Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cabaran Memotret Kanak-Kanak

Merakamkan gambar kanak-kanak amat mudah jika dilihat dengan mata kasar, tetapi bukanlah semudah kita membaca ABC. Perlu ada kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan moment yang terbaik. Memang ini diakui oleh photografer profesional dan juga amatur.

imej kanak kanak

imej kanak kanak

Salah satu cabaran adalah mood kanak-kanak itu sendiri. Kita tidak boleh paksa mereka mengayakan aksi-aksi tertentu dan juga menyuruh mereka duduk diam seperti orang dewasa. Kanak-kanak akan cepat bosan walaupun disuruh hanya duduk selama beberapa saat. Jadi kena peka pada setiap aksi mereka.

2 minggu yang lepas, saya bersama-sama photo blogger Azman Ishak, merasai pengalaman merakam aksi kanak-kanak. Memandangkan model sebenar(dewasa) tidak dapat hadir pada hari tersebut, saya mencadangkan untuk merakamkan gambar anak-anak kami.

Selepas membuat sedikit kajian berkenaan dengan tips memotret kanak-kanak, kami bersetuju untuk belajar bersama-sama dan merasai cabaran yang sering diperkatakan oleh photografer profesional.

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang jenis lensa yang saya gunakan. Lensa yang saya gunakan adalah Canon 50mm f 1/8. Hanya ini sajalah lensa yang saya ada selain daripada 18-55 mm (kit lens). Saya akan gunakan semaksima mungkin, bila sudah puas,mungkin saya akan mengambil lensa lain, itupun bergantung pada lebihan wang yang ada.

Bidang yang baru ceburi ini hanya sekadar hobi bukan untuk mendapatkan wang buat masa ini. Tetapi, jika ada rezeki lebih dan tawaran yang berbaloi, saya tidak teragak-agak membuat sedikit pelaburan pada masa akan datang. Buat masa ini, saya belajar dan terus belajar merakamkan gambar-gambar terbaik. In sha Allah!

Dibawah adalah hasil yang saya rakamkan tempohari. Sebenarnya saya sendiri masih tidak berpuas hati 100%, masih terdapat kesalahan dari segi teknikal dan juga tona warna. Saya rasa kalau tak ada rumpun daun hijau kat belakang tu rasanya lebih sempurna.

gambar diambik

Jika ada apa-apa komen silakan. Saya budak baru belajar dan akan terus belajar sehingga saya sendiri berpuashati. Ada yang mencadangkan set F2 @ F2.8 sudah memadai supaya tidak menjadikan subjek terlalu fokus. Saya akan cuba shooting sedemikian nanti untuk mengetahui sama ada gambar yang diambil akan jadi lebih baik atau tidak.

Harap teknik saya mungkin akan jadi semakin mantap lepas tu. Tapi memang betul la bila nak ambil gambar kanak-kanak ni memerlukan kesabaran tahap maksimum. Apa yang saya perasan.. Nak jadi photographer berjaya mesti ada kemahiran bersosial dan komunikasi yang baik. Perlu kita berkomunikasi dengan kanak kanak dengan baik dan ini adalah perkara yang penting juga. Takkan nak marah marah budak budak.. Kalau menangis dah susah nak pujuk.

Artikel berkaitan:
Zaman kanak-kanak

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh