyak betul keyword ni yang wujud di Google. Maka untuk belajar tentang subjek ini, satu-satu link saya asyik klik saja dan baca.

Dengan tengah klik dan belajar, saya dapat sampai ke satu blog dan terbaca tentang tip untuk blogger baru di salah sebuah blog yang berpengalaman.

Blog Yang Berpengalaman Macam Banyak Sombong

Dalam entri itu admin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap blogger baru yang terlalu banyak bertanya itu dan ini tentang bab blogging ni. Katanya walaupun seseorang yang baru belajar untuk blogging, dia mestilah berusaha untuk mencari sendiri maklumat-maklumat yang diperlukan untuk memulakan penulisan blog dia. Cara admin tu menulis macam tension pun iya juga.

Saya nak tanya, salah ke kalau orang yang baru nak belajar dan bertanya atas pertanyaan yang macam pelajar sekolah rendah? Sebagai blogger baru memang terdapat banyak benda yang kita tak faham walaupun baca dengan berulangkali di blog yang berpengalaman dalam mengajar cara untuk membina blog.

Otak manusia ni lain-lain ada yang terlebih bijak, sederhana bijak dan kurang bijak, ditambah lagi bidang blogging ni ada bermacam kod, tips yang agak memeningkan juga.

Jika menjadi kesalahan, maka apa gunanya blog berpengalaman ini menyediakan ruangan contact form dan komen siap ada love tu untuk orang tanya dan komen? Saya rasa berkongsi ilmu adalah suatu perkara yang baik dan walaupun anda merupakan seorang pakar dalam satu bidang, anda pun mesti selalu rendahkan diri tanpa berlagak kuat.

Saya ada banyak baca blog luar dan blog yang tidak kurang popular juga. Kalau tengok di ruangan komen mereka banyak yang bertanya itu dan ini, tapi relax saja admin jawab dengan penuh lengkap tanpa panggil orang yang buat pertanyaan ini untuk cari jawapan sendiri.

Di blog Tun Dr. Mahathir Muhammad Perdana Menteri kita, lagi banyak orang komen dan tanya. Pernah saya baca satu soalan dari seorang budak sekolah, Tun Mahathir siap buat satu entri menjawab pertanyaan budak tu. Kalau saya akan merasa bangga, bukan senang seorang yang berpengaruh dan terkenal macam beliau tulis pasal kita.

Jangan Kedekut Ilmu

Kita tak tahu dengan siapa kita berkongsi ilmu, mungkin orang tu bukan seorang pakar dalam bidang ni, tapi genius dalam bidang lain, apa salahnya kita berkongsi ilmu kita dan belajar bersama-sama dari sana.

Alhamdulillah antara kenalan blogger saya tak ada seorang pun yang berlagak dan sombong tak tentu hala, ada tu saya akan tanya satu saja. Nah ambik kau panjang lebar detail mereka bagi siap tutorial lagi. Terima kasih diucapakan bagi mereka blogger yang sanggup habiskan masa untuk berkongsi ilmu mereka dengan orang lain.

Sebagus dan berjaya manapun kita jangan sesekali sombong dan kedekut ilmu. Semenjak tu sekiranya saya nak tahu apa-apa saya akan bertanya pada seorang sahaja rakan blogger yang sentiasa tak jemu menjawab pertanyaan saya.

One Comment on “Elakkan Dicop Sebagai Blogger Sombong”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *