Cuti-Cuti Malaysia Naik Keretapi

Kali terakhir aku naik keretapi tahun 2003 dulu. Masa tu aku tengah mengaji di UiTM Pahang. Ni keretapi yang betul² keretapi, bukan komuter tau. Lokasi percutian tak jauh Kluang je, tapi yang menariknya pengangkutan yang digunakan – keretapi. Tak la jakun mana, cuma sekadar nak jalan2 melihat alam sambil bawa sang isteri untuk maternity shoot. Best kan, kau ada? haha.

keretapi malaysia

Masa perancangan awal agak rumit juga dan hampir² cancel. Mana taknya. Bila tangok jadual e-tiket di Keretapi Tanah Melayu (KTMB), banyak tiket yang dah habis untuk perjalanan JB Sentral ke Kluang. Plan awal nk bertolak pagi dan balik dalam lepas tengahari je la. Agak kecewa juga.

Lepas berbincang balik, plan ditukar. Aku cadang nak naik daripada Setesan Kulai pula. Alhamdulillah, tiket masih banyak. Jadi aku tak la risau, esoknya boleh beli on the spot.

Mengikut jadual, keretapi tiba di Stesen Kulai jam 0940, jadi kami gerak awal kira² 0830. Jalan tak banyak kereta sebab hari Sabtu, orang masih membungkus atas tilam kot. Sampai di stesen Kulai, nasib baik tiket pergi dan balik Kulai-Kluang masih ada. Aku sambar untuk 2 orang. Tak mahal sangat rasanya. Untuk ke Kluang hanya RM2 seorang dan untuk balik ke Kulai hanya RM12 seorang. RM30 habis untuk tiket keretapi, kira ok la kan daripada naik kereta, penat lagi, minyak lagi.

Kami bertolah jam 0945 dan tiba di Stesen Kluang jam 1030 lebih kurang. Pengalaman yang menarik sepanjang perjalanan ke Kluang, pemandangan menarik dan sempat juga berhenti di Stesen Renggam dan Layang-layang untuk naik dan turun penumpang. Sampai² je kat Kluang, terus sarapan sekejap kat warung berdekatan. Teringin juga nak ke Railway Coffee [yang terkenal dengan kopi dan roti bakarnya] tapi sebab ramai, niat terbatal dan warung berdekatan kami kunjungi.

Selesai sarapan, destinasi seterusnya jalan3 tanpa hala tuju di Bandar Kluang. Aku pun tak berapa familiar dengan Bandar Kluang ni. Cari Kluang Parade, menjaja untah ke mana². Tapi tu la, malu bertanya sesat jalan, alhamdulillah Kluang Parade yang tak seberapa jauhnya tu berjaya juga kaki kami menjejakinya. Tak cari apa sangat la. Selain dompet comel berjaya dibeli kami cuci mata dan makan di KFC dalam Kluang Parade tu.

keretapi

Sambil² berjalan ke sana ke sini tu sempat la bergambar untuk maternity sang isteri tu. Dia model, aku jurugambarnya. Seronok juga. Sebelum menunggu keretapi sampai jam 1450 tu, sempat juga kami photo shoot kat area Stesen Keretapi Kluang tu. Sekadar kenangan di hati. Cheewah.

Jam 1455 keretapi tiba, kami pulang dengan senang hati dengan pengalaman yang sedikit untuk cuti2 malaysia ke Kluang. Tapi untuk gambar maternity, boleh tahan banyaknya. haha. Sernok sebenarnya sekali sekala makan angin ni. walaupun dekat, tapi pengalaman tu agak menarik untuk dikenang. Disebaliknya juga, dapat juga menjana pendapatan masyarakat setempat kan. Jadi, jangan malas sangat la bercuti bersama keluarga. Walaupun dekat destinasi pelancongan tu, yang paling penting harapan agar hubungan kekeluargaan tu akan berpanjangan selamanya.

Semasa on the way pulang ke rumah tu, idea gila muncul tiba² – Jom pergi cuti di Melaka, Nak?

Artikel berkaitan:
Melawat ke i-City di Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *