Cerita Saya Dan Adzril Ketika Memancing Udang

Adzril atau lebih dikenali dengan nama glemer beliau ‘jering’ adalah sepupu aku yang mempunyai hubungan yang paling rapat dengan aku. Jika ada apa-apa saja aktiviti, kami akan lakukan bersama-sama.

Antaranya seperti bermain badminton, snooker, mengorat awek dekat ‘bus station, dan memancing di sekitar kawasan kampung kami yang merupakan aktiviti biasa yang kami selalu lakukan bersama-sama.

Ada satu hari, Adzril mengajak aku untuk pergi memancing udang. Tanpa fikir banyak aku pun bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh sepupu aku tu untuk pergi memancing udang bersamanya.

Sudah Lama Tak Pergi Memancing

Ini sudah cantik… maklumlah agak lama kami tak bermancing sama. I masih ingat kali terakhir kami pergi memancing udang bersama adalah di Sungai Kroh. Kami bukan pancing udang saja tapi pancing ikan juga. Ada beberapa ikan kecil yang kami berjaya pancing dan kami siap bakar ikan kat sana.

memancing udang

memancing udangDengan tidak habiskan masa yang banyak, semua persiapan memancing udang sudah kami siapkan. Rokok, umpan, mata kail, lilin, air minum semua dah kami sediakan. Dan kami memang suka pergi memancing pada waktu dalam pukul 11 malam ke atas.

Selepas siap sedia semua barang, aku masih tak tahu mana tempat yang Adzril nak bawa aku untuk memancing. Selepas aku menghidupkan motor, saya bertanya dia di mana port dia nak pergi pancing tu? Adzril bercakap tak apa, cuma perig saha, nanti dia akan tunjukkan tempat. Dia cakap sebab pada waktu siang tadi dia sudah buat usaha untuk kaji tempat memancing, dia sudah tahu di mana tempat dia nak memancing.

Tempat Memancing Yang Pelik

Adzril pun membonceng sambil menunjukkan arah, makin lama, makin gelap. Seluruh jalan pun tak nampak satu orang pun. Akhirnya bila sudah sampai satu kawasan, keseluruhan amat gelap sekali dan macam jauh kedalaman.

Aku pun tak tahu mana dia dapat tahu tempat memancing ni. Malas juga aku nak tanya dan kebetulan hari tu kami tak bawa lampu suluh. Apa yang kami bawa cuma lilin saja. Jadi kami pun nyalakan lilin… kelam malam di terangi lilin…

Dah hidup lilin, aku pula mengeluarkan sebatang rokok… kecil mata aku terkena asap rokok… aku sedut rokok.. menghembus asap rokok… Adzril dah bersedia memasang umpan, dan aku baru nak pasang mata kail sebab tak sempat nak buat tadi.

Terlebih dahulu Adzril mencampakkan umpan ke dalam air, aku yang terkontang–kanting mengikat mata kail, dah tak sabar rasanya. Dengan masa tak lama yang lepas tu, umpan yang dilempar oleh Adzril telah dimakan.. Buat permulaan, seekor udang yang agak sedang besarnya telah berjaya ditakluki…

Aku tersenyum, bagus tempat ni bisik hati aku, memang best.. sekejap je dah dapat.. tak perlu tunggu lama.. Adzril membaling lagi umpan ke dalam air.. aku pula dah siap dengan joran aku… tak sabar dah ni… aku sambung menyedut rokok sambil bersedia untuk meletakkan umpan ke dalam air…

Bunyi Kambing?

Tiba – tiba, aku terdengar bunyi kambing.. ” Mbekkkk…. “.. Aku tersentak… ” siapa pula yang membela kambing dalam hutan ni… bisik hati kecil aku, aku tengok Adzril pun seolah tersentak!.. tapi kami berlagak seperti biasa.. rileks…

Bunyi kambing tersebut tak lama mana pun, sekejap je.. se’elok sahaja aku meletakkan umpan ke dalam air.. aku dengar macam ada orang berjalan di sekitar kawasan kami memancing, emmm ‘ hati aku dah tak syok dah…

Aku mula merenung ke arah Adzril, dia pun merenung aku… lama bunyi orang berjalan.. umpan langsung tak di usik, macam dah tak ada udangnya.. aku pandang lagi ke arah Adzril..

Kemudian suasana agak senyap seketika.. sehinggalah seolah – olah ada benda jatuh dari atas pokok yang tinggi di sebelah tempat kami memancing, bukan sekali, tapi 3 kali… pada kali pertama jatuh.. ianya berbunyi ‘ jelas sekali bunyinya benda tersebut bergeser dengan daun – daun sehingga jatuh kebumi.. “kedebab!!!” emm.. besar benda yang jatuh..

Adzril merenung aku, aku pula memandang dia,… sekali lagi bunyi yang sama kedengaran,…. terlalu hampir rasanya… aku dah mula goyang.. apekehenye ni… bisik hati aku.. masuk kali ke-tiga benda tu jatuh lagi, prangprangprang.. bunyi bergeser dengan daun -daun semua… tapi kali ni……….

Betul tu.. kali ni benda yang jatuh tu tak sampai ke bumi………. aku dah bersedia.. rupanya Adzril lagi bersedia pada aku… “Jom Jie.. Balik!.. tak boleh tahan… kata sepupu aku, sebenarnya aku pun dah tak tahan sememangnya nak balik…

Begitulah pengalaman aku dengan sepupu aku memancing udang, sampai sekarang kami tak pergi memancing kat situ lagi… dapat sekor je malam tu…

Artikel berkaitan:
Melancong ke Sipadan Island

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *