Cuti-Cuti di Melaka

Dengan mengunjungi ke Melaka, saya jadi ingat dengan sejarahnya. Tempat ini merupakan sebuah tempat yang sangat penting di masa itu dan sekarang pun juga tetap penting dan memiliki nilai sejarah yang tinggi.

Hari ke 2 kami masih lagi berada di Melaka. Kali ni masa untuk saya pergi bersiar-siar sambil bawa anak-anak melihat Bandaraya Melaka. Memang banyak berubah berbanding dengan tahun dimana saya mula-mula sampai pada tahun 1996.

Untuk pengetahuan, saya pernah bekerja di sebuah resort di Pulau Besar Melaka selama 8 bulan. Pada masa itu masih muda belia, bila salah seorang dari senior kami naik pangkat, dia mempelawa kami untuk bekerja dalam F&B tim nya.

Fenomena ni memang biasa berlaku di kalangan pekerja hotel. Kalau nak pengalaman lebih, kena cari sendiri, sebab pengalaman itu nanti yang akan membantu kalau kita nak mintak mana-mana kerja dalam bidang perhotelan. Biasanya yang ditanya dulu adalah pengalaman, bukan sijil, diploma atau degree. Jadi sekarang tak perlu pergi jauh-jauh, pengalaman masa muda belia banyak membantu.

Ok lah dah banyak membebel, tempat pertama kami tuju adalah Mahkota Parade. Kami pergi ke sana bukan untuk dengan tujuan shopping, tapi apa yang kami nak buat hanya nak letak kereta sebab kawasan sekitar dah penuh dengan kereta. Walaupun masih pagi lagi, orang dah ramai mula masuk ke sini. Memang rancak aktiviti ekonomi di sini. Kalau jual air pun insyallah boleh dapat dua tiga ratus sehari.

Dari Mahkota Parade kami menyusuri Jalan Merdeka hingga ke Medan Samudera. Kalau nak tahu Medan Samudera adalah tempat untuk membeli buah tangan. Seperti biasa belacan, cincalok dan kuih-kuih tradisional banyak terdapat di sini. Tapi ada satu tarikan utama kat depan Medan Samudera ni, Kapal Portugis yang dah tersangkut akibat disumpah oleh Hang Tuah 🙂 – cerita dongeng.

kapal portugis
kapal portugis

Dari Medan Samudera kami menyusuri ke jalan tepi sungai. Air sungai kat sini memang dah hampir bersih, walaupun tak boleh mandi tapi boleh nampak air nya dah mengalir, kalau dulu air tersekat dan berbau busuk. Kami menyusuri hingga ke Kincir Air Zaman Kesultanan Melaka.

air sungai

harper's

kapal atas sungai

Bila dah penat berjalan apa lagi singgah menyendol kat pokok besar. Macam-macam jenis cendol ada, bila makan cendol teringat kat Cikgu Titan :).

peminat cendol

ramai peminat cendol, kena tunggu meja kosong

tokey masyuktersenyum tokey masyuk!

Lepas menyendol, kami lepak depan Victoria’s Fountain sambil tengok gelagat pengayuh beca mencari pelanggan. Paling tak boleh tahan ada beca gangnam style. Dorang pasang lagu kuat-kuat sambil keliling kawasan sekitar :).

tukang becaTukang beca sedang menunggu pelanggan. Beca sekarang dah macam gerai berhias.

Masing-masing dah letih, dalam perjalanan balik ke tempat parking kereta sempat singgah dan masuk dalam kapal Portugis.

Saya teringin nak menyusuri sungai Melaka, terasa macam ada kat Venice tu.

A Famosa Resort di Melaka

Ketika pergi bercuti ke Melaka tempoh hari, tempat pertama yang kami sekeluarga pergi lawati ialah A’ Famosa Resort Malacca.

Di A’ Famosa Resort terdapat 3 taman tema utama, iaitu Safari Wonderland, Water Theme Park dan Cowboy Town. Namun kami hanya berminat untuk melawat Safari Wonderland sebab masa terlalu ketat bagi kami untuk kunjungi semua tempat tu.

kerbau zoo melaka

Dengan menaiki trak kami di bawa mengelilingi safari untuk melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat.

Terdapat pelbagai jenis haiwan dan yang menjadi tumpuan sepanjang perjalanan ialah harimau, singa, unta, zirafah dan kuda belang. Teringin juga untuk kami ingin menunggang kuda padi tersebut , tapi kami tidak berapa yakin lagi dengan membawa anak-anak kami yang masih kecil lagi. Jadi tidak jadilah untuk tunggang kuda padi tu, kena tunggu anak-anak kami besar lagi sikit baru datang sekali lagi.

zoo melaka

Pihak A’ Famosa Resort juga menyediakan perkhidmatan menunggang haiwan antaranya menunggang unta, kuda padi dan gajah.

arnab

Seronok apabila melihat betapa kanak-kanak memberi sepenuh perhatian setiap kali melihat haiwan-haiwan di sana. Pada waktu tertentu, terdapat beberapa persembahan antaranya Elephant Encounters , Multi Animal Fun Time , Colour of The Bird dan Wild Wild West Show.

Ketika ini kami sedang menunggu pertunjukkan Wild Wild West Show, kami datang awal sikit sebelum persembahan itu bermula. Tapi nampaknya tidak berapa ramai orang namun terdapat rombongan kanak-kanak sekolah yang diambil oleh guru-guru sekolah mereka untuk datang ke A’ Farmosa ini.

wild wild west show

Antara kejadian yang tidak boleh dilupakan ialah terdapat kanak-kanak yang sangat takut menyaksikan persembahan tersebut, ada yang menangis sekuatnya sebaik sahaja pertunjukkan bermula. Ada kanak-kanak yang amat takut apabila mendengar bunyi tembakan pistol yang agak kuat seakan pistol betul. Kesudahannya kami hanya menonton tidak sampai separuh pertunjukkan tersebut lalu berganjak pergi sebab anak-anak kami juga bising tidak berhenti.

multi animal fun time.jpg

Berbeza dengan 2 lagi pertunjukkan iaitu Multi Animal Fun Time dan Colour of The Bird, anak-anak kami sangat terhibur dan teruja melihat kebijaksanaan haiwan-haiwan tersebut beraksi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan harga tiket masuk dan waktu-waktu pertunjukkan sila layari laman web A’ Famosa Resort Malacca.

Artikel berkaitan:
Tempat menarik di Penang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *