Web Analytics
girl blogger

Cara Meningkatkan Ghairah Menulis Blog dan Kelebihan Blogger

Maaf ada keghairahan sebagai ayat pancing untuk tajuk di situ. Ini memang bukan niat saya untuk manipulasi minda kalian. Ia cuma nak merujuk kepada cara menulis blog. Sebab ada rakan-rakan blogger yang sudah dijangkiti penyakit ‘M’. Mereka mengeluh tahap penyakit ‘M’ yang mereka hidapi sudah masuk ke Fasa 4. Bunyinya macam serius la tu.

Hakikatnya menjadi blogger bukan semudah ABC. Blogger ada tugasan penting. Tugas blogger ialah menulis untuk menyampaikan informasi, perkongsian ilmu dan menyatakan pendapatan terhadap sesuatu isu. Pada dasarnya menjadi blogger perlu ada keinginan dan keghairahan untuk terus menulis.

Dalam masa yang sama menulis bukan perkara yang mudah. Menyusun ayat dan memberi kefahaman terhadap pembaca merupakan satu cabaran yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Itu belum masuk soal tatabahasa agar ayat digunakan memberi maksud yang mudah difahamiJadi tidak hairan ada penulis blog yang mampu kemaskini blog hanya seminggu sekali maupun sebulan hanya beberapa kali.

girl blogger

Jadi sekarang saya ingin kongsikan sedikit cara nak meningkatkan ghairah menulis. Maaf ghairah yang maksudnya bukan gitu-gitu. Harap jangan salah anggap pulak.

1. Berlatih menulis setiap hari

Menulis merupakan kemahiran. Kalau nak mahir mesti berlatih setiap hari. Macam atlit atau ahli sukan. Mereka ada latihan yang konsisten supaya prestasi boleh berada pada tahap optimum.

Justeru untuk sentiasa ghairah menulis perlu ada latihan yang seumpamanya setiap hari. Macam saya, kini masih berlatih untuk menulis meskipun sudah berada dalam dunia blogging untuk beberapa tahun. Jujurnya saya masih tak puas hati dengan kemahiran menulis blog yang saya kuasai tatkala kini.

2. Paksa diri untuk baca buku sebanyak yang mampu

Tahap pembacaan yang tinggi memberi kesan pada tahap pemikiran seseorang. Memang tidak dinafikan orang yang mempunyai sikap suka membaca mempunyai banyak idea. Benak pemikiran mereka dipenuhi idea yang bernas. Lagi luas pembacaan maka lagi hebat tahap penulisan.

Sebab itu seseorang yang nak menulis buku perlu membaca buku-buku dalam jumlah yang sangat banyak. Sama juga dengan blogger. Penulisan blog yang berisi dengan ilmu sangat disukai pembaca.

kalau ulat buku tu memang tak perlu paksa diri. Menulis dari hati juga memudahkan nak tulis blog. Kadang-kadang idea tu datang tak bertempat, contohnya semasa mencuci pinggan di sinki. saya selalu berhenti serta merta untuk tulis nota dan kemudian sambung semula cuci pinggan.

3. Rajin buat blogwalking ke atas blog-blog terbaik

Blog-blog terbaik biasanya sarat dengan ilmu, info dan pengetahuan yang sudi dikongsikan oleh penulis. Dengan kunjungan ke blog tersebut kalian akan mendapat sumber inspirasi untuk terus menulis blog. Tak tulis blog maka tak ada keinginan pulak nak buat blogwalking.

Jadi blogwalking akan menjadi pencetus untuk ghairah menulis. Faham tak ayat yang saya tulis ni? Rasa macam berbelit saja. Apapun saya anggap ia sebagai satu latihan praktikal minda.

Saya juga pernah alami sindrom ‘M’ untuk menulis blog. Kekadang minda buntu kerana kesuntukan masa dan keletihan bekerja. Saya teringin menjadi blogger sepenuh masa yang ada pendapatan stabil.

Kelebihan Blogger Berbanding Orang Kebanyakan

Pada zaman yang muktahir ini, menjadi seorang blogger sudah mejadi pilihan bagi orang ramai. Sebabnya capaian internet yang lebih mudah berbanding dengan dulu.

Zaman sekarang kan zaman dunia di hujung jari. Orang nak apa-apa memang tanya pak cik Google dulu. Untung-untung jumpa info best dan bermanfaat daripada blog blogger kita. Pahala juga tu asalkan niat untuk berkongsi ilmu.

Telefon Pintar Digunakan Secara Meluas

Sekarang ramai orang yang sudah mengguna telefon pintar. Mereka yang boleh mengakses internet termasuk blog mereka di mana-mana tempat saja yang mereka berada. Ini menjadi petanda bahawa blog kalian boleh dilawati trafik dengan lebih banyak berbanding sebelumnya.

Walaupun realitinya tak semua suka membaca namun kehadiran blog dan blogger bagaikan tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Kehadiran media sosial baru dan lama semakin mendapat sambutan yang meningkat dari semua pengguna. Ada media sosial yang terus bertahan tapi ada banyak juga yang sudah pupus dalam internet.

Sebab itu blogger yang juga merupakan pengguna media sosial mempunyai kelebihan untuk mempromosi blog mereka.

Lagi baik kalau blog yang mempunyai niche tertentu yang kongsikan informasi dalam niche dia seperti niche dalam kewangan atau masakan. Orang akan sinonimkan blog tersebut dengan perkara yang kita tulis. Jika nak tahu apa yang saya tulis dalam blog tu, maka jangan lupa singgah untuk membaca dan bagi komen.

Bukan Semua Orang Minat Untuk Tulis Blog

Walaupun kemudahan internet sudah jadi banyak senang akses dan kos untuk daftar hosting dan domain pun sudah jadi sangat murah, tapi kena kita tahu bahawa bukan semua orang yang berminat untuk menjadi blogger. Namun semua orang ada potensi untuk membaca blog.

Secara tak langsung promosi menggunakan blog merupakan kaedah unggul. Ini adalah disebabkan oleh Kos yang rendah untuk operasi dan juga ia sangat senang untuk dikendalikan. Itu merupakan kelebihan bagi mereka yang ingin jadi blogger dan daftar blog yang baru bagi mereka.

Blog adalah platform jenama untuk blogger. Tambahan pula kalau blog yang mempunyai domain yang berakhir dengan com. Lagi-lagi menampakkan awesomenya.

Umumnya kewujudan blog memang tak akan diambil peduli. Lainlah untuk mereka yang nak cari informasi yang dihendaki. Namun begitu sebagai blogger mesti ada cara bijak untuk menarik pembaca.

Antaranya promosi langsung seperti memujuk rakan-rakan media sosial untuk singgah seketika. Cuma pastikan ada isu menarik supaya kehadiran mereka bukan yang pertama dan terakhir. Kalau boleh menimbulkan minat supaya mereka turut juga memiliki blog seperti kalian.

Saya berharap agar pembaca nampak kelebihan blogger berbanding orang kebanyakan. Kelebihan yang saya maksudnya bukan bermakna blogger lebih baik tetapi kelebihan kepada penonjolan jenama dalam dunia online.

Sekian. Semoga penerangan ini boleh memberi pencerahan minda. Sudah pasti menjadi blogger memang ada kelebihan yang tersendiri. Jika nak tahu jomlah jadi blogger hari ini juga. Memang best tau!

Leave a Comment