Cameron Highlands Destinasi Menarik

Sebenarnya sudah lama dan telah banyak perancangan yang telah dibuat untuk melawat ke Cameron Highlands tetapi kebanyakan daripadanya terpaksa dibatal dan ditangguhkan. Tetapi untuk kali ini, kami semua sudah bertekad yang perancangan untuk ke kawasan percutian tanah tinggi itu mesti dijayakan juga.

Peta Simpang Pulai Cameron

Cameron Highlands, saya datang skarang..dalam hatiku berkata bila mula menjejakkan kaki ke sini. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku ke sini walaupun dah lama bermastautin di Perak sebelum ini. Hati belum terbuka lagi, nak buat macam mana kan.

Sebenarnya, pada awalnya tak merancang pun nak ke sana. Dah kebetulan balik dari kampung aku di Kuala Kangsar, adik-beradik cerita mereka baru pergi ke Cameron Highlands. So, terdetik la juga nak ke sana. Tambah pula isteri tersayang pun dah lama ajak ke sana. Hati dah berbelah bahagi nak pergi ke tak.

Akhirnya, hari nak balik dari kampung, tiba-tiba je terlintas nak pergi. Jom ke Cameron Highlands! Antara percaya atau tidak, isteri aku dah tanya balik..Betul ke? Tanpa berlengah, semua terus bersiap-siap. Danish tak payah ceritalah, kalau bab berjalan-jalan, cepat je siap.

Dari Kuala Kangsar, kami bertolak ikut jalan Simpang Pulai Ipoh sebab adik aku cakap, lebih dekat ikut situ dari ikut Tapah. Aku ikut je apa yang dah diterangkan oleh adik aku sebelum kami bertolak. Nasib baik dalam perjalanan di Lebuhraya PLUS lagi dah nampak papan tanda ke Cameron Highlands tuh. I Follow..

..Kalau dari arah Utara, digalakkan melalui Simpang Pulai. Tapi kalau dari arah Selatan, baik ikut Tapah je sebab Tapah ke Simpang Pulai pun dah nak dekat 50 KM..

Kalau dah naik ke tempat tinggi ni, keadaan jalan jangan ceritalah, turun naik turun naik, nak laju sikit pun tak boleh. Kereta pun dah berderet-deret macam berkonvoi naik ke atas. Kalau kereta semput, sendiri mahu ingat la boleh sampai ke tak ke atas sana tuh. Kereta tow-truck pun banyak yang dah sedia menanti..hehe.

Lokasi pertama yang kami singgah adalah di Kampung Tringkap.

tringkap
tringkap

Destinasi kemudian yang aku singgah adalah di Handmade Chocoberry Grand View Garden. Pelbagai jenis coklat handmade yang boleh didapati di sini. Selain itu, seperti biasa la, ladang strawberry dan sayur-sayuran segar juga boleh didapati di sini.

strawberry farm
strawberry farm

Geramnya tengok strawberry bergantung-gantungan nih..rasa nak petik jer..

sayur segarSayur-sayuran segar yang ditanam di Cameron Highlands..

Kalau cerita bab strawberry, sebenarnya banyak ladang-ladang dan tempat yang menjualnya di sepanjang jalan naik ke atas Tanah Rata, Cameron Highlands tuh. Semakin tinggi ke atas, harganya pun semakin murah. Rugi la sikit pabila dah terawal membeli-belah tuh. Biasalah, baru kali pertama pergi. Lagipun, hari dah semakin petang, perjalanan masih jauh lagi.

tringkap cameron highlandsBanyak juga gerai-gerai jualan di Tringkap, Brinchang, Cameron Highlands.

Destinasi kedua yang aku singgah adalah Tringkap. Melihatkan kemeriahan bunga-bungaan segar yang dijual di tepian jalan, isteri dah minta berhenti. Apa lagi, bunga-bungaan segar la pula menjadi jamuan mata. Memang murah-murah belaka kalau nak dibandingkan harganya dengan di bawah sana. Selain itu, ada Bee Farm juga di situ.

beli bunga segar cameron highlandsBunga-bunga segar yang murah-murah belaka..rambang mata dibuatnya..

Perjalanan diteruskan dek kerana hari dah semakin gelap. Tanah Rata pun tak sampai lagi, jalan dah semakin sesak. Padahal, adik aku sebelum tu dah nasihat, jalan mungkin akan sesak masa cuti-cuti sekolah macam nih, kalau tak nak sesak datanglah pada hari bekerja biasa. Tak mengapalah, bukan selalu pun kan nak bersesak-sesak macam nih (sekadar nak sedapkan hati..huhu).

bunga lavenderJangan petik yer..nanti kena bayar..

Sampai ke Tanah Rata jam dah 7:30 malam. Niat nak berkunjung ke Kebun Teh juga tak kesampaian sebab hari dah gelap. Hati dalam dilema nak bermalam atau teruskan saja perjalanan ke Gemas. Keputusan diambil untuk meneruskan perjalanan turun melalui Tapah.

Kalau dilihat dari segi jarak antara Simpang Pulai ke Cameron Highlands dan antara Tapah ke Cameron Highlands memang agak dekat jika melalui Simpang Pulai. Kalau dari arah Utara, digalakkan melalui Simpang Pulai. Tapi kalau dari arah Selatan, baik ikut Tapah je sebab Tapah ke Simpang Pulai pun dah nak dekat 50 KM.

Perjalanan turun melalui Tapah dalam suasana gelap sememangnya mencabar. Dengan pandangan mata yang terhad disebabkan kabus, gelap, jalan licin, bengkang-bengkok dan sempit sememangnya adventurer. Bayangkan nak habiskan berpuluh-puluh kilometer dengan keadaan macam tuh. Yang nampak di kiri kanan jalan hanya gaung dan sekali-sekali ada penjual petai menemani di sepanjang jalan ke Tapah. Elok lagi jalan Simpang Pulai.

kenangan di cameron highlandsKegembiraan jelas terpancar di hati..kenangan terindah di Cameron Highlands..

Akhirnya, bila dah sampai Tapah, terpancar kelegaan di hati. Perjalanan diteruskan sehingga selamat sampai. Biarpun baru pertama kali ke Cameron Highlands, dalam hati berkata, Cameron Highlands memang antara destinasi yang menarik di Malaysia. In sha Allah, kami akan datang kembali jika ada rezeki. Kenangan indah di Cameron Highlands pasti tak akan dilupakan.

p/s – Kalau datang lagi, aku nak jerit kat Kebun Teh, Cameron Highlands Istanbul Aku Datang!!!!

cenderahati di cameron

Antara cenderahati yang banyak dijual di sini adalah keychains. Tengok tu… bergayut-gayut je.. colourful.

cenderahati di cameron 2

strawberry farm
strawberry farm
strawberry farm 2
strawberry farm 2
Arked Peladang Cameron Highlands
Arked Peladang Cameron Highlands
cameron flower
cameron flower
buah cinta
buah cinta
cenderahati cameron highland
Lagi banyak cenderahati yang boleh didapat di Cameron Highland
cameron apple
Apple nampak amat segar di sana
keychain cameron
Keychain bentuk bunga dan sayuran..ikon Cameron..
ladang teh
Kami singgah di Ladang Teh Cameron Valley
panorama ladang teh
panorama ladang teh
panorama ladang teh 2
panorama ladang teh 2
ladang teh 3
Seronok betul budak-budak ni berlari-lari di celah pokok-pokok teh
ladang teh 4
cerung ladang teh
ladang teh 5
ladang teh 5
ladang teh 6
ladang teh 6
please do not pluck the flowers
please do not pluck the flowers

Jadi kenalah ikut peraturan. Jangan petik bunga-bunga di taman ini dengan sesuka hati.

ladang strawberry
ladang strawberry

Dari pagi kami berada di Tanah Tinggi Cameron. Malam baru tiba semula di Ipoh. Alhamdulillah. Akhirnya percutian ke Cameron Highlands berjaya.

Artikel berkaitan:
Kunjungi ke Zoo Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *