Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Boleh Ke Jadi Blogger Wanita Berjaya?

Satu pertanyaan sewaktu saya mula-mula baru nak berkecimpung dalam dunia blogging suatu masa dahulu “boleh ke aku jadi blogger ni?”. Rasa tak yakin sebab tak ramai kenalan wanita yang saya kenal ada blog ketika itu. Kalau ada pun, cuma blog personal main-main sahaja.

Sebelum saya mengambil keputusan untuk membeli hosting dan domain yang pada ketika itu saya rasa agak mahal, biasalah sebab waktu itu saya merupakan seorang pelajar lagi. Sumber kewangan agak terbatas. RM100 yang ditawarkan oleh pihak Serverfreak saya rasa macam RM10000.

blogger wanita

blogger wanita

Dalam hati “berbaloi ke aku beli hosting dan domain ni?“. Dengan zero ilmu blogging secara professional memang saya totally tak yakin. Kawan pula tak memberi sokongan langsung ketika itu. Jadi, saya dalam dilemma. Tapi, memang dilahirkan dengan sifat yang suka mencuba sebelum mengalah. Saya nekad. Saya hubungi pihak Serverfreak dan urusan jual beli hosting diteruskan.

Kepada blogger wanita di luar sana yang mahu serious berblogging, saya sarankan bertukarlah daripada platform percuma kepada yang berbayar. Memang memerlukan modal tetapi percayalah cakap saya. Kalau anda betul-betul fokus dan ada disiplin sebenarnya tak sampai 4 bulan anda boleh dapatkan balik modal membeli hosting dan domain. Bagaimana? Nuffnang.

Saya akan kongsikan bagaimana mula-mula saya dapat duit beratus-ratus sebulan dengan Nuffnang. Tunggu artikel Siri Blogger Wanita yang akan datang dalam topik “Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Pengiklanan”. Part ke berapa tu saya tak tahulah ya. Tunggu je! hehehehe

Niche Blog

Sebelum itu, biar saya terangkan serba sedikit apa itu niche blog. Niche blog dengan bahasa mudahnya bermaksud suatu pengkhususan topik bagi sesebuah blog. Contoh, blog berniche mobile phone akan fokus pada artikel berkenaan handphone termasuk keluaran terbaru, review handphone dan jual beli handphone terpakai. Kalau blog berniche kesihatan pula, akan fokus pada memberi informasi berkenaan tips kesihatan, promosi jualan produk kesihatan murah dan review produk kesihatan.

Persoalannya sekarang, perlu ke sesebuah blog tu untuk fokus pada 1 niche sahaja? Jawapannya bergantung pada tujuan anda berblog ya. Cuba tanya pada diri anda sendiri, “aku buat blog untuk jana duit atau suka-suka kerana minat menulis?”. Selepas itu, barulah anda buat keputusan untuk pilih samada nak fokus pada hanya 1 niche sahaja ataupun nak ikut jejak langkah saya iaitu niche campur-campur.

Tapi, diingatkan ya. Walaupun dah buat keputusan untuk buat blog berniche campur-campur macam saya ni, masih perlu tahu juga jenis-jenis informasi macam mana yang tidak akan dikongsikan sama sekali di dalam blog anda nanti. Kena ada pendirian bab ini. Macam saya, walaupun saya tahu sekiranya saya berkongsi artikel berkenaan teknik-teknik kamasutra iaitu artikel di dalam niche seksual pasti trafik mencanak tetapi saya tetap dengan pendirian saya untuk tidak sama sekali berkongsi artikel seperti ini.

Saya orang Islam, saya ada pegangan agama. Saya memang mahu jana duit melalui blog tetapi saya tetap tidak akan berkongsi informasi yang akan merendahkan maruah saya sendiri. Maaf jika ada yang terasa tetapi ini pendirian saya ya. Berbalik pada topik memilih niche blog kita tadi, secara kesimpulannya pertamanya kena tahu tujuan berblog dan kemudian pilihlah untuk fokus pada 1 niche sahaja atau lebih.

Mudah. Jangan pening kepala dan habiskan waktu yang lama untuk buat keputusan samada nak buat blog fokus 1 niche atau campur-campur. Kemudian, pada yang ingin fokus pada 1 niche sahaja untuk blog mereka bolehlah mula fikirkan niche yang sesuai untuk kita sebagai seorang blogger wanita.

Bila kita sebut wanita, biasanya memang sangat sinonim dengan kecantikan, busana pakaian, busana tudung, masakan atau macam-macam lagi TETAPI tidak semestinya cuma ini sahaja niche yang anda boleh pilih. Boleh juga kalau nak pilih niche yang biasanya blogger lelaki pilih macam niche kereta atau motosikal cuma perlukan usaha lebih sikit sebab kena yakinkan pembaca tentang ilmu yang kita ada pasal niche ni lah kan?

Apa yang penting anda minat dengan niche tersebut. Jadi, walaupun niche tersebut boleh dikatakan 90% dipegang oleh blogger lelaki tapi tak salah kalau anda nak cuba fokus. Minat, ada ilmu dan berani! InsyaAllah mesti boleh pergi punya dengan pilihan niche tu.

Macam saya, saya mulakan blog kerana minat menulis dan berkongsi pendapat personal saya tentang macam-macam perkara. Jadi, memang saya memulakan blog saya tanpa fokus pada 1 niche. Niche saya BEBAS. Cuma, pada 1 tahap bila saya sudah tahu selok belok dunia blogging ni barulah saya mula bina 1 lagi blog berniche hiburan. Tetapi tak lama sebab saya mengambil keputusan untuk tutup sahaja blog hiburan tersebut. Tak sanggup saya nak menanggung tempias dosa bila tersebarkan gosip-gosip yang saya sendiri tak pasti. Saya tak rasa rugi, malah senang hati.

Baiklah. Mungkin artikel ini tidak banyak membantu untuk para blogger wanita yang tengah samar-samar nak tahu cara memilih niche blog sebab saya pun tak berhasrat nak ceritakan secara terperinci.

Teknikal Untuk Bina Blog

Saya cuba kongsikan cara paling mudah untuk blogger yang memang tidak berapa mahir dalam bahagian teknikal untuk bina blog dot com. Kalau yang mahir tapi pemalas macam saya pun boleh juga teruskan bacaan. Tidak ada masalah, malah digalakkan untuk kikis rasa malas itu.

Sebelum itu, biar saya tekankan di sini ya. Untuk menjadi blogger tidak kiralah anda lelaki ataupun wanita (tetapi siri ini niatnya nak bantu kaum saya ya iaitu wanita. hehehe) blog adalah 1 medium WAJIB untuk jadikan anda sebagai salah seorang blogger yang professional.

Dengan blog, anda boleh berkongsi pengetahuan atau pendapat anda tentang sesuatu perkara. Kalau anda berjaya menulis dengan cara anda sendiri, anda boleh membina kredibiliti anda dan ini secara tidak langsung boleh tunjukkan kepakaran anda pada pembaca anda yang 1 hari nanti akan jadi pelanggan anda.

Menjadi blogger perlukan “2 ways communication ya”. Bagaimana anda hendak berkomunikasi dengan bakal pelanggan (kalau serious nak jadi usahawan) kalau anda tiada blog sendiri? Facebook ada tetapi percayalah Facebook masih tidak cukup untuk tunjukkan kredibiliti anda. Facebook ada tugas penting lain, iaitu untuk Marketing power-power. Dengar je cakap saya boleh tak? hahahaha!

Bila anda sudah mempunyai blog dot com sendiri, anda lebih fokus dan lebih serious dalam bidang yang anda ceburkan diri sebab tak mungkin orang yang “main-main” sanggup berhabis duit sikit untuk keluarkan modal, beli hosting dan domain untuk hasilkan blog dot com kan? Berbeza sebenarnya perasaan bila anda menggunakan blog percuma dengan blog berbayar. Berbeza!

Dalam siri blogger wanita part 2, saya sudah berkongsi serba sedikit berkenaan pemilihan niche. Jadi, sekarang inilah masanya untuk pergi ke langkah seterusnya. buka Maybank2U, tengok baki cukup tak nak beli hosting dan domain terbaik dekat Malaysia. Saya nasihatkan anda buat survey sikit sebelum buat keputusan untuk sewa hosting dan domain ya. Ambil masa sikit.

Saya sudah masuk tahun ke 5 tahun ini bersama hosting dan domain paling tidak menyakitkan hati, Serverfreak. Masalah teknikal biasa-biasa memang ada tapi customer servis memang terbaik dan terpantas berbanding hosting lain. Tapi, terpulanglah. Mula-mula ambil pakej yang basic, RM 100 setahun. Kena tahu sikit ilmu nak guna Cpanel ok. Macam saya dah tak boleh guna basic sebab blog alhamdulillah makin banyak trafik organik masuk. Untuk elakkan Bandwidth habis dan saya sibuk bercuti dekat Istanbul, saya dah tukar plan mahal sikit.

Ok, bila anda sudah selesai buat pembelian hosting dan domain untuk blog dot com pertama anda, bolehlah teruskan lagi langkah anda ya. Dah sedia? Ok, jadi macam mana nak bina blog dot com paling mudah? Memang mudah. Anda cuma perlu dapatkan Kit bina blog dot com langkah demi langkah di sini. Dalam kit ini nanti, anda akan diajar cara paling mudah untuk bina blog WordPress pertama anda!

Tidak ada cara mudah untuk berjaya, itu sahaja yang saya nak anda semua sebagai blogger baru kena faham. Kalau nak berjaya, kenalah usaha daripada bawah, walaupun macam budak sekolah sebab kena belajar guna kit bina blog ni tapi ini ilmu. Percayalah, bila anda dah khatam kit belajar bina blog dot com anda yang pertama ini, anda pula yang akan mengajar pada orang lain nanti. Duit duit duit 🙂 Semoga berjaya!

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh