Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bukan Salah Cikgu Yang Mengajar Bahasa Melayu

Saya masih ingat lagi, semasa cikgu Bahasa Melayu mengajar saya dan rakan sekelas mengenai perkataan bombastik belasan tahun yang lepas. Salah satu paling terkesan di hati saya ketika itu ialah perkataan war-war.

Mungkin nampak biasa bagi pelajar kita dewasa ini, tapi saya yakin, ianya adalah perkataan yang cukup hebat bagi pelajar seangkatan saya dahulu yang tahu menggunakannya.

Bahasa Malaysia

Bahasa Malaysia

Menurut cikgu, perkataan war-war bermaksud pemberitahuan yang dibuat oleh seseorang dengan cara mengumumkan. Okey bab erti dan pengertian itu sebenarnya saya juga turut bersetuju walau sebenarnya nampak sedikit bercanggah daripada apa yang Kamus Dewan kita kata pada masa ini. Jadi saya tidak akan mempertikaikannya dengan lebih lanjut dalam artikel saya pada kali ini.

Cuma apa yang membuatkan saya betul-betul merasa seperti pelajar old timer yang duduk belajar pada zaman batu bila mengetahui perkataan tersebut, tidak diterima pakai malah tidak wujud dalam kamus dewan pada masa kini.

Apa kes…

Saya sendiri tidak pasti kenapa dan dari mana punca kesilapan tersebut berlaku, tapi saya yakin cikgu Bahasa Melayu saya dan mungkin juga cikgu sekolah lain yang pernah mengajar benda yang sama kepada para pelajar tidak sedikit pun berniat untuk memberikan tunjuk ajar dan garis panduan yang salah kepada saya atau pelajar lain pada masa itu.

Malah saya sendiri pernah menggunakan perkataan tersebut dalam beberapa urusan rasmi dan thesis tanpa menerima sebarang aduan kesilapan penggunaannya dahulu.

Secara jelas ianya adalah suatu kesilapan berbahasa yang diterima pakai dan diwarisi secara turun-temurun oleh rakyat Malaysia!

Sekiranya kita telusuri penggunaan dan ejaan perkataan tersebut sesuai dengan apa yang termaktub dalam Kamus Dewan, maka kita akan dapati bahawa ejaan yang betul untuk perkataan tersebut ialah uar-uar yang bermaksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat. Selain itu kita juga boleh menggantikannya dengan perkataan Wara-wara yang bermaksud pemberitahuan, pengumuman, atau pun pengisytiharan yang saya yakin tidak ramai mengetahuinya.

Apa yang cukup menarik perhatian saya, tiada satu pun kenyataan dalam laman web rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka mengaitkan war-war dengan maksud yang sama seperti yang sudah tertanam di dalam minda separa sedar saya sedari dulu. Justeru ianya membawa satu maksud yang lain iaitu berasa dahaga kerana makan kacang, kuih dan lain-lain lagi.

Agak-agak kenapa kesilapan sebegini berlaku? Sayakah yang salah dengar, tafsir dan baca atau cikgu yang salah ajar, bagi dan tanda kepada saya? Boleh jadi generasi yang terdahulu sebenarnya yang salah faham mengenai ejaan tepat perkataan ini…

Ada kawan saya yang jelaskan kepada saya bahawa sebenarnya perkataan “war-war” adalah daripada perkataan “warta” yang selalu didengar “warta berita” “warta kerajaan persekutuan”. Warta adalah bermaksud atau bererti hebahan, siaran atau perkeliling. “War” bererti hebah, heboh dan ianya adalah perkataan melayu.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh