Blogging Merupakan Sukan Berkumpulan

Salam, blogging is a team sport bila diterjemahkan bermaksud blogging merupakan sukan berkumpulan. Sukan berkumpulan yang paling popular di dunia ialah sukan bola sepak. Ramai peminat sukan ini.

Istilah ‘Blogging is a team sport’ digunakan kerana ingin menunjukkan blogging sebuah aktiviti berkumpulan. Ingin berjaya dalam dunia blogging, salah satu caranya ialah dengan bergerak bersama kumpulan. Dalam apa jua bidang, kita akan lebih mudah berjaya apabila bersama kumpulan. Adakah kita sudah berada di dalam kumpulan di dalam dunia blog? Jika di blog anda telah ada follower, telah ada yang komen, telah ada yang share post anda dan anda sendiri juga melakukan perkara yang sama secara tidak sedar sebenarnya kita telah bergerak secara berkumpulan. Hanya kumpulan ini tidak bernama. Kumpulan blogger bergerak bersama.

blogging merupakan sukan berpasukan
blogging merupakan sukan berpasukan

Jom kita tengok apa kebaikan apabila kita bersama kumpulan di dalam dunia blog. Di sini disenaraikan 10 kebaikan bersama kumpulan apabila kita memasuki dunia blog.

1. Dapat Sokongan
Menulis blog nampak mudah kerana hanya perlu menaip. Tetapi apabila sudah memasuki dunia blog, ianya bukanlah semudah menaip. Seorang blogger tidak dapat bergerak seorang. Apabila bergerak seorang, tiada siapa yang akan pedulikan kita. Cari kumpulan, bergeraklah secara berkumpulan. Kumpulan ini yang akan memberi sokongan dalam kita menghadapi dunia blog yang semakin mencabar ini. Sokongan ada dalam pelbagai bentuk. Sokongan kepada diri blogger itu sendiri atau sokongan kepada blog.

2. Dapat panduan berharga
Apabila berada di dalam kumpulan. Kita akan kenal bermacam jenis orang dan bermacam kepakaran. Secara tidak langsung kita akan mendapat pelbagai panduan dan ilmu baru yang mungkin bernilai ratusan atau mungkin ribuan di luar sana.

3. Tahu Halatuju Blog
Di dalam kumpulan juga, kita akan mendengar bermacam cerita pengalaman para blogger lain. Pengalaman mereka boleh dijadikan teladan atau pengajaran. Melalui blogger lain, kita boleh tahu dimana tahap kita dan kita akan lebih jelas akan halatuju dunia blog kita seterusnya.

4. Cakna isu blog
Cakna bermaksud peka akan isu semasa. Seorang blogger yang banyak menulis, kebiasaannya juga suka membaca. Ada banyak bahan bacaan di dalam internet dan tidak mungkin kita seorang boleh membaca semuanya. Melalui blogger lain kita boleh mengetahui perkembangan semasa terutama apabila berkaitan blog.

5. Keselamatan blog
Di dalam dunia blog, isu keselamatan harus diambil berat. Isu-isu keselamatan ini lebih kepada keselamatan blog dan penulis itu sendiri. Melalui kumpulan kita boleh mengetahui jalan mana yang selamat, jalan mana yang harus dielak dalam menulis blog. Tersilap langkah, mungkin akan memakan diri sendiri.

6. Dapat kenal blogger lain
Melalui kumpulan kita akan saling mengenali. Kita akan mengetahui dengan siapa kita berkawan. Ada masanya, pengetahuan atau pengalaman kawan-kawan ini diperlukan. Mana tahu kita terjumpa wedding planner di sini dan kebetulan pula kita baru membuat perancangan perkahwinan. Umpama pucuk dicita, ulam mendatang.

7. Peluang bermentor
Seorang blogger juga perlu ada mentor. Mentor rasmi atau mentor tidak rasmi. Mentor rasmi apabila kita dengan rasminya memberitahu mentor yang kita ingin menjadi mentee. Mentor tidak rasmi ialah mentor dalam diam. Dalam diam kita ikut segala panduan dan nasihat yang diberikan.

8. Kaunter pertanyaan
Berada di dalam kumpulan menyebabkan kita mempunyai sedikit keberanian. Berani bertanya. Ini disebabkan kita telah berada dalam kumpulan. Apa-apa persoalan boleh dikemukakan tanpa ada rasa segan. Jawapan kepada persoalan kita mungkin juga akan lebih daripada satu jawapan.

9. Boleh membaiki diri sendiri
Peluang membaiki diri sendiri terbuka di dalam kumpulan. Apabila kita mengenali setiap ahli, ada keperibadian yang boleh dicontohi. Mungkin sebelum ini kita membiarkan sahaja komen di blog tanpa balasan, melalui blogger lain kita mengetahui betapa pentingnya interaksi kita dengan pembaca. Salah satu cara interaksi ialah melalui komen. Sedikit demi sedikit kita boleh membaiki diri sendiri.

10. Dapat tambah pendapatan
Kita dah ada sokongan, panduan dan mentor. Tentunya lebih mengujakan bila blog boleh menambah pendapatan. Melalui kumpulan, kita boleh menghidu cara-cara menambah pendapatan di blog. Ramai blogger Malaysia berjaya menambah pendapatan melalui blog. Menambah pendapatan merupakan salah satu cabaran di dalam dunia blog. Ada yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan pendapatan bertambah. Ada banyak jalan, tapi pasti setiap langkah ada batasan dan onak duri. Jika anda ingin mengetahui jalan yang terbaik, salah satu cara dengan masuk kumpulan. Kumpulan yang sudi berkongsi cerita, suka, duka dan cara ingin menambah pendapatan melalui blog.

Kumpulan ini dibentuk atas usaha ingin menambah pendapatan blogger-blogger khususnya di Malaysia. Kumpulan ini diketuai oleh blogger yang pernah mendapat pendapatan melalui internet. Beliau dan rakan-rakan beliau akan menunjuk cara praktikal untuk menambah pendapatan. Setakat ini tiada bayaran dikenakan untuk menyertai kumpulan ini. Jom sertai kumpulan ini.

Artikel berkaitan:
Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *