Elakkan 4 Perkara Ini Jika Nak Hidup Lama Dalam Dunia Penulisan Blog

Berapa ramai daripada penulis blog tanahair yang boleh bertahan dengan hanya bergantung kepada artikel cakap tidak serupa bikin? Percayalah.. lama-kelamaan pasti akan menuju ke pintu kegagalan jua. Saya sudah biasa melihat bagaimana penulis blog jatuh tersungkur kerana mengamalkan 4 perkara di bawah.

penulis blog
penulis blog

1. Menipu

Telinga saya sudah cukup lali dengan segala cerita penipuan di internet. Dari yang seremeh info sehinggalah kepada yang sepenting wang, semuanya sudah silih berganti, keluar dan masuk di dalam telinga saya. Oleh yang demikian saya menolak untuk membincangkan lebih lanjut penipuan dari sudut itu, membuang masa.

Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah penipuan bahasa yang dilakukan oleh sesetengah penulis blog. Salah seorang yang bertuah dan berjaya menarik perhatian saya ialah penulis blog wanita yang hangat diperkatakan kini dan kononnya terlibat dengan konspirasi Cik Nurl Fida Aishah Umaira. Menarik!

Kononnya bahasa yang digunakannya cukup indah dan memukau pembaca. Membuka pintu hati untuk mengunjungi blog keramat yang dikatakan seorang penulis melayu sejati. Lagi menarik, memang kena dengan selera saya.

Maka saya pun mencuri masa hampir 5 jam untuk membaca keseluruhan artikelnya. Jawapan saya? Macam meriam buluh. Tidak seindah nama. Tutup lutut terbuka pusat, lepas kaki leher terjerat.

Sungguh ini yang dikatakan dengan keindahan berbahasa, di mana caca marbanya jelas bergantungan di segenap penjuru? Indah sangatkah bahasa pada telinga ayam bila bangsa sejenisnya berbicara dengan bahasa yang diselang-selikan dengan bahasa itik?

Atau indahkah bahasa bila ayat slanga memenuhi hampir keseluruhan ruang bicara? Jangan taksub kawan-kawan, anda sebenarnya sedang memperlekehkan bahasa, itu persepsi jumud warisan sekular! Bila mana ayat-ayat cinta murahan juga boleh ditukar kepada harga diri.

Manipulatif!

Mungkin sebab itu semakin ramai anak muda yang sesat dalam kehidupan hanya kerana terlalu mudah jatuh ke dalam longkang permainan kata-kata. Cukup sekadar disuntik sedikit rasa dan bunga-bunga bahasa, terus rabun menilai yang mana intan yang mana kaca. Akhirnya diri sendiri yang menjadi mangsa permainan kata-kata.

2. Munafik

Selalu sangat saya terjumpa dengan orang seperti ini, dia kata jangan itu jangan begini, ‘tak baik, tak boleh’. Tapi yang peliknya dia sendiri sedang menuju ke jalan itu! Tidak perlu menunggu masa yang lama untuk melihatnya, dia sendiri akan melompat masuk ke dalam lubang yang digali.

Tidakkah itu menunjukkan kedangkalan sendiri. Beriya-iya memberi teguran, nasihat dan pelajaran tapi sebenarnya diri sendiri masih memerlukan benda yang serupa.

3. Terlalu mengutuk

Ini rahsia penulisan terbesar yang akan saya ulas dalam artikel selanjutnya, artikel mengutuk. Tahukah anda artikel mengutuk sebenarnya adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menaikkan jumlah pelawat blog? Betul! Pembaca kita sebenarnya sangat dahagakan artikel yang mengandungi ayat-ayat kutukan berbanding tulisan biasa.

Lihat sahajalah bagaimana larisnya blog-blog hiburan yang mengandungi artikel provokasi berbanding blog biasa. Bagai langit dengan bumi. Tetapi satu yang perlu anda ingat, bila terlalu banyak mengutuk, artikel akan menjadi semakin klise seterusnya membosankan pembaca.

Seperti mana yang pernah saya ulas dalam artikel saya yang bertajuk 6 kesilapan semasa menulis blog. Nasihat saya, pandai-pandai memanipulasikan perbuatan mengutuk agar lebih berat kepada menyindir.

4. Pentingkan wang, traffik dan nama

Sedih apabila mengenangkan penulis yang menjadi hamba kepada ketiga-tiga benda ini. Semuanya akan berbalik kembali kepada 3 perkara di atas. Kerana pentingkan wang penulis sanggup menipu, kerana pentingkan traffik penulis sanggup mengutuk dan kerana inginkan jenama laris seperti pisang goreng sanggup menjadi munafik.

Pokoknya mereka menulis hanya kerana berpaksikan kepada satu, memenuhi tuntutan pembaca kita yang pelik. Pembaca yang taksub kepada penulis blog yang beranking tinggi. Sedangkan hasil tulisan cumalah benda-benda remeh yang berlaku di persekitaran.

Paling lucu bila melihat gelagat pelawat yang begitu teruja menikmati sogokan cerita buffered earning yang tidak berkesudahan. Sehinggakan ruangan komen pun saya rasakan sudah bertukar seperti ruangan khusus untuk aktiviti bodek-membodek. Alahai… alangkah murahnya harga seorang penulis blog sekarang ini, semurah RM0.25?

Saya bukannya menahan lukah di pergentingan, niat saya ikhlas untuk berkongsi pandangan. Lagi pun saya tidak mengaitkan mana-mana penulis dalam artikel ini, kecualilah isi yang pertama sekali. Sebabnya saya merasa amat tercabar untuk memperbetulkan maksud ‘bahasa yang indah’ kepada mereka yang jauh tersasar.

Satu lagi, khusus buat mereka yang gamak mengatakan “Orang yang kuat ‘bercakap’ ni biasanya cakap je ada, habuk tarak.” berulangkali dalam blog, satu pesan saya, cuba tanya kepada diri sendiri kenapa culas untuk mengambil iktibar daripadanya?

Belajar mempraktikkan apa yang ditulis terlebih dahulu, kalau pun tidak larat, cukuplah mengambil mana yang termampu. Selepas itu barulah memberi nasihat kepada pembaca.

Dengan demikian orang lain bukan sahaja akan hormat kepada anda, justeru menjadikan anda sebagai idola mereka. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Artikel berkaitan:

One Comment on “Elakkan 4 Perkara Ini Jika Nak Hidup Lama Dalam Dunia Penulisan Blog”

  1. Saya hanya lewat untuk mengirim salam. Salam rindu! Admin sehat2 saja ‘kan? Lama tidak update blog, tidak menulis tanggapan koment para pengunjung sahabat. Juga di blog2 yang biasa admin kunjungi tidak nampak jejaknya. Saya pikir ada kejadian di dunia nyata sehubungan dengan publish artikel terakhir tentang 4 perkara yang harus dihindari. yaitu gangguan telpon, sms dan sejenisnya. Atau juga “serangan” lewat email? Saya baca komentar artikel ini semuanya bernada mendukung, hanya satu yang bernada “miring”. Saya perkirakan blogger yang merasa tersinggung atas ucapanmu tentu kebakaran jenggot. Tetapi ia bagusnya tidak komentar langsung di blogmu. Sehingga tidak terjadi “perang terbuka”. Sedangkan kalau malah terjadi “psy war” malah membuat tidak nyaman admin dengan keluarga. Terus terang saya memang belum bisa menilai asal muasal artikel yang dijadikan polemik. saya hanya membaca sepenggal ungkapan/statement di blog ini. Tetapi sampai sekarang saya belum bisa membaca di sana.

    Apapun yang dimasalahkan artikel-artikel di sini saya nilai positif untuk mengajak blogger2 untuk melakukan hal yang benar sesuai ukuran umum. Sebenarnya itu mengajak kita semua untuk menjadi blogger yang BEBAS BERTANGGUNG JAWAB. Itu tidak lain penanaman kode etik blogger/blogging yang sebenarnya. Begitu saya mengenal dunia maya saya belum pernah baca usaha2 ke arah itu. Ini saya dambakan.

    Kesimpulannya: iktikad admin menulis artikel2 semacam itu adalah bermanfaat untuk kita semua. Bukan menggurui bukan mengutuk. Apabila ada blogger yang tersinggung dan reaksi keras itu wajar di dunia ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *