Coretan Pelajar Marhaen Yang Tidak Punya Apa-apa

Semalam saya hadiri kelas Ustaz K. untuk subject Islamic. Kelas start pukul 8 malam.

Seperti biasa, semasa saya menarik daun pintu untuk masuk, saya dengar Ustaz K rancak bercakap tentang isu hot di Malaysia.

Saya dah agak. Ustaz K. ni kalau masuk kelas die, hampir 70% masa dalam kelas habis borak pasal benda di luar syllabus.

Ianya macam ‘pendedahan berani mati’ la hihi

ilmu pengetahuan
ilmu pengetahuan

Dia ‘bongkar’ kes kenapa ramai ahli ahli ilmuan Melayu di buang dari badan kerajaan bila mereka cuba ingin menyampaikan sesuatu secara telus

Ramai. pangkat prof dari semuanya. ada nama yang disebut tapi saya tak catit lak (baca: tak sempat ye bukan malas hihi)

Begini lah reality yang berlaku di bumi tanah tumpah darah kita sekarang. Bila kita meluahkan pendapat yang berbeza, kita dikatakan menentang kerajaan.

Pendapat berbeza itu bagus sebab kita semua nak Malaysia terus gah dan semakin di hadapan. RON95 naik lagi hari ini, nilai ringgit jatuh menjunam, bebanan hutang negara semakin membengkak

Titik.

Saya memang suka kelas begini. tidak 100% rely on syllabus. alah. apa lah sangat syllabus tu. students boleh baca sendiri.

Sebab bagi saya ilmu yang lebih mahal adalah syllabus yang datang dari buah fikiran lecturer sendiri mengikut cara mereka melihat sesuatu

lagipun syllabus tu orang Barat yang cipta ikut acuan mereka. kalau kita rely 100% on it seumpama,
kita ‘sabotaj’ diri sendiri untuk lihat dunia dari perspective yang lebih luas.

Hasilnya, kita (pelajar) masuk University seolah olah di ajar untuk kejar mobility social semata mata

Tidur – bangun – makan – pergi kelas – balik – berak – dan kitaran ini di ulang 4 tahun lamanya semata mata untuk segulung ijazah bergaji 1.5k yang di lihat ‘lumayan’

Ustaz saya kata, as of now kerajaan hold dulu kemasukkan penjawat awam baru. (anyone can confirm this?)

Lepas tu die minta kami ‘berdoa’ agar by the time kami grad, kerajaan buka balik peluang pekerjaan tu
Sentap saya

Yang bagusnya, die offer solusi kepada generasi Y (kami) untuk mula plan hidup dari sekarang

Jangan berharap sangat untuk dapat kerja sebaik kami grad, kerana semakin tinggi kita berharap, semakin sakit jika kita di kecewakan

Cadangannya, mula lah hadiri seminar berkaitan dengan keusahawanan, persiapkan diri dengan ilmu kewangan dan banyakkan baca buku & isu semasa

Generasi baby boomers ‘taknak’ berhenti kerja malah mereka di kerah keringat untuk bekerja sehingga 60 tahun!

Generasi Millenia (generasi saya) terkontang kanting kerana pasaran kerja sudah ‘tepu’

Nota baki : kisah ini di ubah mengikut gaya penulisan saya kerana saya suka menyentap diri sendiri untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih positif setiap hari. INSYAALLAH.

Akibat Mulut Celupar

Pastinya sudah banyak cerita dan kisah yang kita sudah dengar mengenai kes-kes pelik yang berlaku sepanjang mengerjakan ibadat haji atau umrah dan ziarah sama ada melalui bahan pembacaan mahupun cerita dari mulut ke mulut. Artikel kali ini saya ingin kongsikan cerita ringkas mengenai ‘akibat mulut celupar’ yang baru sahaja saya dengar semasa menghantar ibu di KLIA semalam.

kaabah

Semasa sesi taklimat kepada jemaah umrah dan ziarah semalam, salah seorang ustaz yang menguruskan jemaah dalam sesi taklimat telah menasihatkan para jemaah supaya bersabar dengan apa sahaja dugaan dan cabaran yang dilalui sepanjang mengerjakan ibadat umrah dan ziarah nanti.

Ustaz tersebut juga sempat bercerita kes terbaru yang berlaku kepada salah seorang jemaah untuk dijadikan contoh dan tauladan kepada jemaah yang lain. Katanya lagi cuaca di tanah suci mekah sekarang ni memang agak panas dan lebih panas dari cuaca di malaysia ini.

Ustaz menasihatkan para jemaah supaya kurangkan merungut dengan hal-hal sedemikian, kerana mengikutnya sebelum ini ada seorang jemaah yang suka merungut dan tidak tahan dengan keadaan cuaca yang panas di tanah suci mekah pada ketika ini.

Bukan setakat merungut, jemaah tersebut juga minta supaya ditukarkan hotel yang lebih sejuk dan selesa. Walaupun sudah dua kali bertukar hotel namun dia masih juga merungut dengan keadaan panas tersebut.

Mungkin kerana berasa tertekan dengan kepanasan, dia juga sering memarahi pihak syarikat yang menguruskan umrah dan ziarahnya dan sampai satu tahap dia dengan penuh emosi dan perasaan telah mengatakan bahawa kalau macam tu punya keadaan panas, lebih baik dia tidak datang ke mekah.

Selang beberapa ketika dia berkata demikian, tiba-tiba dia jatuh rebah dan tidak sedarkan diri, doktor sudah memeriksa keadaannya namun tidak menemui sebarang komplikasi penyakit tertentu namun dia sehingga sekarang masih belum sedarkan diri sedangkan para jemaah lain serombongan dengannya sedang bersiap untuk pulang ke tanah air.

Oleh yang demikian, ustaz berkenaan menasihatkan para jemaah supaya sentiasa tenang dan mengawal diri dan emosi sepanjang menjadi tetamu Allah di bulan ramadan yang penuh keberkatan ini.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *