Cara Daftar Ahli Shaklee Online

Hampir setiap hari saya menerima whatsapp dari pembaca blog ini tentang keahlian Shaklee. Kebiasaan whatsapp yang saya terima berbunyi dengan pelbagai soalan yang ditimbulkan dalam skrin seperti:

  • Macam mana nak jadi ahli Shaklee?
  • Saya nak jadi ahli Shaklee. Apa yang perlu saya buat?
  • Apa kelebihan jadi ahli Shaklee ni? Saya nak jadi ahli hanya untuk makan sendiri sahaja. Tiada niat nak berbisnes langsung.
  • Macam mana nak jadi pengedar Shaklee dan buat bisnes dengan syarikat ini?

Jadi di atas itu adalah beberapa bentuk pertanyaan yang kerap kali saya terima dalam smartphone saya.

Ok baiklah. dalam post kali ini, saya akan terangkan satu persatu bagaimana cara-cara untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua pembaca, kalau anda ingin nak jadi ahli Shaklee, sebenarnya terdapat 2 cara yang membolehkan anda menjadi ahli Shaklee buat seumur hidup. Mari kita semak bersama.

CARA 1

Cara pertama yang saya ingin berkongsi ini amat mudah saja. Dengan membuat pembayaran yuran keahlian dengan harga RM65, anda sudah layak untuk menjadi ahli Shaklee buat seumur hidup. Keahlian Shaklee ini tidak perlu diperbaharui setiap tahun.

Selepas anda sudah menjadi seorang ahli Shaklee yang sah, anda sudah pun boleh membeli semua produk Shaklee pada harga ahli, iaitu anda boleh menikmati harga diskaun sebanyak 30% lebih rendah berbanding dengan harga yang dibeli oleh pelanggan bukan ahli.

CARA 2

Cara kedua adalah dengan membeli mana-mana produk Shaklee sebanyak 200 points dan ke atas iaitu kira-kira RM680, anda akan secara automatik dapat menjadi ahli Shaklee tanpa perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM65 tadi.

Cara yang kedua ini pada saya sangat jimat kerana anda tidak perlu membayar yuran ahli dan pada masa yang sama anda sudah pun layak untuk mendapat bonus daripada Shaklee sebanyak 2 angka.

Bagi customers saya, saya amat sarankan mereka untuk menjadi ahli melalui cara ini.  Salah satu cara terbaik adalah dengan membuat order beramai-ramai dalam satu order.

Maksud saya, jika kawan anda mahu beli produk Shaklee juga, tolong orderkan sekali untuk mereka di atas nama anda sehingga cukup total order minimum RM680 dalam satu resit (opss bocor teknik rahsia. hihi)

Selepas itu, saya akan tolong daftarkan anda sebagai ahli Shaklee yang sah di dalam sistem online Shaklee seperti gambar di bawah ini.

daftar shaklee online
daftar shaklee online

Haaa. Begini lah rupa sistem online Shaklee yang boleh anda lihat sendiri di laman mereka. Anda bertuah tahu kalau jadi ahli Shaklee Malaysia hari ini sebab 100% di buat online.

Sekiranya anda ingin nak beli apa-apa produk Shaklee, apa yang perlu anda buat cuma adalah pakai mouse dan klik dengan hujung jari anda saja. Lepas tu Shaklee akan hantar barang tempahan  anda terus ke depan pintu rumah anda. Biasanya di tempat saya ni mereka pakai courier servis dari GDex untuk membuat penghantaran. Seluruh proses amat senang sangat.

Lepas tu jika anda ingin buat semakan atas sebarangan bonus Shaklee, boleh juga anda membuat demikian dengan terus klik kat butang bonus tu. Biasanya bonus di update dalam 24 jam setiap kali. Tapi semua ini hanya boleh di buat jika anda sudah menjadi ahli Shaklee yang sah sahaja.

Order Shaklee Sendiri Direct dari HQ Shaklee secara Online!

Kali ni saya nak ‘bongkar’ kan satu rahsia di mana anda sebenarnya boleh beli semua produk Shaklee sendiri tanpa perlu bersusah payah hubungi pengedar Shaklee pun.

Bagaimana tu? Haaa. Mesti anda tidak berapa percaya kan?

Betul. Anda boleh beli sendiri mana-mana produk Shaklee yang anda nak dan order sendiri di website Shaklee official 24 jam walaupun anda bukan ahli Shaklee/ahli Shaklee sekalipun.

Jika sebelum ni anda terpaksa menunggu reply sms/whatsapp dari pengedar Shaklee, sekarang anda tidak perlu lagi hubungi mereka kerana anda boleh melakukan transaksi pembelian sendiri secara online.

Ini akan menjimatkan masa anda dengan syarat anda hendaklah mempunyai internet di smartphone ataupun laptop.

Untuk lebih jimat lagi, jika order anda adalah bernilai RM800 ke atas (order ke alamat semenanjung) dalam satu resit, anda layak untuk mendapat FREE POSTAGE!!

Jika order anda untuk di poskan ke Sabah/Sarawak, anda pun layak untuk dapat FREE POSTAGE juga jika order anda bernilai RM1,000 ke atas dalam satu resit.

Biasanya jika anda order hari ini, 1-2 hari dah sampai dah. cepat kan Shaklee buat kerja-kerja pengeposan.

Ikuti cara-caranya seperti di bawah.

STEP #1

Click SINI anda akan di bawa ke official website Shaklee Malaysia

STEP #2

Order Shaklee Online
Order Shaklee Online

Lepas picit link tadi, anda akan nampak paparan seperti ini kan? selepas tu click ‘Agree’ dan click ‘Next’

STEP #3

Order Shaklee Online 1
Order Shaklee Online 1

Inilah masa yang paling di tunggu-tunggu kan? hihihi

Sekarang anda boleh shopping dengan riang dan gembiranya dengan hanya click click dan click kat mana-mana produk Shaklee yang anda nak cuba.

Serba serbi semua produk Shaklee ada kat situ. sabun basuh Shaklee ada, pencuci pinggan ada, penapis air ada, pencuci muka ada, vitamin kesihatan dan kecantikan semua ada dan macam-macam lagi.

Anda harus click dengan cepat dan pantas ye sebab ada sesetengah produk Shaklee yang sudah ‘out of stock’ contohnya seperti dalam gambar di atas. Basic H2 telah out of stock di seluruh malaysia.

Jika sudah selesai berlari-lari anak membeli belah di official website Shaklee itu, anda click ‘Checkout’ kat bahagian bawah sekali tu. hehe

STEP #4

Order Online Shaklee
Order Online Shaklee

Kat bahagian ini, anda cuma perlu isi maklumat/details untuk barang di pos kepada anda direct dari HQ Shaklee terus ke rumah anda.

Anda hanya perlu tunggu depan pintu rumah sahaja. nanti Shaklee yang akan tolong hantarkan kepada anda. senang, jimat masa dan mudah kan? hihi

Kat bahagian billing address tu sila letak alamat tempat tinggal anda.

Kat bahagian shipping address tu sila letak alamat tempat anda nak barang anda di poskan. jika ianya sama seperti alamat tempat tinggal anda, sila click ‘same address’

Selepas anda siap isi details semua, click ‘Continue’

STEP #5

cara nak beli Shaklee online
cara nak beli Shaklee online

Di sini anda di kehendaki untuk confirmkan barang yang anda nak beli itu. sila check betul tak kuantiti dan nama produk. jika semuanya ok, betul dan anda puas hati sila click ‘Proceed for Payment’

STEP #6

nak beli Shaklee murah
nak beli Shaklee murah

Akhir sekali, part ini yang paling penting.

Cara pembayaran yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja.

Selepas dah siap masukkan details, sila click ‘Confirm Payment’ dan complete kan transection anda dengan masukkan TAC code dan tekan submit

Siapppp. Alhamdulillah.

Nanti anda just perlu tunggu depan pintu rumah je sebab Shaklee akan hantarkan direct kepada anda.

Sekarang semuanya online kan. even nak beli gula, beras, gandum, garam semuanya order online jeeee. hihihi.

Adakah ini tanda-tanda rakyat malaysia ‘rajin’ atau rakyat malaysia cuba untuk manfaatkan kemudahan teknologi secara optimum?

Cara Kira Bonus Shaklee

Dalam Shaklee bila sebut perkara tentang bonus, semua orang akan celik mata. Hihi. Bahagian bonus lah yang merupakan part yang paling best sekali bila anda berniaga dengan perniagaan Shaklee ni. Akan tetapi, ianya mestilah disertai dengan kerja keras dan usaha yang berterusan untuk mendapat bonus yang best. 2 angka. 3 angka. 4 angka. 5 angka. mahupun 6 angka. semuanya terletak pada usaha anda.

Anda merupakan orang yang tentukan duit berapa banyak yang anda ingin dapat kerana bisnes Shaklee ini andalah yang jadi boss anda sendiri. Kalau anda jenis malas dan kurang rajin berusaha, maka bonus yang anda dapat setimpal dengan usaha yang anda buat. Kalau berusaha kuat dan rajin, maka bonus pendapatan 4 angka atau lebih menjadi milik anda.

Jika anda mahu berbisnes Shaklee, nasihat daripada saya adalah lakukanlah dengan fokus, istiqamah, passion (minat) dan membuat pilihlah upline yang bagus untuk guide anda dalam bisnes ini. Carilah guru yang betul-betul bagus dalam bisnes ini dan ikut sebiji-sebiji apa yang leader anda buat. InsyaAllah jika anda bertahan, anda akan ‘terpaksa’ menjadi seperti mereka dan berjaya secara ‘short-cut’ tanpa perlu langgar dinding dengan banyak kali.

Pengiraan Bonus dan Pendapatan

Dalam bisnes Shaklee, boleh anda dapati ia mempunyai 3 bonus utama (3C) yang disediakan untuk diberikan kepada pengedar.

  1. Cash Bonus
  2. Car Bonus
  3. Convention Bonus
shaklee opportunity
shaklee opportunity

Dalam post kali ini, saya hanya akan menceritakan serba sedikit tentang Program Ganjaran Tunai. Atau lebih dikenali sebagai Cash Bonus. Bonus yang lain saya akan ceritakan di dalam post yang akan datang. InsyaAllah.

Untuk menyenangkan pengiraan Cash Bonus demi pendapatan anda dalam bisnes ini, anda harus fahamkan terlebih dahulu gambar rajah yang saya sediakan seperti di bawah.

cara kiraan
cara kiraan

Berusaha Kuat, Untung Banyak

Kesimpulannya, siapa yang berusaha lebih pasti akan dapat lebih. Tiada istilah downline mengkayakan upline semata-mata. Jika upline anda goyang kaki tapi anda sebagai downline nya rajin berkongsi, anda yang akan dapat lebih dan anda yang akan bergerak lebih laju dalam Shaklee.

Sekiranya anda berjaya mencapai 3,000 points dalam satu bulan untuk pertama kalinya, anda layak untuk menjadi Supervisor iaitu leader Shaklee. Upline anda yang masih lagi ‘tidur lena’ itu tidak dapat apa-apa. Dia masih lagi dianggap sebagai distributor biasa sahaja.

Dan sememangnya semakin baik performance anda bersama Shaklee, bonus anda juga akan berkepuk-kepuk masuk tanpa diundang. Kerana ini adalah cara Shaklee reward pengedarnya yang betul-betul serius dalam bisnes Shaklee.

Jadi, berusahalah dengan kuat supaya dapat rezeki yang lumayan dan hidup dalam keadaan yang senang.

Artikel berkaitan:

  • Shaklee National Conference 2013/2014 di Sunway Pyramid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *