Dari Seorang Kekasih Menjadi Adik

Hari ni aku nak pergi mana ye?.. macam tu lah yang aku fikirkan lepas maghrib tadi.. ingat nak keluar pergi pasar malam.. saja berjalan – jalan.. bukan apa.. selalu sangat shopping dekat butik Levis, Padini, Polo, adidas dengan timberland kadang – kadang boring juga.. sesekali nak juga merasa suasana sesak di pasar malam..

Window shopping dekat pasar malam sambil memerhati gelagat orang kadang – kala menyeronokan juga.. boleh bagi ilham.. bagi idea.. ada juga benda nak ditulis dekat dalam blog yang tak seberapa ni.. Aku pun sampai di satu tapak.. ada jual dvd cetak rompak.. aku pun menjenguk.. betullah.. macam – maca cerita ada.. camne lah lanun ni boleh lepas.. dalam hati aku terdetik..

kekasih

Aku pun jalan lagi.. dari satu gerai ke satu gerai.. macam blog walking.. dari satu blog ke blog yang lain.. tiba – tiba bahu aku ditepuk dengan kuat dari belakang.. nyaris – nyaris aku tak buka langkah yang ayah aku ajar.. kalau tak tak tau le apa yang akan terjadi..

Rupa – rupa member aku, shah!!! kemudian dia mengajak aku minum kat restoran.. kebetulan lah pasar malam tu berhampiran denga rumah aku.. aku pun cakap kat shah.. “aku tumpang kau lah” “settt.. ” kata member aku tu.. “mana keta kau shah” ” tu dia.. warna putih tu”.. pergh.. mamat ni pakai type r 2.0 ni.. dahsat.. lama tak jumpa.. mampu dah pakai kereta macam ni.. dahsat…

Sampai kat kedai.. biasala order.. aku pulak kenyang.. jadi aku order air oren je.. sembang lah kami macam biasa.. kawan yang dah lama tak jumpa.. tengah syok sembang member aku bukak cerita.. cerita apa?

Oh ye.. betul tu.. korang pun dah pandai.. cerita pasal awek lah kan.. pasal apa lagi.. biasa lah lelaki.. kalau dengan kawan2 macam dah takde rahsia.. “oh ye! kenapa?” aku tanya.. terus mood dia pun berubah.. berubah mood ye.. bukan berubah mode nak jadi transformer ke apa ke.. hehehe..

“Macam ni” shah memulakan bicara.. ‘ aku dulu ada sorang awek, memang aku dah tangkap cintan dengan dia… dia pun suka kat aku.. suka sama suka.. cam gitu – gitu tu.. (sambil buat gaya macam apek) ‘ish budak ni’ terdetik dihati aku.. tengah elok aku serius dia buat lawak pulak.. shah meneruskan ceritanya..

Memang aku suka sama suka dengan dia.. aida nama budak nya.. manis, cantik.. sopan, aku memang suka kat dia.. dah takde orang lain dah dalam hati aku, perasaan kasih dan sayang aku ni hanya untuk dia je… aku pun ambil keputusan.. nak bawa dia balik ke kampung.. jumpa dengan mak ayah aku…

Dengan berbekalkan honda civic type r aku ni.. sambil tu aku angguk juga.. aku bawa balik aida ni ke rumah aku.. dari kuala lumpur ke teluk intan.. rasa sekejap je dah sampai.. kata member aku tu.. mungkin hati aku gembira sebab nak bawak bakal menantu untuk emak aku.. tu yang rasa kejap je tu.. emmmmm mana taknya.. memang keta tu laju.. tersirat di kepala aku..

Sabtu malam Ahad.. aritu mak aku pun tanya – tanya lah bakal menantunya tu.. keluarganya.. nama maknya, nama ayahnya.. duduk dekat mana.. dan aku yakin memang mak aku suka dengan pilihan aku, tiba – tiba aku tengok muka mak aku berubah.. sambil beristifar banyak kali.. apahal pulak orang tua ni… lepas tu mak aku pun panggil aku..

“Shah!!!..” “ye mak”.. betul ke ko nak kawen dengan aida?” “ye mak” emmm tak boleh syah.. mak tak bagi.. “eh.. kenapa mak?” aku dah mula risau.. apahalnya.. tadi bukan main seronok.. aida ada buat silap ke?.. ” korang tak boleh kawin” tapi kenapa mak?.. aida pun terkejut.. aku lagilah terkejut.. kata shah pada aku…

Rupa – rupanya aida tu adik susuan aku.. dulu keluarga aku duduk di kl sebab ayah aku kerja disana.. sampai lah dia dapat pindah ke taiping dulu” kata shah.. “emmm.. cukup syarat ke dia jadi adik kau shah?” aku yang tak berapa nak pandai ni bertanya..” kalau tak silap aku bayi mesti kurang umur dari 2 tahun.. dan 5kali susuan sehingga kenyang. (betulkan aku sekiranya salah ye)

Dua minggu dia duduk dengan mak aku.. masa tu mak aku menyusukan adik aku.. umur dia pun baru 9bulan… aku tengok shah mula dah sedih.. “aku sayang dekat dia jie”.. “nasib baik orang tua kau hidup lagi shah”.. aku pun tak tau nak cakap macam mana.. dari seorang kekasih jadi seorang adik.. ” sabar je lah.. mungkin ada hikmahnya” sambil tu aku sedut air oren aku yang dah kurang sejuk sebab dengar cerita sedih shah.. slruppppppp…..

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *